Friday, May 19, 2017

Sneak peek. | Kuala Lumpur Selangor Malaysia Family Photographer

Sneak peek. Wow. It's been a long while since I last use the words.
I got the chance to meet with some wonderful people to photograph their family recently and here are some of them. I truly hope I could blog about each one of them if I have spare time.
At the moment lets enjoy the eye candy for today.

Have a great blessful Friday everyone!

Till then.








Read more...

Wednesday, May 10, 2017

{365 - one photo a day, everyday} April 2017

Duhai anak-anak,

Jangan pernah merasa tidak cukup dengan apa yang kita ada.
Kita tidak tahu, entah ada orang di luar sana mengimpikan kehidupan seperti kita.

Bersyukurlah.
Nanti Tuhan akan menambahkan lagi rezekimu.

Love,
Mama a.k.a MakDe



nota:
Saya tidak berjaya merakam gambar sekeping sehari pada bulan April yang lepas. Sebagai seorang yang sememangnya tidak gemar memberikan alasan, maka saya tidak punya alasan untuk itu. Namun, itu tidaklah mematahkan apa jua semangat saya kerana pada penghujung bulannya, saya berjaya juga merakam memori yang begitu dekat di hati saya. Memori yang anak-anak ini akan simpan selagi hayatnya. Beginilah kami menghabiskan masa di rumah Atok dan Nenek pada satu hujung minggu. Doing nothing but to appreciate something that matter the most : FAMILY.

Alhamdulillah.

Read more...

Thursday, April 27, 2017

{365 - one photo a day, everyday} March 2017

Eh.. eh.. boleh terlambat pula kemas kini kisah bulan March kami. Bila buka blog.. laa.. rupa-rupanya sudah sebulan lebih tidak ber-update. Sebenarnya 24 jam Tuhan bagi dalam sehari tu sememangnya sudah elok-elok sahaja.. cuma saya insan yang lemah lagi tak mampu ini yang sebenarnya mungkin masih belum begitu bijak mengurus masa, maka ada sahaja yang ingin dilakukan, tidak sempat sahaja alasannya.

Tidak berapa hari lagi maka berakhirlah bulan April. Bulan March yang lepas, seperti kebiasaan hari-hari yang lain, rutin dilalui seadanya seperti biasa. Tiada apa yang perubahan atau peristiwa-peristiwa yang berlaku mengejut atau mendadak. Meskipun begitu, setiap hari ada sahaja pelajaran-pelajaran kehidupan baru yang dikutip; dengan sengaja ataupun diluar sangkaan.

"Sekiranya kamu terasa tiba-tiba teringin mahu melakukan kebaikan, maka terus sahaja lakukan. Jangan banyak fikir itu dan ini. Buat sahaja dan jangan ditangguh-tangguh. Sebab bila Tuhan sudah menggerakkan hati kita untuk buat sesuatu yang baik, bermakna ada sesuatu yang Dia ingin beri. Buat sahaja. Jangan fikir banyak."

Itulah ungkapan yang diucapkan oleh ibu kepada salah seorang pelanggan saya, yang saya mempunyai peluang menemuinya di Terengganu untuk satu sesi fotografi yang anaknya mahu lakukan di kampung. Ya, kami berkesempatan ke Kuala Terengganu pada hujung bulan March yang lepas, merakam suasana kampung di sebuah rumah tempat membesarnya 14 orang adik beradik satu ketika dahulu. Pengalaman itu akan saya ingat kerana setiap orang yang hadir dalam hidup saya terutamanya mereka yang lebih tua daripada saya, apabila memberi nasihat, akan kuat saya semat dalam hati. Setiap butir bicara mereka adalah ibarat mutiara berharga. Melalui pekerjaan saya ini, banyak ilmu yang saya kaut melalui orang-orang yang telah saya jumpa. Tinggal saya sahaja, mahu mengutipnya atau biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Itulah antara kenangan manis saya sepanjang bulan March yang tak mungkin saya lupakan. Di samping dapat menghirup angin pantai Cherating bersama keluarga yang sungguh-sungguh menyegarkan setelah penat 'berjuang' menguruskan itu ini seperti penatnya orang lain juga. Maka vitamin Sea itu telah betul-betul 'menyembuhkan' saya. Telah saya catatkan kenangan tentang itu di sini. Kami juga berkesempatan ke Alor Setar Kedah, dan puas makan seafood di Tanjung Dawai. Terbayang pula saya sekarang akan ketam yang sedap itu.

Terima kasih Tuhan untuk kesihatan yang masih ada dalam diri ini buat saya dapat menikmati segala yang diberi dengan hati yang penuh syukur dan lapang. Alhamdulillah.



{Sekiranya ingin mengikuti projek 365 saya ini; tuan-tuan dan puan-puan bolehlah mengikutinya di akaun instagram saya di sini : www.instagram.com/zubyerusli  }

Read more...

Tuesday, March 7, 2017

{365 - one photo a day, everyday} February 2017

Ah~ sekejap sahaja rasanya, sudah habis pun bulan february. Sekarang sudah hampir tamat minggu pertama bulan March. Ke manakah masa itu pergi? Moga-moga kita semua ditunjukkan arah untuk memanfaat setiap masa yang diberikan kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. Kita ini manusia tidaklah sempurna. Ada ketikanya lalai. Tapi manusia yang berusaha pemberbaiki diri sedikit demi sedikit, sehari demi sehari, sudah pasti tidak akan menimbulkan penyesalan di hati pada penghujung hidupnya kelak. Kita ni lemah. Pada Tuhan, kita mintalah kekuatan itu ada pada diri kita.

Bulan February dalam hidup saya agak sibuklah juga. Alhamdulillah dengan rezeki photoshoot yang masih Tuhan kurniakan membuatkan jadual saya agak ketat dan tidaklah boleh hendak ber'leasure-leasure' sesuka hati. Gambar-gambar pelanggan perlu dilunaskan. Album-album perlu disiapkan. Maka ada waktunya saya terpaksa mengetepikan sedikit soal projek fotografi peribadi saya ni. Bila dah dapat 'tune' nya semula.. saya sambung. Yang penting tidak berhenti.

Untuk konsisten ambil gambar hari-hari ini memerlukan kecekalan, bukan sahaja dari segi azam, tetapi juga dalam bentuk tindakan. Untuk bulan February yang lepas, dalam 28 hari, sebenarnya terdapat 5 hari yang saya skip atau dengan kata manisnya; tidak sempat merakam. Ada waktu rasa malas. Tapi banyak waktu, apabila sudah di penghujung hari.. baru lah teringat!! Oh Am Gee! Gambar hari ni tak ambik!! Namun begitu, saya sempat' cover' kelompongan itu dengan mengambil lebih dari sekeping gambar untuk hari-hari tertentu.

Ini projek saya. Dari awal saya dah tetapkan dalam hati, tak mahulah sehingga ia menjadi beban, sehingga saya tak seronok ingin melakukannya. Jadi, My Project My Rules! hehehhee. Sehingga kini, sekurang-kurangnya tidaklah saya merasa terbeban langsung, malah bila melihat setiap keping gambar yang telah saya rakamkan untuk menjadi memori kami sekeluarga, saya merasa bersyukur sebab saya mencari masa dan ruang untuk melakukan semua ini.

Oklah, kalau dah bercakap kang tak mahu berhenti. Inilah dia memori-memori peribadi saya yang dapat saya rakamkan sepanjang bulan February yang lepas.

Bulan 3 mudah-mudahan saya rajin dan paksa diri saya untuk merakam memori anak saya dengan bersungguh-sungguh lagi. Bulan 3 ada cuti sekolah kan?? Hooray!! Tapi mari exam dulu! :-))



Read more...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors