Monday, March 19, 2007

Adam Harris and Family

Alhamdulillah semuanya sudah back to normal.. walaupun saya dan suami masih dikuarantin tidak boleh berjumpa irfan buat masa ni.. irfan sekarang dalam jagaan nenek.. kerana kami berdua sedang demam.. takut berjangkit kembali kepada si kecik tu nanti :-(

Walaubagaimanapun.. kerja harus diteruskan macam biasa.. saya anggap segala yang berlaku sebagai satu dugaan yang mematangkan kami dalam membesarkan anak.. Alhamdulillah.. kami dapat menghadapinya dengan tenang walaupun hati ini kadang2 gundah melihat anak yang tiada tenaga pada ketika itu.. mudah mudahan semuanya akan lebih diberkati selepas ini..

oklah.. di sini saya ingin berkongsi satu lagi sessi photoshoot yang telah saya jalankan beberapa minggu yang lepas..

Saturday; 3rd March
Cyberview Lodge, Cyberjaya.

Adam Harris ~ 1yr & 9 mths



Kira2 satu tahun lebih sebelum ini.. saya hanya melihat pembesaran anak ini di fotopages yang dicipta ibunya; gg.. boleh dikatakan setiap hari saya tidak akan melepaskan peluang membukanya.. Adam Harris telah menarik minat saya pertama kali saya memandang wajahnya walaupun hanya di dalam screen.. Dalam hati terdetik bertuahnya kedua ibu bapa yang memiliki anak kecil ini.. dan moga2 anak saya juga akan secomel itu.. ada satu daya tarikan pada kanak2 ini yang susah untuk saya nyatakan.. wajah comel ketika kecilnya sudah cukup membuatkan hati ini tak senang duduk kalau tidak membuka fpnya.. untuk mengetahui perkembangan terkininya.. kini dia sudah besar.. wajahnya makin hensem.. dan semakin memikat mata yang memandang.. saya rasa diri saya cukup bertuah kerana saya dan mommynya iaitu gg kini berkawan baik. Suatu rahmat Allah saya kira.. oleh kerana anak kami boleh dikatakan seusia.. jadi kami sering bertukar2 pendapat bout motherhood.. Adam Harris kini tinggal di satu tempat yang istimewa dalam hati saya.. begitu juga dengan ibunya.. saya amat2 menghargai persahabatan ini...


Peribadinya satu ketika dulu amat pemalu.. hinggakan tidak mahu lepas dari pelukan mommynya.. pemalu dan sangat manja! tapi saya suka personalitinya yang satu itu.. tetapi pada perjumpaan kami pada hari itu.. perasaan malunya serba sedikit telah terhakis.. dia tidak saja mahu berada dalam pelukan mommy.. tapi sudah boleh di bawa bermain.. mungkin juga kerana dia sudah selalu melihat rupa saya.. hehhe.... untuk mengambil gambarnya berposing bagi kanak2 sebaya ini memang lah susah.. tetapi pada adam harris.. saya rasa gambar candid yang saya ambil seolah2 ibarat dia berposing didepan kamera..


Saya juga meminati keluarga ini yang sangat romantik.. sweet dan manja pada pandangan saya.. mereka semuanya lembut2 belaka.. saya lihat keakraban yang jelas terpancar pada mata masing2.. sebenarnya hari itu mereka sedang bercuti meraikan hari lahir daddy Adam Harris.. how sweet!


Buat gg, thanks sangat2 sebab memberi peluang akak mengambil gambar gg sekeluarga di tempat yang sangat2 cantik ini.. terima kasih jugak sebab menjadikan gambar2 ini sebagai portrait terindah percutian kalian sekeluarga... hope u love it as much as i do! :-) thanks again..

Quote :

gg said~

"Dear Kak Zubye...Thanks for the lovely pics...Semua cantik and buat mommy tersenyum...tak sabar nak cuci and framekan...thanks so much!! "

Daddy Adam Harris said~

"Hmmm what can we say? We feel so privileged and lucky to have had Zubye photograph us that day. She used her skills to get exactly the right shots for us. It was a great experience and it was very casual. The photos were absolutely wonderful.Guys there's no question - if you want perfect photos to remind you of your amazing day, you simply have to use Zubye. We couldn't be more satisfied!!Thanks again! We'll cherish the awesome memories, forever. "

click here for more

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors