Anessa dan Aiman
click here for more pics
Saturday; March 24th 07
Taman Melawati, KL
Buat pertama kali saya ber ps dengan kanak2 di atas umur 2 tahun.. selama ini saya banyak pengalaman dengan baby2 sahaja.. jadi.. approachnya juga berbeza.. dan buat julung2 kalinya.. model2 saya kali ini dengan sukarelanya berposing untuk saya tanpa perlu saya memintanya.. ohhh!! heaven!!
Awalnya saya fikir ingin mengambil gambar mereka sekeluarga. Papa kepada kanak2 ini merupakan bos saya semasa saya di dept IT dulu.. rupa2nya.. papa dan mama mereka mahu portrait anak2 mereka sahaja dirakamkan..
Sessi ini dijalankan di sekitar kawasan rumah mereka sahaja. Kali terakhir saya ke rumah mereka adalah pada hari raya 2005. Kali ini saya datang tamannya sudah lengkap.. kolam ikan pun sudah bertambah. Redup dan rimbun sahaja berada di situ.. Pendek kata tidak perlu pergi jauh2 untuk berehat2.. dan sangat sesuai dijadikan port bergambar.. Rasanya mau saja saya sewa tempat ini untuk photoshoot2 saya yang seterusnya.. ekekke... boleh ke kak gee?
Kali ini model2 saya tidak perlu ditemani oleh ibu bapa mereka ketika sessi ini dijalankan.. papa dan mama mereka hanya mengintai dari jauh sahaja.. tersenyum2 simpul melihat anak2 bergaya didepan kamera.. tapi, senyum saya lebih lebar lagi...hehhe :D
Sofea Anessa ~ 6yrs
Bila melihat wajahnya.. mata akan terpaku pada sepasang lesung pipit di pipinya.. saya rasa itulah salah satu yang menjadi tarikan princess yang seorang ini.. awal pertemuan kami pada hari itu.. dia seakan malu2 kucing dan katanya.. tidak mahu ambil gambar kalau mamanye tidak duduk disebelah. Tetapi,ketika mamanya ke dapur, saya mengambil kesempatan itu untuk 'warm up' dengannya.. saya snap serba sedikit gambarnya.. dari malu2 dia jadi seronok pula :-)
Gaya Anessa berposing juga amat menakjubkan saya.. boleh dikatakan semua pose ini dilakukannya sendiri.. saya hanya tolong sikit2 sahaja.. sesekali dia bertanya saya "buat camni boleh tak auntie?".. "anessa nak buat macam iklan tu boleh tak auntie?" saya senyum dan angguk kepala.. tercuit hati saya mendengar soalannya.. Penat bergambar di luar, diajaknya saya bergambar dalam bilik nya pula... makin melebar senyuman saya..


Tetapi sekarang, personalitinya sudah betul2 berubah. Dia sudah menjadi budak lelaki yang sangat peramah dan agak kelakar juga.. Mulutnya tidak henti bercakap. Ketika diambil gambar mahu pose seperti Goku sahaja.. saya pun tak tau Goku tu apa.. katanya dalam citer Dragon Ball.. Kali ini semasa mengambil gambarnya.. saya benar2 sudah tidak tahan ingin ketawa melihat gelagatnya.. posenya lain dari yang lain.. macam mahu berperang pun ada.. ekkeke.. tapi sangat menghiburkan.. :D
Quote :