Sarah Nur Adriana ~ satu impian yang tercapai
pls click here for more
Sunday; April 8th 07
Sri Kembangan Selangor
Sarah Nur Adriana ~ 40days +
Sebelum Sarah, pernah saya approach beberapa org ibu utk mengambil gambar baby yang baru dilahirkan mereka.. jawapannya sama.. masih baby lagi.. tidak tau buat apa lagi.. tidak tau berposing..baby asyik tidur saja.. sebenarnya sudah lama saya mengidamkan mengambil gambar baby seperti ini.. bukan pose dari mereka yang saya mahukan.. tetapi susah utk saya menerangkan kepada mereka bahawa saya ingin mengambil gambar baby ini dengan cara saya yang tersendiri..
Alhamdulillah seorang lagi rakan saya memahami.. dan memberi kepercayaan kepada saya utk merakamkan anaknya Sarah yang ketika itu baru berusia 40+ hari.. teruja saya mendengar persetujuan itu.. maka seminggu sebelumnya saya sudah berangan ingin ambil gambar macamana..
memang mudah jatuh cinta dengan Sarah ini.. mukanya dan kulitnya putih bersih... cantik.. memang sgt cantik! mereka yang sudah melihat gambar2 ini mengatakan sarah sgt cantik.. ye memang betul dia cantik..
ambil gambar baby memerlukan approach yang berbeza berbanding kanak2 yang biasa saya ambil sebelum ini.. perlu memberikan mereka masa.. dan perlu memastikan mereka selesa.. oleh kerana itulah saya tidak memaksa utk mengambil gambar mereka lebih2 lagi mereka mudah menangis.. dan saya lebih suka jika sessi itu dijalankan di dalam rumah.. tempat paling selesa pada baby itu..
tidak perlu background yang indah2.. cukup dengan sofa atau tempat tidurnya sahaja.. hehee
ini percubaan pertama saya mengambil gambar baby naked.. saya rasa ada keunikan di situ.. terselah kecomelan mereka.. ketika sessi bersama sarah alhamdulillah.. dia tidak byk meragam.. merengek2 sedikit itu adalah.. esp bila dia rasa mau tidur.. hehhe.. bila dia merengek2 cepat2 saya suruh mommynya sooth kan dia dahulu..
secara personal saya merasakan sessi ini adalah antara sessi yang saya amat sukai.. mungkin juga kerana keinginan mendalam tadi.. dan juga apabila melihat hasilnya membuat hati saya berasa begitu puas.. boleh dikatakan keseluruhan gambar Sarah saya suka.. sucinya seorang baby itu.. hanya kiter ibu bapa yang dapat mencorakkan masa depan mereka..
Alhamdulillah setelah saya publish gambar ini di fp, ramai yang meminati.. dan ada yang terus menghubungi saya utk mengambil gambar anak mereka begini.. sudah.. terkabul sudah impian saya.. terlaksana sudah ilham yang saya simpan2 selama ini.. dan terima kasih buat yang menghargai.. Alhamdulillah.. :-) sekarang saya macam addicted pula nak mengambil gambar baby... :D
Quote:
Bai... Big thanks to you Zubye. You make such a good shoot; membuatkan Sarah tu nampak bertambah-tambah cantik dan comel. Aku bersyukur yang amat kerana dikurniakan Sarah. Dialah penyeri hidup aku. Bai, sememangnya ko talented and creative. So apa jugak yang ko buat mesti menjadi. Sejak kat sekolah lagi, kan... Teringat aku pada zaman persekolahan. Ko dok kat meja sebelah aku waktu form 5 (",)Alhamdulillah, aku tengok minat yang ko usahakan selama ini dah menunjukkan hasil yg memberansangkan. Good luck untuk hasil kerja yang seterusnya. Salam sayang dari aku n Sarah. Mmuarhhh.....
~Saliza, Sarah's mommy