Wednesday, June 27, 2007

A happy yet touching session..

semenjak saya suka2 amik gambar ni.. barulah saya menyedari bahawa rupanya saya masih mempunyai ramai kawan2 lagi yang sentiasa mengingati saya di luar sana.. kerana apa saya berkata demikian? sebab sessi kali ini adalah sessi dengan schoolmate saya lagi.. junior saya.. dah ada dua org anak dah dia... tak sangka pula selepas beberapa tahun meninggalkan sekolah.. perasaan adik-kakak masih menebal dalam diri.. mungkin sebab 5 tahun membesar dikelilingi kawan2 kakak2 dan adik2..

sessi ini sebenarnya telah kami rancang sudah lama.. tapi kuasa Tuhan.. tiada sapa dapat meneka.. dengan kuasa Tuhan juga.. anak2 ini dapat kembali mencium, memeluk dan membelai ibunya.. dan hati ibunya yang tabah buat saya kagum dengannya..






ok saya tak mau buat cerita sedih di sini.. tp hati mana yg tak sedih bila melihat betapa mesra dan eratnya hubungan mereka ini bagai tiada yg dapat memisahkan.. kalau seharipun tak jumpa anak hati boleh sakit jantung.. inikan pula berbulan lamanya.. Bibot, hikmah Tuhan telah tertulis di sana.. tabahlah!





hari itu mereka datang sekeluarga.. meriah hari saya... lepas shoot adik.. kakaknya dan anak2 pula saya ambil gambar.. saya suka sgt kalau ambil gambar adik beradik.. saya yang sentimental ni. menjadi lagi sentimental lah jawabnya.. dulu atok saya rajinlah amik gambar saya begini dengan kakak saya.. sampai kami ke sekolah di ikutnya.. tapi kakak saya malu dia kata kat atuk dia bertugas petang tu kena masuk kelas segera... tinggallah saya terkapai2 seorang di shoot oleh atok dengan diperhatikan sejumlah kanak2 lain di kantin sekolah.. dapat bayangkan muka saya mcmana tak hari tu.. nasib saya itam.. jadi kalau malu pun taklah nampak muka saya jadik merah2.. tapi tu semua cerita lama.. sekarang atuk sudah takde.. hanya kenangan je yang saya simpan.. Al-Fatihah buat atok saya..




dah.. kenapa pula saya bercerita tentang atuk saya pula di sini.. nampaknya saya sudah lari tajuk... so itu sajalah buat kali ini.. saya share dengan kawan2 semua antara gambar2 yang diambil hari itu..

bibot dan kakak bibot.. tunggu lama ke utk entry ni..? maaf lah ye buat kalian menunggu.. hehhe.. tp harap2 suka lah gambar2 yang seadanya ini... lain kali kiter jumpa lagi insyaallah..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
saya sedang sakit tengkuk dan pinggang ni.. mengapakah? sebab mengadap pc terlalu lama kah? hujung bulan dapat gaji memang kena beli meja ngan kerusi jugak lah.. kalau tak asyik meniarap je buat keja.. tak sihat utk tulang belikat anda..
ok till next time.. da!!!
(bukan next time sgt.. lepas ni nak up satu entry lagi.. balunnn..!!)
"yeah! kak zubye. thanks alot ... lovvee yu. mmgmarvellous. hehehhe..nampak macam mak nya plakyang over taksaba naktunggu gamba lain.."
~Bibot, mommy of 2 luqman


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors