Wednesday, June 27, 2007

Ibu dan dua kembar dan seorang adik..

Saya shoot ibu dan 3 org heronya ini pada hari yg sama saya ambil gambar oja dan dania... saya sebenarnya excited utk mengambil gambar kembar.. sebab muka mereka yg sama..

Nampaknya walaupun muka mereka sama tetapi kelakuan mereka jelas berbeza sama sekali.. si abg kalau tak silap (saya pun dah konpius yang mana satu) lebih mesra dengan saya dan mesra dengan kamera.. suruh apa pun dia kan lakukan sambil tersenyum besar.. manakala yang seorang lagi agak malu2 org nya dan agak pendiam..

oh bertuahnya dikurniakan kembar bukan.. maka balik dari sessi itu.. saya pun terus berangan2 utk mempunyai kembar seperti mereka... kalau boleh saya mahu kembar seorang lelaki dan seorang perempuan.. tetapi kedua duanya berwajah seiras.. tapi saya tidak ada genetik kembar.. bagaimana pula tu.. hehhe


si adik paling kecik nampak berbeza sedikit dari abang2nya... dan si adik pula ada mood jugak.. hanya akan bergambar jika dikenakan umpan.. umpan pada hari itu adalah bunyi telepon bimbit yang akan membuatkan dia ketawa dan berjoget..




kak Elia.. semoga akak suka ngan gambar2 ni ye... saya enjoy hari itu esp masa part ketawa beramai2 tu.. :-) mungkin leh jumpa akak and frens lagi lepas ni ye...


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors