Monday, October 22, 2007

Masih dalam Syawal nan indah...

Saya sudah pulang berhari raya selama 10 hari di Kuching.. saya juga sudah habis cuti sebulan lebih di rumah.. hari ini saya mulakan tugas di office.. dengan harapan bersemangat baru.. walaupun lebih separuh dari hati saya masih berada di rumah dan anak yang di tinggalkan.. sakit jantung saya bila kembali terpaksa berjauhan dengan anak bujang yang seorang itu seleps lebih sebulan mengulit dia pagi, petang dan malam walaupun ada hari2nya saya terpaksa menghantarnya ke nurseri sebab saya kena keluar menguruskan kerja di luar pula..


Saya minta maaf pada semua sebab saya tidak sempat langsung untuk meninggalkan ucapan Selamat Hari Raya buat semua sebelum saya berangkat beraya ke Kuching.. Bukan saya lupa atau tak ingat.. tetapi byk urusan yang perlu saya selesaikan.. walaubagaimanapun.. semangat kawan2 semua tetap dalam hati saya.. dan saya tak pernah lupa pada semua yang telah memberi sokongan yang tidak terhingga dan terbalas buat saya..

Saya juga tidak sempat membalas satu persatu komen yang ditinggalkan oleh semua.. Saya baru buka emel dan internet semalam di rumah.. insyaallah saya akan balas semua pertanyaan dan emel yang diberikan ok!


Tahun ini Syawal memberikan seribu satu perasaan keinsafan dan kesyukuran buat saya dan keluarga.. dengan limpah dan nikmat serta rezeki yang dikurniakan membuatkan raya ini betul2 bermakna walaupun sebenarnya kami menyambutnya dengan penuh kesederhanaan.. Alhamdulillah masih diberi ruang bernafas untuk mengecapi kebahagiaan bersama keluarga tercinta..


Oleh kerana masih Syawal lagi.. saya di sini ingin mengucap kan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua dan ampun maaf saya pinta andai saya ada melakukan kesilapan sepanjang perkenalan dengan semua.. istimewa buat semua clients saya di luar sana.. terima kasih tak terhingga dan minta maaf seandainya ada yang berasa hati sepanjang kiter berurusan..


Sambutlah kemeriahan Syawal yang masih ada ini.. :-)




ini ada sekeping gambar anak bujang saya yang dah mula memahami erti Hari Raya.. kemana2 jumpa org mesti diucapkan "Selamat Hari Raya" :D


Gambar2 lain insyaallah akan saya update di fp nnt kalau ada kelapangan..

Sekali lagi.. terima kasih.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors