Wednesday, November 14, 2007

it's his day.. my LOVE's day..

A special Dedication to A Special Person

Hari ni fikiran saya tidak berada pada apa yang saya buat di opis.. saya masih lagi terkenang2 malam semalam yang saya dan dia luangkan bersama.. We had this wonderful, happy, touching, romantic moment together.. oh sudah semestilah anak saya pun ada sama.. kerana andai tiada dia.. tidaklah bermakna hidup kami berdua.. Kami menyambut HariJadi suami saya semalam tepat pada pukul 12 tgh malam.. sudah 32 tahun umurnya.. sepanjang umur itu sudah 9 tahun kami bersama (termasuk zaman lum kawen dulu yer..).. Saya harap surprise yang saya buat untuknya semalam menjadi.. saya melihat rupanya sahaja.. saya tahu dia terharu dan gembira.. makan sambil berbual2 dengan diiringi muzik memang satu kenangan yang tak akan saya lupakan.. Tidak payah diucapkan dengan kata2.. melihat sinaran matanya dan merasa sentuhan kasih sayangnya sahaja sudah cukup buat jantung saya bedegup kencang (abaikanlah saya yang sedang berada di awang awangan ni ye.... kekeke) Saya harap saya telah menebus kembali masa yang telah saya korbankan untuknya selama ini kerana rutin harian saya yang terlalu sibuk. Saya tahu dia memahami.. Selamat Hari Jadi buat suami saya yang menjadi kekuatan saya hingga ke hari ini..

Sebenarnya akhir2 ini mood saya sangat berubah2.. macam2 yang saya lalui hingga saya terpaksa mencari di mana passion saya pergi.. bermacam faktor luaran yang menyebabkan keghairahan itu menjadi pudar.. mungkin saya terlalu letih dengan tugas seharian di ofis.. hingga apabila berada di rumah, saya sudah tidak larat untuk membuka laptop menyiapkan kerja2 gambar saya.. saya hilang konsentrasi.. murung sahaja sepanjang hari.. saya tidak tahu kenapa.. banyak kali saya berfikir untuk buat kerja photography ini secara full time.. tapi saya masih belum dapat keberanian itu.. saya tetap ambil tugasan di hujung minggu walaupun tidak banyak.. kerana sekarang saya sudah menghadkan tugasan yang perlu saya ambil dalam sehari.. kerana seperti orang lain.. saya juga ingin meluangkan masa dengan keluarga saya.. tetapi tidak usah risau wahai client saya sekalian.. kerana kepuasan kalian tetap menjadi tunggak utama saya.. insyaallah saya akan menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin.... (nantikan hasil kerja terbaru saya ye yang pasti membuat anda semua tersenyum :-) insyaallah saya akan mula mengaktifkan blog ini kembali)

Dalam masa itu suamilah saja tempat saya mengadu segala masalah dan kerumitan yang di hadapi.. dia sahaja yang memahami diri saya.. susah senang saya.. untuk itu tiada kata2 yang dapat saya ucapkan kepadanya betapa saya sgt terharu dan menghargai setiap perhatian yang diberikan olehnya.. Saya harap birthday kali ini dapat menjadi suatu kenangan yang paling istimewa buat kami sekeluarga.. terima kasih buatnya yang telah mengembalikan semula semangat saya yang hampir hilang...

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors