Selamat tinggal 2007!
Tahun yang memberi saya merasai pelbagai warna warni kehidupan.. tahun yang juga telah menyedarkan saya.. apa yang saya mahukan dalam hidup.. dan tahun yang telah memberikan kesempatan kepada saya.. singgah seketika dalam kehidupan org lain dan memberikan keceriaan kepada org lain..
This entry is going to be the longest entry i ever had.. ;-) saya mahu berkongsi sedikit apa yang telah saya lalui setahun yang lalu.. berkongsi kegembiraan dan kesedihan bersama semua di luar sana.. yang telah banyak memberi saya inspirasi untuk terus berjuang..
**all those pictures are in random order.. minta maaf kalau ada gambar yang tak sempat saya masukkan di sini..

Tirai 2007 kami buka dengan bersiar2 ke Colmar Tropical.. di mana tempat saya dan suami test kamera DSLR kami yang pertama iaitu Nikon D40.. hati melonjak2 gembira kerana hasrat memiliki camera itu termakbul juga.. niat asalnya adalah untuk mengambil gambar anak kami dengan lebih cantik.. kerana setelah dikurniakan bintang hati kami.. mengambil gambarnya merupakan rutin kehidupan saya sehari2.. bermula dengan camera filem canon, kemudian ixus 60..
Kamera saya yang baru itu saya beri kan nama Tom-Tom~ hahahah manja sungguh bunyinya kan.. mcm nama kucing pun ada.. bezanya.. saya bukanlah peminat kucing.. banyak jasanya kepada kami sekeluarga.. tidak kurang juga pengalaman terkial2 saya mengendalikan kamera itu pada awalnya.. suami menjadi tukang baca manual.. kemudian mengajar dan memberi maklumat kepada saya.. dan saya mempraktikkan pula.. saya masih ingat lagi gambar pertama anak saya didalam buai merupakan percubaan saya yang pertama.. ketika itu hanya memakai mode Auto sahaja..

Belum pun puas saya mengexplore kamera tersebut .. timbul keinginan di hati saya untuk mengambil subjek yang berbeza dari anak saya sendiri.. saya tidak pandai dalam bidang creative photography seperti mengambil gambar bende2 lain yang ada di luar sana.. ataupun mungkin saya lebih punya keghairahan utk mengambil gambar manusia sahaja.. lebih2 lagi kanak2.. kawan2 terdekat saya tahu betapa saya dan suami sukakan kanak2.. niat kami mahu miliki anak seramai 7 org.. tapi apakan daya.. buat masa ni nampaknya hanya seorang sahaja lagi..;-)
Rakan karib saya telah memberikan sepenuh kepercayaan untuk merakamkan gambar anaknya.. dan itulah merupakan percubaan pertama saya.. tidak begitu berjaya saya rasa.. kerana saya hanya applied kreativiti saya sahaja semasa mengambil gambar.. setting semua saya hantam saja la labu..kuangkuangkuang! tapi cukup mendalam kesannya ke atas diri saya waktu itu.. gembira rasa apabila melihat org lain gembira.. tersentuh rasa bila melihat mereka terharu.. tetapi apa yang saya banyak belajar pada masa itu ialah cara composition gambar.. Thanks Shikin.. u know how much it means to me...

Feb 2007, saya ajak suami ke Tasik Kemuning utk merakamkan gambar saya dan Irfan.. ingin saya abadikan kenangan saya dengannya ketika dia masih kecil.. dan gambar itu sangat2 memberi impak kepada jiwa saya.. tidak sangka suami dapat melihat kami begitu dari kaca matanya.. menangis berulang kali saya melihatnya.. gambar itu saya meletakkan tajuk "Cinta.. hinggaku menutup mata" pada entry di fp anak saya. waktu itu kami baru membeli telephoto lense 70-300mm.. dengan terpaksa pakai manual focus (sebab pakai D40).. memang agak mencabar sedikit waktu itu.. tetapi dengan gambar ini juga lah yang telah memberikan inspirasi dan idea kepada saya utk mengambil gambar Mother's Day satu hari nanti.
Selepas itu saya terus memberanikan diri approach kawan2 terdekat utk mengambil gambar mereka dan anak2.. saya tidak sangka sepantas kilat mereka mempersetujui.. dan my earlier clients are among my best buddies at school dan bulan Feb juga buat pertama kalinya saya mencuba ambil gambar event iaitu bday party Balqis anak kawan saya, Nuri.. dan saya masih belum berpuas hati dengan hasil yang saya berikan..
Pada bulan ini juga saya telah trade in 'Tom Tom' dan membeli Gracey sebagai penggantinya.. saya rasa sangat attach dengan kamera2 yang saya ada.. saya menangis semasa melihat 'tom tom' pergi bersama seorang pakcik yang ingin membeli kamera itu utk anaknya.. saya rasa saya tidak ada gambar bersama tom tom kesayangan itu sebagai kenang kenangan.. apa yang saya harap tom tom berada dalam keadaan yang sihat lah hendaknya ketika ini.. banyak jasanya kepada saya..
Percubaan saya yang pertama dengan Gracey adalah ketika percutian keluarga ke Cherating.. waktu itu saya ambil gambar sand castle.. gambar anak dan anak2 buah bermain di tepi pantai.. gambar kakak dan adik di swimming pool.. saya suka melihat hasilnya pada waktu itu.. kerana kalernya yang sgt naik.. tetapi saya masih lagi terkial2 menggunakannya.. dan kena pula membiasakan diri dengan beratnya itu..

Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya pada awalnya untuk menceburkan diri dalam bisnes dalam bidang ini.. selalu sahaja saya merasakan diri saya tidak layak untuk melakukannya.. kerana terlalu jauh saya jika ingin dibandingkan dengan org lain.. dan terlalu byk yang saya tidak tahu.. cuma saya hanya dibekalkan dengan minat, passion, seni dan sedikit bakat yang dikurniakan dari Ilahi.. itu sahaja yang ada dalam bekalan perjalanan saya.. saya tahu sejak dahulu saya memang mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku pada persekitaran saya.. dan dari kecil saya merupakan anak yang paling sensitif dalam keluarga.. dengan sifat sensitif itu jugalah ada pada saya setiap kali memandang anak2 kecil..
Jadi, dengan berbekalkan semangat dan sokongan serta keyakinan dari suami, keluarga dan rakan2, akhirnya pada tanggal 7 March 2007 saya telah menubuhkan Eyes of Grace Photography sempena mengambil nama 'Gracey' kamera kesayangan saya.. (pelik tak bunyinya?) sebenarnya.. Gracey itu sebenarnya melambangkan sifat saya.. walaupun dalam kebanyakan waktu saya ni seringkali bersifat kelam kabut.. tetapi takkan pula nak bagi nama 'clumsey' kan.. wkakakkaka! Grace juga melambangkan sifat kanak2 kan.. yang sangat fragile.. tiny dan lembut secara lumrahnya.. maka saya rasa nama itu sangat sesuai dengan diri saya... dan apa yang bakal saya ambil..
Saya sangat malu untuk menggelarkan diri saya Photographer.. sebab terlalu tidak layak saja rasanya.. malah ketika mahu membuat business card pun.. puas saya bertanya2 org apakah status yang patut saya letak.. dengan merah2 padam muka saya.. akhirnya saya letak juga perkataan 'photographer' itu di atas kad.. tetapi Pro Photographer masih terlalu jauhhh utk di gapai..



It was so hard to convinced mommies out there to take pictures of their newborn baby even for babies before 6 months pun agak susah utk saya dapatkan.. bermacam2 idea dalam kepala saya pada waktu itu.. cuma tunggu model sahaja.. tetapi setiap kali ditanya.. kebanyakan dari mereka ingin ambil gambar anak yang sudah pandai berjalan dan berlari.. lebih riang dan seronok.. memang betul kata mereka.. tetapi pada saya.. alangkah indahnya andai saat mereka masih kecil.. dan masih merah2 itu dapat dirakamkan.. betapa gembiranya anak itu nnt apabila suatu hari nanti mereka dapat melihat gambar2 mereka diambil ketika usia sebegitu.. moments adalah sesuatu yang kiter tidak boleh beli dengan wang ringgit.. kerana saat itu akan berlaku sekali sahaja dalam hidup.. walaupun pada awal usia anak saya baru dilahirkan.. saya tidak berkesempatan mengambil gambarnya dengan cantik kerana saya masih belum punya kamera.. tetapi saya sempat mengambil gambarnya dengan kamera hp. Itupun tidak ternilai rasanya..
Tetapi akhirnya apa yang saya idamkan itu tercapai juga apabila Sa, seorang lagi sahabat saya memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil gambar anak nya Sarah yang ketika itu baru berusia 40 hari.. Apabila saya publish gambar itu.. maka barulah mereka faham apa yang ingin saya lakukan.. dan dengan merakam gambar baby Sarah la.. baru saya jumpa trademark EOG yang saya cari..
16 comments:
Salam Kak Zubye....
Ur entry this time hooked me to the end!firts and foremost CONGRATULATIONS on the decision that u have made...im sure kak zubye dah berfikir panjang untuk melakukannya....
sememangnya sebagai anak, isteri dan juga ibu....seboleh bolehnya kita nak sepenuh masa kita didedikasikan hanyalah untuk mereka yang tersayang.....InsyaAllah ini adalah yang terbaik untuk Kak zubye and family.....
I was introduced to ur blog by a friend....and memang straight away kelly kata...THIS IS WHAT I HAVE BEEN LOOKING FOR EVERSINCE IM PREGNANT!!!...being a mother....my life revolves around my baby mainly....dan sememangnya kelly amat teringin untuk merakam saat saat dia membesar....
kelly tak pernah jumpa photographer malaysia yang ingin membuat BABY MILESTONE Photography....even kelly pernah suggest pada kawan untuk lakukannya tapi no positive response from him......
Sayang sekali kelly jumpa blog nih bila iris dah past her 1st year....takpa....tak dapat baby milestone kak zubye amik.....ada banyak lagi untuk photography session yang lain...
apa yang kelly nak kata sini is....kak zubya kata tak penah pergi pun any formal photography classes...but hasil kerja kak zubye is something im sure u can be proud of.....
seringkali potret yang kak zubye tayangkan in this blog boleh buat kelly tersenyum.....
before i end...kelly nak ucap SEMOGA BERJAYA dalam kerjaya baru kak zubye nih.......tho im a stranger to u....but im sure i will establish a clientele relationship with u.....and i support you!!!moga dengan ini kak zubye dan keluarga dimurahkan lagi rezeki, dilimpahkan kasih sayang antara satu sama lain dan dikurniakan sesuatu yang kak zubye rasa 'hilang' suatu ketika dahulu!!!!
ok.how should i start ek?
aku rasa mesti ko macam nak nangis masa mula-mula ko nak compile semua 2007 achievement ni kan?
ke aku silap?..hehe..aku rasa aku tak silap kot...
But for the first time ko amik gmbr anak aku kat KLCC tu aku dah tahu dah..memang ko boleh pergi amat jauh...(one of it ko pun tak percaya yg ko akan full time secepat ni kan)CONGRATULATION dear friend...
aku tak tahu nak cakap apa sgt ko tahulah aku ni kan bukan suka tulis2 ni=pemalas sikit..
but just a little word to you..
always believe in what you do sebab aku yg orang luar ni pun tahu kemampuan ko..all the best!!!
Askum..
kak zubye,bia dida baca kata2 yang kak zubye katakan tersentuh dida membacanya.
walau susah macam mana pun,akhirnya kak berjaya juga menghiburkan para parents semua di dalam hasil kerja yang bagus dan indah.dan dida adalah salah seorang ibu yang bangga dan terharu dgn hasil yang kak zubye berikan.
anyway,dida doakan agar Tahun 2008 ini akan menjadi tahun berjaya dan sukses begitu juga dgn tahun-tahun yang akan datang..Semoga berjaya.Congrats ya..:)
Salam Zubye,
Walaupun kenal u melalui EOG jer..tapi apa yang lahir dari hati u memang magnificient. Setiap gambar ada jiwanya..harap tahun ini EOG berkembang maju..insyaAllah Zubye akan dapat apa yg diimpikan...tak sabar bertemu 19/1 nanti...bertemu full time photog :)
Saya tahu EOG ni pun thru ex-opismate, Eyna. And bila dapat tahu your hubby pun asal Kuching gak, lagi la rasa cam nak kenal :) But what attracts me most ialah sebab gambar yg zubye ambik semua lawa, especially yg newborn. rasa cam tgk postcard jer.
i'll grab your package 1 day insya Allah. nak gak gambar my daughter alesha thru a pro lense :)
Hai Zubye sonok baca blog Zubye nih tau . Semer org start darik bawah kan and im glad that u berjaya Zubye . I adore your work so much koz Zubye is Zubye ...u have your own signature
Keep up the gud work ya Zubye . Moga 2008 menjanji kan rezeki yang lebih murah . All the best Zubye
Zubye,
Memang boleh dikatakan tahun 2007 adalah tahun yang GEMILANG buat Zubye... tahniah Suzi ucapkan. Kami di sini memang sentiasa menyokong apa Zubye buat ni... sememangnya Zubye memang berbakat... dan bakat itu sungguh luar biasa.
Tahniah Zubye... memang kalau sesuatu perkerjaan itu dibuat dengan hati penuh ikhlas memang akan menampakkan hasil yang menakjubkan...
Hi Zubye,
Congratulations! Semoga penghijrahan tahun ini akan membawa kejayaan yg lebih bermakna utk zubye and family.
I always fall in love with pictures you've taken with babies and children. They are so lively, even though you said you still have a lot of techniques to learn and improve to produce a better result. I think you should concentrate on this first and don't jump too quickly into becoming a wedding photographer. I don't mean to discourage you tapi I rasa your magic is with children.
kak zubye..
saya suke sangat ur blog ni.
eventho kami masih belum berbaby lagi..
hopefully, one day biler ader rezeki.. mesti nak carik kak zubye to capture all the memories
can i learn the technique from u nanti?
hi,
this is the 2nd time i browse your blog. entry kali ni mmg buat saya tersentuh immediately and will bookmark you. I really like your work, passion and soul. Please remain those and i wish all the best and congrats. Sooner i might need your service :)
salam zubye ! bravo zulu sis !!!
u've made it .. akak happy tgk zubye berjaya merealisasikan minat zubye .. u've always been MY IDOL la sis ..keep up the good work !
tahniah, zubye!
insyaAllah one day u'll be well-known worldwide for your good work, mcm anne geddes :D
phew! what a year 2007 was for u!
reading from the first sentence to the last, deep inside, i am very proud of the passion that u have for EOG! i know it was not easy to be who u r now, but u did it! i'm glad that u made the right decision... to go forward... NEVER backward...
when someone gave u their trust to capture their moments, u gave the best of all urself... do u know it was the greatest gift of all? HAPPINESS in a form of a picture that speak 1000 words... u r truly remarkable! when u transform into ur professionalism, its very inspirational, and heart-warming. u've come a very LONG WAY from where/when u started out. u're getting stronger now, and ur strength shone through!!!~
dear, please keep stepping forward with all that bravery... i bet irfan, ur husband and ur family is so very proud of u... i know i am!
happy nu year!
remain blessed.
*much love*
1stly Happy New Year!!!! moga tahun ini memberi sejuta kebahagian n rahmat yg berpanjangan buat kita sekeluarga, Kak U sentiasa doakan yg terbaik buat Zubye sekeluarga. Trust me apa sja yg berlaku dlm hidup kita adalah yg berbaik,Allah S.W.T. maha mengetahui segalanya. Cuma tinggal kita yg mencorakkan & mewarnakan mengikut gerak hati dan kepintaran akal.KEGAGALAN ADALAH TANGGA PERTAMA MENUJU KEJAYAAN.... ingatlah tanda ALLAH SWT menyanyangi hambanya ialah dengan dugaan n ujian yg menguji kesabaran n ketakwaan kita padaNYA. Kak U percaya zubye takkan menyesal dgn keputusan yg dah d buat n kak u tetap menyokong apa jua yg zbye lakukan & alwez REMEMBER this I alwez here 4 u. Akhir kata moga segala yg d impikan akan termakbul tahun 2008 ini. LOVE N SUCCESS ALWEZ DEAR SIS, I'M PROUD OF U!!!!!!!!
salam, k.zubye..
Tahniah dgn keputusan yg dibuat + personally saya rasa sgt bangga dgn akak. Saya kenal k.zubye sejak akak visit blog saya dulu + masa tu k.zubye pun baru start memblog psl irfan dlm blog yg ada gmbr elmo + lagu yg sgt catchy itu ;). dr situ, saya selalu ikut perkembangan akak. most of time as a silent reader.
Anyway, saya sgt bangga dgn apa yg k.zubye capai skrg. You give an inspiration. INsya Allah, moga tahun ni akan menjadi lebih bermakna buat akak + family ;).
Aminnn...
smoga 2009 akan lbh cerah lagi buat zubye n family..amin
Post a Comment