Friday, March 30, 2007

Anessa dan Aiman

click here for more pics

Saturday; March 24th 07
Taman Melawati, KL

Buat pertama kali saya ber ps dengan kanak2 di atas umur 2 tahun.. selama ini saya banyak pengalaman dengan baby2 sahaja.. jadi.. approachnya juga berbeza.. dan buat julung2 kalinya.. model2 saya kali ini dengan sukarelanya berposing untuk saya tanpa perlu saya memintanya.. ohhh!! heaven!!

Awalnya saya fikir ingin mengambil gambar mereka sekeluarga. Papa kepada kanak2 ini merupakan bos saya semasa saya di dept IT dulu.. rupa2nya.. papa dan mama mereka mahu portrait anak2 mereka sahaja dirakamkan..

Sessi ini dijalankan di sekitar kawasan rumah mereka sahaja. Kali terakhir saya ke rumah mereka adalah pada hari raya 2005. Kali ini saya datang tamannya sudah lengkap.. kolam ikan pun sudah bertambah. Redup dan rimbun sahaja berada di situ.. Pendek kata tidak perlu pergi jauh2 untuk berehat2.. dan sangat sesuai dijadikan port bergambar.. Rasanya mau saja saya sewa tempat ini untuk photoshoot2 saya yang seterusnya.. ekekke... boleh ke kak gee?

Kali ini model2 saya tidak perlu ditemani oleh ibu bapa mereka ketika sessi ini dijalankan.. papa dan mama mereka hanya mengintai dari jauh sahaja.. tersenyum2 simpul melihat anak2 bergaya didepan kamera.. tapi, senyum saya lebih lebar lagi...hehhe :D

Sofea Anessa ~ 6yrs



Bila melihat wajahnya.. mata akan terpaku pada sepasang lesung pipit di pipinya.. saya rasa itulah salah satu yang menjadi tarikan princess yang seorang ini.. awal pertemuan kami pada hari itu.. dia seakan malu2 kucing dan katanya.. tidak mahu ambil gambar kalau mamanye tidak duduk disebelah. Tetapi,ketika mamanya ke dapur, saya mengambil kesempatan itu untuk 'warm up' dengannya.. saya snap serba sedikit gambarnya.. dari malu2 dia jadi seronok pula :-)


Gaya Anessa berposing juga amat menakjubkan saya.. boleh dikatakan semua pose ini dilakukannya sendiri.. saya hanya tolong sikit2 sahaja.. sesekali dia bertanya saya "buat camni boleh tak auntie?".. "anessa nak buat macam iklan tu boleh tak auntie?" saya senyum dan angguk kepala.. tercuit hati saya mendengar soalannya.. Penat bergambar di luar, diajaknya saya bergambar dalam bilik nya pula... makin melebar senyuman saya..




Aiman Haziq ~ 9yrs
Saya memang suka dengan Aiman masa usianya baby2 lagi.. dahulu.. jika ada apa2 acara di company saya, kerap kali saya berjumpa dengannya.. walaupun hanya boleh pandang sahaja.. tidak bole disentuh. Aiman tidak mahukan sesiapa ketika itu kecuali mama dan papanya sahaja.. Umpanlah coklat sekali pun memang dia tidak mahu.

Tetapi sekarang, personalitinya sudah betul2 berubah. Dia sudah menjadi budak lelaki yang sangat peramah dan agak kelakar juga.. Mulutnya tidak henti bercakap. Ketika diambil gambar mahu pose seperti Goku sahaja.. saya pun tak tau Goku tu apa.. katanya dalam citer Dragon Ball.. Kali ini semasa mengambil gambarnya.. saya benar2 sudah tidak tahan ingin ketawa melihat gelagatnya.. posenya lain dari yang lain.. macam mahu berperang pun ada.. ekkeke.. tapi sangat menghiburkan.. :D
Selesai sessi photoshoot, mereka berdua sekali lagi mengajak saya naik ke atas untuk bermain2 pula dengan mereka.. si adik mengajak saya bermain masak2.. abang pula mengajak saya bermain game.. sudah nya kami bertiga bermain jual beli seolah2 dekat dalam minimarket. Lepas ni mungkin saya sesuai menjadi cikgu tadika pula gamaknya.. ekekke...
Sesungguhnya hari sabtu yang lepas sangat memberi kepuasan kepada saya.. Saya sangat gembira melayan kanak2 ini.. sessi photoshoot saya kali ini sangat releks and leasure.. hehhe
Utk Abg Aidi dan Kak Gee, Thanks for your support. Semoga tersenyumlah melihat gambar mereka ni ye.. Zubye tak habis senyum lagi ni.. Thanks sebab luangkan masa utk saya.. next time zubye bawak irfan ye..
Nanti dah kuar baby tu nanti.. zubye amik gambar lagi ye.. oh ya Kak Gee, tahniah ya.. :-)


Quote :
"Hi zubye! Kak gee dah tgk gambar2 anesa ngan aiman.. mmg superb! Anesa excited sgt.. bila kak gee bacakan kat dia.. tersenyum2 dia.. kak gee pun excited bgtau semua kawan2 ngan adik2.. tak sabar nak tunggu feedback diaorg..hehheh.."
-Kak Gee in her sms to me :)

Read more...

6 comments:

Tuesday, March 27, 2007

Ahmad Haikal

click here for more pics

Saturday; March 24th 07
KLCC Park

Ahmad Haikal ~ 1yr+















Saya kenal Suzi, umminya melalui alam cyber iaitu di fp.. jadi ini adalah pertemuan pertama kami.. Akhirnya dapat juga saya bertemu dengan Haikal yang selama ini saya lihat di fp sahaja.. Anak teruna kesayangan Suzie ini sebenarnya sangat keletah dan berani.. adalah menjadi satu cabaran utk mengambil gambar kanak2 usia ini..kerana di usia ini.. mereka tidak suka diarah.. mereka hanya mau lepas bebas sahaja.. lebih2 lagi haikal masa saya jumpa baru sahaja dapat kaki kata umminya.. Namun alhamdulillah dapat juga saya amik gambarnya duduk atas rumput.. Bila berjalan Haikal akan tersenyum.. mungkin kerana excited dapat berjalan.. saya suka tgk senyuman haikal.. sebab bila sia tersenyum.. sampai kecil2 matanya...sampai bila dia menangis pun saya ingat kan dia sedang ketawa.. hehheh sangat comel!
















Saya rasa sangat bertuah sebab sentiasa dikelilingi kanak2 comel seperti haikal.. banyak pengalaman yang saya timba.. setiap kanak2 mempunyai keunikannya yang tersendiri.. itulah part yang saya paling suka.. dan part utk approach mereka pada awalnya.. saya sgt selesa dan seronok sebab Haikal mau saya mendukungnya pada awal pertemuan kami.. dan bau 'baby'nya masih ada lagi.. :-) Nasib baik Haikal tidak kisah saya mencium pipinya..

Untuk Suzie dan suami, harapan zubye semoga kalian suka gambar2 yang diambil ni.. dan thanks sgt sebab luangkan masa hari tu... dengar khabar balik rumah je semua nya 'pengsan' ye? ekkeke.. huhuhu kami jgn kan kat umah masuk keta je dah pengsan.. ekekke.. tapi seronok.. ada masa kiter jumpa lagi.. kali ni biar haikal main2 ngan irfan lak.. dan kiter pulak borak2.. hari tu tak puas borak2 la.. hehheh.. looking forward to see u again :-)



Quote:

A million trillion thanks to zubye... Ish... tak tahu nak ucapkan yang seperti dengan apa yang suzi nak sampaikan... semua gambar superb... memang ada mata ajaib la zubye ni... :))

~Suzi

Thanks Zubye.. tak puas menatap hasil kerja zubye ni. Rasa sebak kerana hilang kata2 utk suzi gambarkan perasaan suzi melihat semua gambar ni. Well done!

~Suzi in her sms :)

Read more...

3 comments:

Monday, March 19, 2007

Adam Harris and Family

Alhamdulillah semuanya sudah back to normal.. walaupun saya dan suami masih dikuarantin tidak boleh berjumpa irfan buat masa ni.. irfan sekarang dalam jagaan nenek.. kerana kami berdua sedang demam.. takut berjangkit kembali kepada si kecik tu nanti :-(

Walaubagaimanapun.. kerja harus diteruskan macam biasa.. saya anggap segala yang berlaku sebagai satu dugaan yang mematangkan kami dalam membesarkan anak.. Alhamdulillah.. kami dapat menghadapinya dengan tenang walaupun hati ini kadang2 gundah melihat anak yang tiada tenaga pada ketika itu.. mudah mudahan semuanya akan lebih diberkati selepas ini..

oklah.. di sini saya ingin berkongsi satu lagi sessi photoshoot yang telah saya jalankan beberapa minggu yang lepas..

Saturday; 3rd March
Cyberview Lodge, Cyberjaya.

Adam Harris ~ 1yr & 9 mths



Kira2 satu tahun lebih sebelum ini.. saya hanya melihat pembesaran anak ini di fotopages yang dicipta ibunya; gg.. boleh dikatakan setiap hari saya tidak akan melepaskan peluang membukanya.. Adam Harris telah menarik minat saya pertama kali saya memandang wajahnya walaupun hanya di dalam screen.. Dalam hati terdetik bertuahnya kedua ibu bapa yang memiliki anak kecil ini.. dan moga2 anak saya juga akan secomel itu.. ada satu daya tarikan pada kanak2 ini yang susah untuk saya nyatakan.. wajah comel ketika kecilnya sudah cukup membuatkan hati ini tak senang duduk kalau tidak membuka fpnya.. untuk mengetahui perkembangan terkininya.. kini dia sudah besar.. wajahnya makin hensem.. dan semakin memikat mata yang memandang.. saya rasa diri saya cukup bertuah kerana saya dan mommynya iaitu gg kini berkawan baik. Suatu rahmat Allah saya kira.. oleh kerana anak kami boleh dikatakan seusia.. jadi kami sering bertukar2 pendapat bout motherhood.. Adam Harris kini tinggal di satu tempat yang istimewa dalam hati saya.. begitu juga dengan ibunya.. saya amat2 menghargai persahabatan ini...


Peribadinya satu ketika dulu amat pemalu.. hinggakan tidak mahu lepas dari pelukan mommynya.. pemalu dan sangat manja! tapi saya suka personalitinya yang satu itu.. tetapi pada perjumpaan kami pada hari itu.. perasaan malunya serba sedikit telah terhakis.. dia tidak saja mahu berada dalam pelukan mommy.. tapi sudah boleh di bawa bermain.. mungkin juga kerana dia sudah selalu melihat rupa saya.. hehhe.... untuk mengambil gambarnya berposing bagi kanak2 sebaya ini memang lah susah.. tetapi pada adam harris.. saya rasa gambar candid yang saya ambil seolah2 ibarat dia berposing didepan kamera..


Saya juga meminati keluarga ini yang sangat romantik.. sweet dan manja pada pandangan saya.. mereka semuanya lembut2 belaka.. saya lihat keakraban yang jelas terpancar pada mata masing2.. sebenarnya hari itu mereka sedang bercuti meraikan hari lahir daddy Adam Harris.. how sweet!


Buat gg, thanks sangat2 sebab memberi peluang akak mengambil gambar gg sekeluarga di tempat yang sangat2 cantik ini.. terima kasih jugak sebab menjadikan gambar2 ini sebagai portrait terindah percutian kalian sekeluarga... hope u love it as much as i do! :-) thanks again..

Quote :

gg said~

"Dear Kak Zubye...Thanks for the lovely pics...Semua cantik and buat mommy tersenyum...tak sabar nak cuci and framekan...thanks so much!! "

Daddy Adam Harris said~

"Hmmm what can we say? We feel so privileged and lucky to have had Zubye photograph us that day. She used her skills to get exactly the right shots for us. It was a great experience and it was very casual. The photos were absolutely wonderful.Guys there's no question - if you want perfect photos to remind you of your amazing day, you simply have to use Zubye. We couldn't be more satisfied!!Thanks again! We'll cherish the awesome memories, forever. "

click here for more

Read more...

6 comments:

Tuesday, March 13, 2007

poor my lil baby :-(

my last posting was "happy" weekend.. nope.. i'm note happy.. well we're supposed to be happy enjoyed our trip.. but nope.. irfan was admitted sebaik sahaja kami sampai kl from penang.. he got fever since khamis malam.. and until sunday he didnt recovered.. so i make decision terus gi hospital.. as i expected, dia kena tahan kad ward malam tu jugak.. not malam.. but 3am..
he is now sleeping on his babah's shoulder masa saya turun bawah untuk beli barang2 sket.. dan saya nampak ada internet kat sini.. so saya singgah kejap untuk update..
Alhamdulillah his condition is better than day 1 he was admitted.. tapi nak discharge lambat lagi.. coz lung dia lum fully recovered.. most probably seminggu saya berkampung di sini..
takde apa yang saya harap kecuali kesihatan yang berpanjangan terhadap anak saya.. saya pening dan saya juga tengah demam.. but kena kuat mental and fizikal..
ok.. tak boleh lama2.. nanti if ada any chances.. saya tulis lagi and updates on his condition..
till then.. pray for us ya.. thanks..

Read more...

1 comments:

Thursday, March 8, 2007

Happy weekend!!

Alhamdulillah, i received quite a number of response on my new blog.. thanks for those who are interested for the thing that i called human photography.... thanks for the call.. sms.. and ym 'buzzying' ekkeke..

ok.. semalam ada yang bertanya pada saya am i doing this as my fulltime job? oh.. oh.. tidak.. saya cuma freelance photographer.. yang mana kebanyakan shot yang saya ambil adalah pada hujung minggu.. kemudian ada yang bertanya.. oh so.. irfan u tinggal or bawa.. i answered.. oh.. i angkut sekali together with my hubby.. but alhamdulillah.. dia paham mamanya sedang bekerja.. so dia akan dok diam bersama babahnya.. dan babahnya.. alhamdulillah sungguh memahami minat isterinya.. hehhe..

saya akui menjadi seorang pekerja di opis pada siangnya.. kemudian balik menguruskan tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu.. kemudian pada tengah malamnya.. ketika anak sudah tidur.. meneruskan pula kerja2 mengedit dan mengemaskini gambar2 yang telah saya ambil.. memang kadangkala agak memenatkan..
tetapi apabila minat dan passion itu datang seiring.. segala kepenatan tidak akan dihiraukan lagi.. saya tidak tahu bagaimana ingin meluahkan betapa puasnya hati saya setelah dapat bersama2 keluarga yang ingin saya merakam portrait mereka.. meluangkan masa bersama2 mereka.. dan mengambil gambar segala aksi2 mereka.. sgt2 memberikan saya kepuasan yang tiada nilainya.. i'm not very good describing things in words.. but deep inside my heart.. i know i love what i'm doing now..

bila tgh malamnya saya melihat hasil2 yang telah saya lakukan..imbas kembali kecomelaan dan kemesraan anak2 bersama ibu bapa mereka kadang2 buat saya terharu.. lebih saya terharu apabila mereka mengatakan yang mereka sukakannya.. oh.. bahagia jek rasa.. ekkeke

this will be my last posting for this week.. esok kami sekeluarga akan berangkat ke penang sempena company's family day.. alhamdulillah.. masih sempat saya join activity2 company ini..

next week i've tone of works to do.. ada gambar2 yang saya ambil.. masih belum dimasukkan di sini.. and all my archives.. wat do u think guys? shud i post a new entry on all of my archives.. or should i just link it to my fp ( where the pics are located ) need to sort these things out..

and for the office work.. i've many things to settle too.. selepas bersuka ria di penang.. ohh.. audit menantiiiii... huhuhuh..

p/s: sapa leh cadangkan any supplement to take? so far saya hanya makan spirulina je..

ok guys.. have a nice weekend!!

Read more...

1 comments:

Wednesday, March 7, 2007

KC dan Alia


Saturday; Feb 25th 07
Alamanda Park, Putrajaya

Aiza Alia ~ 4yrs+

Membesar dalam lingkungan ahli keluarga yang terlibat aktif dalam bidang photo, saya rasa Alia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya apabila berhadapan dengan kamera.. walaupun agak malu pada mulanya, akhirnya.. saya dapat lihat Alia cuba menyampaikan sesuatu kepada saya melalui lenggok badannya.. saya tahu dalam malu2nya itu.. dia mahu gambarnya diambil.. comel dia bila berkeadaan begitu.. saya pula rasa teruja apabila melihat dia akur sahaja kepada setiap gaya posing yg dicadangkan oleh mamanya.. saya suka kanak2 persis model ini.. dia sangat pandai bergaya.. dan kamera saya juga sangat sukakannya.. saya lebih gembira.. bila di akhir pertemuan kami.. dia merelakan saya mencium pipi comelnya.. oh sayang sekali saya tiada gambar waktu itu.. Alia.. u’re such an adorable girl!


























And this last picture has personally touched my heart.. :-) i can clearly see the love and the bonding between these 2 ladies.. :-) (Alia and her mom, Kc) they are so close like a friend!



I like other shots on the bench too..

Quote:

KC said~

" oh zubye....i'm so touched by this entry! yupp, i absolutely love this pix....thank you so much dear...u really made my day today!!! couldnt wait to see the rest......hehehe!! p/s tak sangka aia senyum masa tu.... "

click here for more

Read more...

1 comments:

Tuesday, March 6, 2007

Hasmuni dan family..


Saturday; Feb 25th 07
Taman Tasik Shah Alam.

Saya mengenali Hasmuni 16 tahun yang lepas ketika sama2 menuntut di sekolah yang sama.. kini... setelah 16 tahun berlalu dia telah dikurniakan 2 orang puteri yang comel2 belaka.. yang sulung namanya Sufi Nurani.. yang kecil bernama Seri Nursara.. sungguh unik nama itu.. 2 minggu yang lepas saya sempat merakamkan portrait mereka sekeluarga di Taman Tasik Shah Alam.. thanks for the wonderful time Muni.. saya boleh katakan muni punya family yang sgt2 ceria.. kerana suaminya yang tidak pernah kering idea untuk menceriakan suasana.. sehingga kadang2 bergegar2 kamera saya menahan ketawa..


Sufi Nurani.. 3yrs+


Tidak mudah memenangi hati anak sulung mereka ini.. setiap kali didekati.. setiap kali itulah dia akan mengelak.. puas saya menggunakan umpan.. tapi tidak berjaya.. ibunya kata dia agak badmood hari itu sebab dikejutkan awal pagi bangun tido...ekekke..tetapi setelah take 5.. hati anak kecil ini telah berjaya saya tawan... finally.. dia tersenyum melihat saya.. dan ketawa girang walaupun tidak perasan bila masa kamera saya captured gambarnya.. umpannya? baling batu di dalam tasik!! itu bisa membuatkan dia ketawa besar..

Seri Nursara..8mths

Berlainan dengan kakaknya, Seri lebih mesra dengan org luar.. puas saya memeluk dan mencium nya sebelum sessi dijalankan.. nampak gayanya dia juga menyukai saya..;-) tiba2 saya rasa nak anak perempuan pula.. hehhe.. Seri mudah di agah..danmudah ketawa..gelagatnya membuatkan saya mudah jatuh cinta dengan nya.. hehhe..

Saya sayangkan anak2 ini seperti saya sayangkan anak saya juga.. mungkin kerana terselit nilai sentimental di situ di mana ibunya sahabat lama saya.. dan kini kami tidak pernah terputus hubungan..

untuk muni.. aku harap ko sentiasa bahagia dengan suami dan anak2 ( i know u do).. thanks for always being there.. aku jugak harap ko suka dengan gambar2 ni.. and really hope.. it will never failed to bring smile on your face.. thanks again muni...

here i share with u guys.. some of my favourite.. :-)

click here for more pics

Quote:

Muni said~

"zubye..thanks a millionss..ari tu aku try nak tulis mesej kat sini tp error plak..thanks for capturing such wonderful pics that i never thought will have it that way..so lepas ni kene praktis plak for the weeding pic..ahaksssss...and aku boleh dikatakn bangga la sebab my family is the pionerr for your blog...ngeh ngehngeh..(bangga sendirijer..)"

Read more...

0 comments:

Salam Semua...

Alhamdulillah tercapai hasrat saya untuk melihat blog ini.. terima kasih ude yang sudi membantu.. i lap u ude...
Sekejap lagi saya akan memasukkan entry satu lagi sessi photography yang telah saya lakukan 2 minggu yang sudah.. minggu lepas merupakan minggu yang amat memenatkan pada saya dari segi fizikal.. mental dan emosi.. tetapi saya gembira dengan apa yang saya lakukan...
Kemudian rancangan saya ialah untuk membuat posting tentang sessi2 photoshoot saya sebelum ini.. insyaAllah juga saya akan cuba siapkan dalam minggu hadapan..
ok stay tune for the next entry :-).. salam peep!!!

Read more...

0 comments:

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors