Wednesday, February 6, 2008

Adam Hakimy 2nd Birthday Bash

Memang kenyanglah perut kami anak beranak tiap ujung minggu.. mana taknya saban minggu dihidangkan dengan makanan yang lazat2 di birthday party.. itu belum campur lagi dengan kek2 dan sajian2 yang manis2 belaka.. maka setiap ujung minggu juga lah rasanya berat badan makin naik mendadak.. tapi salah satu kelebihan 'bertugas' di party harijadi adalah.. dalam waktu yang sama badan tetap bersenam sebab kehulu kehilir malahan berlari2 kesana ke mari untuk mendapatkan saat2 yang best untuk dirakamkan.. maka selalunya pada setiap kali party harijadi.. bukanlah makanan yang saya aim dahulu.. sebab memang selalunya saya akan merupakan org terakhir yang akan menikmatai segalanya yang sedap2 itu..

Berbeza dengan party yang ini.. saya datang agak awal hari itu.. maka tuan ruman iaitu Pn Mona ibu kepada birthday boy si hensem Adam ini dengan baik hatinya suruh saya menjamah dahulu makanan yang ada.... maka sebab itu sebaik saja habis makan, saya membuat senaman kehulu ke hilir itu dengan harapan segala kalori dapat dikurangkan ekekke..






Party harijadi Adam memang sangat meriah.. walaupun pada awalnya saya diberitahu oleh ibunya bahawa dia hanya membuat party kecil kecilan untuk sanak saudara dan kawan terdekat saja.. tetapi apabila saya sampai di situ saya melihat belon disana sini digantung di khemah.. dan pelbagai hiasan lagi memenuhi ruang..
segala persiapan yang dibuat sudah semestinya lah untuk menggembirakan tuan putera nan seorang itu.. Besar atau kecil party tidak menjadi keutamaan.. tetapi yang paling penting adalah.. setiap detik itu dihargai kerana dapat berkumpul bersama2 mengeratkan silaturahim dan sambil menyambut serta memeriahkan majlis kelahiran anak tercinta..





Adam Hakimy kelihatan sangat hensem di hari bahagianya.. ekekke.. dengan ber neck tie dan ber crown di kepala.. saya rasa budak kecil ini mempunyai potensi diminati ramai apabila dia besar kelak.. ekekke.. dia seorang yang active berlari kesana kesini.. manakala atuknya pula setia menjaga.. saya suka melihat ikatan itu.. pada waktu memotong kek.. dirinya ceria.. sudah tau majlis itu memang untuknya..






segala hiasan membuatkan majlis ni nampak ceria.. theme colour adalah oren dan hitam.. cantik combination warnanya.. siap ada button lagi buat semua tetamu kecil.. apa yang best anak saya amat menghargai button tersebut.. di mana dia tidak mahu tanggal button di baju nya walaupun kami sudah sampai di rumah nenek selepas majlis tersebut.. bila sudah dimandikan.. anak saya meminta lagi untuk memakai button itu di bajunya.. how sweet!! dan dia tunjukkan dekat atuk dan neneknya.. dia kata "fren.. Adam birthday!!" anak saya pun sudah faham rupanya apa itu harijadi.. (ataupun mungkinkah anak saya sudah pandai memberi hint kepada saya agar nanti buat juga button seperti itu masa harijadinya nanti? ekekke)



panjang pulak tulisan saya kali ni.. sebenarnya ada mood pulak sebab esok kami sekeluarga akan bercuti panjangg ke Cherating.. A big family gathering ever.. iaitu seramai lebih kurang 60 org ahli keluarga sebelah ayah saya akan join the gathering.. memang takleh nak sorok lah keterujaan saya.. lepas ni amik gambar kat pantai pulaaaa!!! bestnyaaa!!
Buat semua terima kasih kerana tidak jemu2 melawati blog ini dan bagi sokongan buat saya.. have a greatt holiday!! Berhati-hati di jalan raya ya!!


Quote~


wahhh panjangnya n3 utk Adam. Tq Zubye...really appreciate :). Sukeeeeeeeeeeeee sgt sume2 piccas. Cantik!! Nampak live n ala2 ceria gtu. I like... :).Maafla ye tepaksa main kejar2 ngan beday boy, mmg taleh duk diam. Teharunya baca irfan suka pakai badge tu hehe kiut jek. Pasni suh mama buat party untuk irfan pulak ye :).


~Mommy Adam Kimy

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors