Monday, March 31, 2008

Lil' peanut






Rasanya semua sudah sedia maklum yang saya memang suka sangat ambil gambar newborn.. tapi rasanya tak byk yang tahu.. it is the most challenging age for me to photograph...di sebalik ketenangan baby dalam gambar2 yang saya ambil.. tidak ramai yang tahu bahawa untuk mengambinya bukan sesuatu yang mudah.. perlu kesabaran yang amat tinggi.. di samping saya perlu mengasah otak untuk mendapatkan idea2 yang baru yang lebih fresh..





Baby ini namanya Nur Hannah Irdina.. berlainan dengan baby newborn yang pernah saya photograph sebelum ini.. nampaknya baby Hannah adalah yang paling mudah untuk diambil gambarnya.. mudah bukan bermakna.. seminit dua gambar ini dapat dirakamkan.. mudah maksud saya kerana umurnya yang baru 10 hari ketika itu dan secara fitrahnya umur begini mereka hanya tidur sahaja.. dan hanya bangun sekejap2 sahaja untuk menyusu.. walaupun tidurnya kerap kami ganggu pada hari itu.. namun dia tidak kelihatan marah pun.. hehe.. malah pada ketika umur ini.. badan mereka amat lembut.. dan tgk sahaja lah dia tidur dalam keadaan posisi menonggeng begitu.. sangat kiut rasanya nak picit2.. hehehe.. waktu itu untuk pengetahuan semua.. dia memang benar2 sedang tidur dengan lenanya..




Berbanding dengan newborn lain yang saya ambil yang kebanyakan umurnya sudah melepasi 2 minggu.. agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan keserasian dengan baby itu kerana keadaan baby yang sudah mula pandai 'cranky'.. tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk terus menunggu..



Sebab itu saya selalu mencadangkan umur yang paling sesuai bagi fasa newborn untuk dirakam adalah ketika mereka berusia 10 hari dan ke bawah.. :-) tetapi kadang2 atas sebab2 tertentu..misalnya ibu yang terpaksa berpantang di kampung dan keadaan kesihatan baby yang tidak mengizinkan, maka tidaklah dapat dirakamkan pada waktu2 yang diidamkan.. oleh kerana itu.. pada 10 hari dan ke atas juga.. saya masih sudi mengambil gambar :-)






Tetapi masih ramai juga yang tidak mengetahui bahawa saya selalu merasa fail apabila mengambil gambar newborn..
saya fail mengawal perasaan saya untuk membawa baby itu balik ke rumah.. hehehhe sapalah yang tak geram kan.. bila tgk baby2 kecik macam ni.. pulak tu badan boleh dilentur sebesar bola sahaja.. memang silap2 haribulan.. tiba2 nanti mama kepada baby itu tgk2 anak mereka hilang dilarikan saya.. hehehhe..



Terima kasih kepada Liana dan family sebab beri peluang ini kepada saya..
sebenarnya Baby Hannah ni merupakan sepupu kepada Danish dan Dhia, baby yang pernah saya shoot satu ketika dulu.. heheh malah muka Hannah pun saling tak tumpah seperti Danish.. itu kata nenek mereka yang turut sama ada menyaksikan cucu mereka dibogelkan oleh saya pada hari itu ... hahahhah!! itu lagi satu cabaran berat.. ekkekekke..







InsyaAllah, panjang umur saya.. akan bertemu lagi baby Hannah ni utk sessi akan datang.. an advantage for me.. walaupun saya tak dapat bawak pulang baby ini, tetapi saya tetap dapat memerhatikan pembesaran mereka nnti.. hehehhe yahooo!!! jumpa lagi ok!!!







Dan untuk pengetahuan semua juga.. saya baru sahaja memperolehi satu lagi prop yang masih segar dan baru.. heheh A Brand New one..! sepatutnya digunakan esok hari utk ambil gambar a new born boy pulak.. tapi kerana mereka ada emergency kena balik kampung jadi prop tu saya simpan untuk minggu depan.. (hope the baby can still fix the 'prop' size by next week ;-)) tapi kalau ada sesiapa yang nak ambil gambar especially boy.. u know how to reach me kan!! ;-)




Till next time~

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors