Wednesday, April 30, 2008

Happy Holiday!

Minggu ni sangat bz bagi saya.. susah nak dapatkan masa untuk bermain2 dengan irfan.. malah minggu ni irfan terpaksa di hantar ke nursery separuh hari.. kalau tak.. mungkin lambat sikit la jawabnya siap kerja2 saya.. nasib baiklah nursery tu boleh kira ikut jam ;-)


penat memang penat.. tapi penat buat perkara yang kiter suka lain rasanya dengan penat kerana terpaksa.. :-) penat yang menjanjikan kepuasan untuk diri sendiri dan juga untuk org lain.. tak tau lah macamana nak ckp kepuasan tu.. walaupun penat tapi bila tgk wajah2 anak2 kecil ni dengan parents mereka buat bibir saya tersenyum2 je.. memang teringat balik lah situasi masa photoshoot tu..hehehe


jadi minggu ni saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan Cd dan album dari beberapa sessi yang lepas.. dan gambar2 ini adalah sebahagian daripadanya.. kena cepat2 buat.. sebab awal petang nak kena ambil Irfan kemudian nak bawak pergi main kat playground pula.. kalau tak.. sampai ke dalam mimpi lah si kecik tu dok sebut "waywon! waywon!" jadi harapnya semua tahu lah ye kalau saya tiba2 senyap ataupun tak boleh nak ber YM selalu ;-)




Ammar, Arasy and family







Farinda, Jamilla, Hamzah and Haydar









Adam, Khadija and family







Esok semua org bercuti kan!! seronok la.. mungkin ada yang bercuti straight sampai weekend kan.. mesti dah ada macam2 plan ni dalam kepala kan.. saya pun akan bercuti juga esok dan kembali bertugas seperti biasa pada hari sabtu dan ahad.. sudah merangka aktiviti juga nampak gayanya.. dapatlah menebus kembali masa2 yang dikorbankan untuk irfan :-) Esok juga Birthday Along saya..


Jadi di kesempatan ni saya nak ucapkan Happy Birthday to my Along.. semoga kekal bahagia dan dimurahi rezeki dan diberkati umurnya insyaAllah :-) (untungla along saya.. setiap tahun org cuti nak sambut hari jadi dia)


Selamat bercuti semua!!!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors