Monday, April 7, 2008

How sweet....




Jauh saya shoot kali ini.. iaitu di Putrajaya.. jarang saya ke sana malah kalau tak silap saya, ini baru merupakan kali ketiga saya shoot di sana.. Tidak menghampakan.. cantik juga persekitaran Taman Putra Perdana ini.. 2 jam kami di sana.. habis satu park kami jelajah..


Kali ini saya berkenalan dengan sebuah keluarga yang ahlinya agak pemalu... lihatlah sahaja senyum simpul mereka.. Adik kelihatan agak agresif dan lincah berbanding kakak.. Namun kakak selalu memberikan senyuman yang begitu bersahaja ke arah kamera saya.. dalam malunya itu, dia suka portraitnya diambil..








Sweet keluarga ini.. setelah kepenatan menjelajah ke seluruh taman.. anak2 memohon pinta didukung.. sudah tidak larat sangat berjalan rasanya.. tapi dari mula hingga ke akhir saya seronok merakam aksi mereka.. betapa manja anak2 mereka.. Semoga apa yang dilalui pada hari itu.. merupakan kenangan yang istimewa buat kalian semua :-)


Terima kasih dari saya :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors