Wednesday, April 16, 2008

When the words count...


Alhamdulillah. Fully booked sudah promotion Mom's Day EOG pada tahun ini. Seperti tahun lepas alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.. cuma tahun ini ada sedikit penambahan pada pakej yang ditawarkan. Thanks for the wonderful support from all of u out there.. dan minta maaf juga pada yang tak sempat book kali ni.. bukan tidak mahu buat pada hari2 lain.. tetapi other weekends pada bulan May nampaknya juga sudah fully booked untuk family photoshoot dan beberapa event yang lain.. Alhamdulillah.. nampaknya bz lagi May nanti InsyaAllah :-) tetapi masih ada session yg available iaitu on weekdays.. :-) tetapi itupun saya limitkan jugak.. sebab takut untuk ambil banyak2 sebab takut tak ter catch-up pulak nanti.. esp dari segi kualiti dan service yang sangat2 saya utamakan selama ni :-) Maklumlah, saya pun hanya mempunyai 2 org permanent staff iaitu.. satu.. yang di atas ni.. tugasnya untuk urut2 badan saya bila saya kepenatan, dan seorang lagi (tiada di dalam gambar) yang membantu saya dari segi meneman saya ke mana saya pergi dan menjadi pendengar setia kepada setiap masalah saya dan menjadi penenang hati saya ketika saya sedang beremosi.. hehhehe Mr Zul lah tu.. sapa lagiii ;-)


Melihat pada list yang booking promo kali ni, 4 daripadanya merupakan my repeated clients.. terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang memberi kepercayaan sekali lagi buat saya.. saya rasa dari Jan hingga booking hingga bulan June, terdapat ramai juga repeated clients nampaknya.. Alhamdulillah pada saya itu salah satu achievement juga walaupun nampak remeh pada sesetengah pihak.. pada saya repeated clients sgt penting pada saya.. sekurang2nya saya tahu mereka berpuas hati dengan hasil yang diberikan.. :-) selalunya saya hanya berterima kasih secara personal sahaja tetapi hari ni saya ingin mereka tahu saya amat menghargai setiap support, patient,friendship, understanding dan kepercayaan yang diberikan.. mereka yang pernah bekerja dengan saya.. tahu saya bagaimana.. dan apa yang paling saya sayang adalah.. persahabatan yang terbentuk sebelum, ketika dan selepas sessi photography diadakan.. dan sebahagian daripada mereka kini telah menjadi rakan2 baik saya.. Alhamdulillah... Mungkin saya perlu memikirkan sesuatu yang istimewa untuk mereka nanti, InsyaAllah..


Oh ya.. bahang Mom's Day makin terasa kan.. sudah bermacam2 promosi juga yg dah dilakukan.. dalam tv pula sudah ada iklan movie utk mom's Day nanti.. sebagai seorang ibu.. pastilah saya nanti2kan hari itu untuk meraikan sama2 suami dan anak saya juga buat ibu saya.. heheh tahun ni.. saya dah book suami untuk ambil gambar kami nanti.. hehhe InsyaAllah bz2 saya, saya akan selitkan juga.. untuk clients yg sudah book utk promosi ini.. InsyaAllah.. yang terbaik akan saya berikan.. mungkin akan ada idea2 baru yg akan datang secara spontan nanti..:D tak sabar rasanya nak meraikannya bersama kalian!!


Jangan lupa nantikan next promotion saya untuk Father's Day bulan June nanti ye... Tahun lepas saya hanya mencuba2 nasib utk Father's Day promo ni.. tapi pada tahun ni.. saya harap ia masih mendapat sambutan dari semua... Tunggguuu!!!


Till next time...


ps: to Eyna and Hanis, sabar ye.. ur entry akan menyusul kemudian..

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors