Friday, May 9, 2008

Ibu..Engkaulah ratu hatiku..




Pada 5 Sept 05 tergalas sudah dibahu aku tanggungjawab sebagai seorang IBU.. permata hati yang Tuhan kurniakan setelah lama aku menanti.. menjadi ibu kepadanya adalah satu kebanggaan dihatiku.. satu nikmat yang susah untuk aku lafazkan dengan kata2.. hanya melihat sinar dimukanya sahaja boleh membuat akulah insan paling bahagia di dunia.. syukur Tuhan memberi aku nikmat menjadi seorang IBU..


Waktu ini dia sudahpun menjangkau usia 2 tahun 8 bulan.. namun kasih aku kepadanya tidak pernah pudar.. selama waktu itu.. tidak pernah hilang walau sesaat di fikiranku memikirkan tentang dia..
walaupun kadangkala masa yang aku peruntukan kepadanya agak terbatas kerana kesibukan ku..
walaupun kadangkala tingkah nakal anak kecilku ini buat kesabaranku tercabar..
walaupun kadangkala aku memarahinya kerana ingin membentuknya menjadi insan berguna..
walaupun ada kalanya aku mencubit atau memukulnya kerana ingin mengingatinya..
tetapi atas satu dasar aku melakukan itu semua..
kerana atas dasar sayang aku kepadanya..


besar nanti dia sudah pandai berfikir.. barangkali dia akan faham.. setiap nafas.. setiap gerak setiap detik.. setiap perlakuanku adalah untuknya.. aku mahu melihatnya bahagia.. walaupun dalam mengejar kebahagiaan itu pelbagai keperitan yang perlu aku lalui..


Aku tidak menjanjikan harta atau wang ringgit sebagai menilai sebuah kebahagiaan.. cukup dengan ilmu dan kasih sayang yang aku beri.. untuk bekal buatnya menempuh masa hadapannya nanti..






Tidak pernah sekali aku minta pengorbanan ini dibalas.
tidak pernah juga aku meyebut2 kan itu kepadanya..
Cukuplah sekadar dia dapat menemani aku nanti waktu aku sudah tua kelak..


Apabila malam pilu hati aku melihat anak kecilku ini tidur dengan lenanya.. aku selalu terfikir.. apa betul cara ku mendidiknya... selalu aku merasa aku bukanlah seorang ibu yang cukup sempurna.. apa sudah cukup apa yang telah aku lakukan untuknya.. tetapi aku tetap berusaha.. moga Tuhan memberikan kebijaksanaan dan kesabaran kepadaku.. dalam melayari bahtera menjadi seorang IBU...





Buat anakku Muhammad Zaki Irfan..
Maafkan mama sekiranya mama masih tidak dapat memahamimu.. sekiranya kehendakmu tidak semua dapat mama penuhi..
maaf andai adakala waktu engkau memerlukan mama.. mama tidak disampingmu..
tapi satu mama mahu irfan tau.. kasih sayang mama pada irfan tidak akan pernah luntur sampai akhir hayat mama..
satu je mama minta untuk hari ibu ni...
jadilah teman setia mama sampai bila2 ok!






Sekarang aku tahu kenapa aku selalu dileteri ibuku satu ketika dulu.. kenapa sering ibu memarahiku sehingga aku merajuk hati..
kenapa selalu sangat ibuku runsing tentang diriku sehingga buat aku rimas..
satu sahaja sebabnya kerana.. dia adalah ibu..
dan kini aku juga sudah menjadi seorang ibu.. aku bersyukur digelar IBU.


SELAMAT HARI IBU..


buat semua Ibu.. percayalah.. dihati anak2 kalian.. kalian adalah seorang ratu

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors