Thursday, May 15, 2008

Seeing double

Seperti yang saya janjikan semalam, hari ini saya update tentang abang2 twin si comel Jamilla itu.. nama mereka Hamzah & Haydar.


Nampak apa2 persamaan? Sekali imbas memang sama, kerana bentuk badan dan cara senyuman mereka yang sama. Tapi sebenarnya mereka merupakan kembar tak seiras.. walaupun tak seiras, ntah berapa kali saya tersilap memanggil nama mereka.. sangat susah untuk dibezakan.. lebih2 lagi saya ni memang ada masalah mengingat nama.. hehhehe..


Kembar yang mempunyai dua personaliti yang berbeza.. seorang sangat manja manakala lagi seorang lebih suka buat kerja sendiri dan lebih banyak menyendiri.. but they are really close to each other.. ye lah nama pun kembar kan... bagaimana agaknya menjaga kembar ye? nak jugak saya rasa...









Lepas ambil gambar kat dalam rumah.. kami semua ke playground yang berhampiran.. teman mereka bermain dan berbasikal.. Nampak happy mereka hari tu dan agak sporting juga diambil gambar.. Tapi pergerakan mereka yang begitu pantas membuatkan saya terpaksa menjadi bionic woman pulak hari tu.. ehhehehh


Walaupun mommynya rimas dengan keadaan rambut anak2 bujangnya itu, tapi saya sangat sukaaaaa melihat rambut yg menggerbang begitu di tiup angin.. comel je rasanya kan.. tp lepas session ni.. hari tu juga rambut mereka telah dipotong.. saya tak sempat menunggu untuk menyaksikan upacara pemotongan rambut tu.. hehheh tapi saya pasti mereka berdua ni tetap adorable as ever!







ok.. enjoy the pics ya!!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors