Friday, September 19, 2008

Promosi AIDILFITRI

Salam semua!! Apa khabar dah nak dekat2 hujung berpuasa ni? Diharap semuanya sihat2 belaka di samping dapat mengakhiri Ramadhan kali ini dengan sempurna insyaAllah..


Saya masih demam lagi di sini.. tak tau lah kali ni lama pulak demamnya.. ubat dah nak dekat habis.. tapi demam belum betul2 kebah lagi.. mengadap komputer lama sikit mulalah pening la mual la segala perkara datang.. mungkin itu dugaan berpuasa saya kali ini rasanya.. takpe.. hidup perlu diteruskan.. ye tak?


Diam tak diam tak lama lagi kiter dah nak beraya.. apa lah lagi yang lebih indah untuk mengakhiri bulan yang indah ni kan.. Hari Raya lah kan.. mesti semua sudah bersemangat membeli baju raya diri sendiri dan anak2 bukan? mesti tahun ni serba baru dengan pakaian cantik berwarna warni.. Alhamdulillah ada rezeki semua menyediakan persiapan terbaik buat keluarga masing2..


Untuk memeriahkan lagi hari raya semua.. Eyes of Grace Photography menawarkan satu lagi "irresistable promotion" buat semua yang akan menyambut Hari Raya di luar sana.. dah pakai cantik2 tu mesti lah nak gambar cantik2 kan.. jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan promosi ini ye.. promosi ini sah untuk ambil gambar portrait hari raya dan juga untuk majlis rumah terbuka.. dan sah dari minggu kedua hingga akhir Syawal nanti... ada yang sudah menempah EOG untuk ambil gambar rumah terbuka mereka awal puasa itu hari :-).. mungkin tak nak lepaskan peluang untuk ambil gambar dengan sanak saudara dan sahabat handai.. ye lah peluang begini bukan selalu datang.. setahun sekali sahaja :-)


Ok.. kalau ada apa2 just buzz me at YM:zubye atau boleh call terus kat 019-365 9274 ataupun boleh email terus ke eyesofgrace@gmail.com.


tak sabar pula nak meraikan hari mulia ini bersama anda semua..


Till next time. Take care!










Valid for 7th-30th Syawal.
Hurry make your booking now!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors