Friday, September 12, 2008

Shy boy

Adam Ikhwan sebenarnya seorang yang agak pemalu.. dia tengok aje saya masa mula2 jumpa.. senyum tak.. takut pun tidak.. tapi lama kelamaan bila selepas beberapa minit sessi 'warm up' Adam mula menunjukkan senyumnya walaupun sedikit.. org kata tersenyum simpul...




Satu perkara yang boleh buat dia tersenyum lebar... iyer.. bubbles!!! sebenarnya Adam lebih teruja nak meniup bubble tu sendiri.. tapi dia tak dapat nak control samada nak hembus ataupun nak telan je bubble tu sesedap rasa.. hehhehe.... lama rasanya tak snap budak2 bermain bubble.. sekali sekala seronok juga walaupun saya termengah2 berpeluh2 mengejar mereka..








ok ni one last shot before balik.. Adam nak catch the bubble tapi muka dia cam dah tak larat.. sebab mungkin penat agaknya kan... apapun.. sessi pagi tu agak menyeronokkan.. dan lighting hari tu pun amat membantu dalam penghasilan gambar2 ni semua.. Thanks Maz and family for the opportunity.. harap suka semua gambar2 ni ok!



tips to share :

seandainya anda mempunyai anak baya Adam ni.. jangan risau kalau anda sangat susah nak dapatkan shot mereka tersenyum.. sebab sememangnya pada umur begini mereka memang susah nak duduk diam.. kena berusaha lebih sket la.. ikut mereka ke mana pergi.. sambil tangan pegang kamera.. perhatikan betul2 wajah mereka.. kalau boleh camera tu biar sama dengan eye-level mereka.. kenalah terbongkok2 sedikit.. buat sesuatu yg mereka suka (dlm kes saya.. saya selalu ajak mereka berborak.. jadi mata mereka akan bertumpu kepada saya).. bila dia senyum je.. cepat2 snap! perkara itu mungkin akan berlaku sesaat sahaja.. sebab tu kena betul2 alert terhadap expression wajah mereka.. tapi harus diingat.. JANGAN sesekali memaksa anak anda pandang anda ataupun suruh dia senyum depan kamera anda.. sebab kebanyakannya tidak akan berjaya dengan cara itu.. biarlah mereka senyum datang dari hati dan kerelaan mereka.. bukan dipaksa....kadang2 mereka akan tersenyum sewaktu kiter tak sedari.. cuba lah ajak anak anda beborak2 sambil ambil gambar.. bila mereka mendengar kisah kucu anda... pasti mereka akan tersenyum juga.. anda akan dapat melihat perbezaan.. senyum yang dibuat2 dengan senyum kerana mereka gembira...

Selamat mencuba!!

"kak zubye..u're truly superb dapat tangkap gambar adam cantik2 even dia susah nak senyum hari tu..thanks a lot yer...these pictures really make my day.."
~ Maz, Adam's mom

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors