Wednesday, September 17, 2008

so... fresh...

On his 29th days in this world.






... oh saya sukaaa...



Saya baru balik dari ambil gambar baby ni tadi dekat rumahnya... kebetulan good timing saya datang Muadz memang sedang lena diulit mimpi.. jadi agak membantu saya untuk mengambil gambarnya dalam suasana yang tenang sekali :-) gambar2 ini saya ambil di laman rumahnya saja.. kiut kan baby ni... mcm lena betul dia tak sedar saya sedang ambil gambarnya... baunya harum... kulitnya sungguh halus.. badannya sangat lembut..bagai boleh dilentur2.. buat saya rindu pada anak saya ketika usia bayi nya..





Saya bersyukur kerana kehidupan dan kerjaya saya mengizinkan saya sentiasa berada dekat dengan makhluk Tuhan yang sangat istimewa ini iaitu anak kecil.. tidak kira berapa usianya.. dari mana asalnya.. apa warna kulitnya... berhadapan dengan mereka seringkali membuat hati ini insaf dengan ciptaan yang Maha Esa..

Bukan sekali air mata saya bergenang apabila mengambil gambar mereka.. malah setiap kali melihat mereka.. ada satu perasaan keibuan yang sentiasa mengalir dalam diri saya yang membuatkan hati saya selalu ingin merapati mereka.. susah untuk saya luahkan dengan perkataan.. tapi di dalam hati setiap kali diberi kesempatan merakam gambar anak2 kecil ini.. buat hati saya tersentuh.. serta dapat merasa keajaiban Ilahi dan merasai sekali nilai kasih sayang yang tumbuh subur dalam diri setiap mereka..

Alhamdulillah.. dalam keseronokan serta kepuasan saya mengambil gambar anak2 kecil ini.. ada sesuatu yang sangat bernilai yang telah saya perolehi. Ketenangan yang susah digambarkan..

Terima kasih buat semua terutama ibu bapa kepada anak2 kecil yg telah saya ambil gambarnya... kerana sentiasa memberi ruang kepada saya.. memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk saya mencurahkan seluruh idea serta mengizinkan saya menumpang sekejap kasih kepada anak2 mereka.. dan yang lebih utama.. terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberi saya mengecapi semula 'sesuatu' yang pernah saya hilang satu ketika dahulu..






oh... betapa saya ingin kan baby lagi.. untuk dijadikan teman kepada anak saya yang setiap malam mengusap perut ibu nya sambil berkata...
"hi baby... dalam tummy mama ada baby yee.."
sudah bersedia benar agaknya dirinya mahu menjadi Abang Long.. mudah mudahan masinlah mulut si kecil itu... Amin :-)


Till next time...


Zubye.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors