Tuesday, October 21, 2008

Eva is ONE!!

Maaf, lama saya tangguh untuk entry ini.. pada hari yang saya janjikan untuk update hari tu.. saya buzy ambil gambar kemudian ke Nikon Service Centre di PJ kemudian terus ke ikea untuk membeli beberapa props baru untuk shoot newborn dan kemudian ke Amcorp Mall pula untuk mengambil canvas yang sudah siap (oh.. canvas tu merupakan product terbaru EOG.. nanti saya update ok!)

Dari hari Rabu hinggalah semalam saya bz mengambil gambar outdoor session.. jadi balik rumah pun dah limited time di depan pc.. kalau on pc pun, masa banyak dihabiskan untuk edit dan buat album for pending works..

Hari ini saya terpaksa menangguhkan semua portrait photoshoot yang telah dijadualkan kerana emosi saya yang masih belum stabil setelah kehilangan salah seorang yang dekat dengan hati saya iaitu anak kepada kawan saya sendiri.. Susah untuk saya melupakan wajah kecil itu.. sampai sekarang saya asyik terbayang2 saja keadaannya semalam.. saya tidak boleh buat kerja dengan keadaan kesedihan begini.. I just need a break at this moment, at least one day.. sebab everytime i saw a baby/kid, they will remind me of Allahyarham.. which i've to admit.. ada sedikit terkilan dalam hati saya kerana tidak sempat merakamkan portraitnya dan keluarga ketika dia masih hidup..

Alhamdulillah.. clients saya semua faham dan memberikan saya ruang to be back to normal... InsyaAllah esok.. jika tiada aral, saya akan mengambil gambar semula as scheduled... hinggalah ke hari Rabu minggu depan.. jadual saya agak pack di cuti panjang ini.. dan ini bermakna saya tidak bercuti.. :-)






Oklah.. ini ada cerita untuk majlis hari jadi Eva.. yes.. our future heartbreaker is now 1! :-) saya pernah ambil gambar portrait Eva before puasa dulu.. lepas je session tu her mom set the appointment for birthday photoshoot pula.. :-)





Majlis hari tu dimulakan agak lewat dari yang dirancang.. kerana hujan pada petang tu turun selebat-lebatnya.. oleh kerana party ni is an outdoor party.. so kena lah tunggu hujan redha dahulu.. tidak sia2 menunggu kerana walaupun sudah terlewat majlis tetap berjalan lancar.. dengan kanak2 comel riuh memenuhi setiap ruang..

As we can see in the pics, deco sangat cantik dan lembut sesuai dengan personaliti Eva.. kaler pink.. oh memang sweet sekali..dengan birds and butterfly origami yang bergantungan di sekitar khemah.. lagi tambah cantik majlis itu..

Ok.. this is the highlite of the party... hope u guys enjoyed viewing as much as i did!












InsyaAllah saya akan cuba update sedikit sneak peeks dari 6 sessions yang masih belum saya share lagi di sini.. semuanya saya ambil pada minggu lepas..


till then..
take care! and have a greeaat weekend and holiday!!


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors