Wednesday, November 19, 2008

Meet Ryan

Satu cabaran besar buat saya ialah mendapatkan lighting yang sesuai apabila perlu ambil gambar di rumah client.. untuk baby newborn dan baby yang seusia dengan Ryan ni.. saya lebih selesa shoot dekat rumah mereka saja.. jadi apabila sudah set the appoinment, saya sebenarnya tidak tau bagaimana keadaan rumah dan lighting di rumah clients.. itulah salah satu challenge yang kena saya hadapi..

Untuk portrait session, saya suka ambil gambar tanpa menggunakan speed lite / flash.. saya suka menggunakan available lite yang datang dari pintu atau pun tingkap.. disebabkan itu hati saya selalu saja berdebar2 bila perlu shoot di rumah client kerana saya perlu pastikan cukup cahaya di rumah tersebut dan dalam masa yang sama.. angle yang menarik juga perlu diambil kira.. lebih2 lagi saya suka gunakan apa saja perabot yang ada dalam rumah client untuk di jadikan prop.. jadi kedudukan perabot dan keadaan cahaya yang masuk perlulah seiring..

Hari itu.. nasib saya agak baik.. masuk2 saja dalam rumah Ryan, saya sudah dapat melihat cahaya yang masuk dari tingkap yang luas dan kebetulan sofanya betul2 berada di tepi tingkap.. hati pun seronok sebab tahu hari tu saya tidak perlu menggunakan bantuan flash untuk merakamkan gambar2 nya.. :-) Alhamdulillah... dan ini lah hasilnya... :-)






Sessi ini berlangsung selama 2 jam.. nampak saja duduk diam Ryan dalam gambar ni... tetapi behind the scene kami saja yang tahu.. :-) nampak dalam gambar memang agak mudah kan untuk merakam gambar baby sebesar ini... tapi sebenarnya.. oh tidakkk... bermacam2 cabaran kena hadapi untuk mendapatkan hasil yang diidam2 kan.. buat para ibu sudah pasti tahu bagaimana kalau baby mereka merengek ingin menyusu... tidak selesa ketika panas.. tidak selesa kerana terbuang air kecil mahupun besar LOL.. ingin dipeluk sahaja sepanjang masa... oh.. semua perkara itulah yang perlu kami hadapi bersama hari itu.. tetapi tidak mengapa.. kerana saya rasa ia sangat berbaloi..
Ok.. enjoy these pictures.. and enjoy the slideshow everyone..
Till next time..
Zubye









Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors