Saturday, October 25, 2008

Pulangnya Umar Zharif menghadap Penciptanya..


Pulang sudah anak kecil ini menemui Penciptanya... pada petang hari Jumaat penghulu segala hari 24th Oct 08; semalam. Pemergiannya menamatkan sebuah episod penderitaan yang ditanggungnya selama setahun lebih di muka bumi Allah ini... anak ini sesungguhnya benar2 telah berjuang sehingga ke hembusan nafas terakhirnya.. Alhamdulillah, perginya sungguh aman.. cuaca mendung mengiringi pemergiannya..

Walaupun tidak akan ada siapa yang akan sampai hati melihat keadaannya di akhir2 penghujung nyawanya.. malah saya menangis semahunya menatap wajah dan badan lesu anak ini yang penuh dengan darah yang keluar dari segenap lubang yang ada di badannya.. tetapi hati rasa puas dapat menciumnya walau hanya di sipi2 ubun2 kepalanya.. bau bayi nya masih lekat..

Mulia hati kedua ibubapanya kerana tidak pernah sedikit pun saya dengar mereka mengeluh menjaga umar selama dia sakit.. hospital sudah bagaikan rumah kedua bagi mereka.. malah ketika Umar sudah dikapankan.. ibunya lah yang memangku Umar di dalam kereta sehingga ke masjid.. perjalanan terakhir selama satu jam di dalam kereta bersama anak tercintanya itu.. sudah pasti akan merupakan satu pengalaman dan kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya.. benar kata orang hanya insan terpilih sahaja yang akan dipilih Allah untuk menerima ujian seberat ini.. keihlasan hati kalian Joe dan Ja, hanya Allah sahaja yang akan memberi rahmatnya..

Akhirnya Umar telah pergi... pergi meninggalkan ibu bapa dan seorang kakaknya dan meninggalkan kita semua. Allah telah menetapkan itu yang terbaik untuk dirinya dan keluarganya.. Buat kedua ibu bapa dan keluarganya.. Bersabarlah.. kerana sudah tertulis hikmah yang tersirat di sebalik semua ini.. yang pasti kalian tahu.. Umar dijaga baik oleh bidadari2 syurga di sana.. tempatnya di syurga telah terjamin.. dia pasti mendoakan kesejahteraan kalian yang telah menjaganya dengan cukup baik selama hayatnya..

Umar, damailah engkau di sana.. kami akan sentiasa merinduimu..
Al-fatihah.


p/s: buat yang baru mengetahui tentang Umar, saya pernah menceritakan tentangnya di sini.. sedekahkan lah Al-fatihah buat anak kecil ini..


Pada malam ini Sabtu 25th Oct, dan esok Ahad 26th Oct, akan diadakan satu majlis tahlil untuk Allahyarham Umar di Masjid Al-Mukmin USJ 2, Subang Jaya. Majlis akan dimulakan selepas solat Maghrib. Pada yang berkesempatan bolehlah menziarahi kaum keluarga Umar di sana. Pada yang inginkan penjelasan mengenai direction ke sana bolehlah menghubungi saya di 019-3659274. Terima kasih.





a note from Umar's mom.. semoga dia terus tabah.. insyaAllah..

"Jubye, zillion thanks & appreciation to u,shikin,muni,falen,sa & adelin(yg lain2,aku faham situation masing2) & wani yg dtg jugak while stil in confinement.. u were there towards his last breath and alin esp on his last breath.. i dnt thnk i can go thru yesterday without hubby & korang. eventho we had prepared ourselves for 'that' day to come, but it came really fast & sudden. i thot it will be another 2-3 more years or maybe longer after the transplant, but Allah lebih sayang Umar. but for sure, we're relieved that he didn't suffer as much as others & as long as others had too.. memang rezeki Wan Umar Zharif murah..sgt murah. and beliau pergi meninggalkan kami dengan kenangan yg sgt manis, hilai tawa, baby babbles, dance moves, puas makan segala chocolate & kuih raya yg dia suka & many more to describe.. also kembali pada hari yg mulia, bulan yg mulia. seperti dah tahu dia akan pergi, lana cuti skolah in Oct & dapat spend a lot of time with his lil brother while hubby mmg really attached with him since these past months..i wish i could spend more time with him & dnt have to leave him 10 hrs daily..outstation some more..aku sedih sgt..tapi aku redha dgn semua ni.. he suffered for 13hrs only and Alhamdulillah, i was there with him..thanks again to u guys, korang lah sahabat aku dunia akhirat.. tak pernah skali pon during my suka duka moments, korang takde dengan aku..yr presense are always there in every page of my life, from my late mom's to Umar's time.. love ya!"



and this is his mom's writing at her blog :


AL-FATIHAH TO OUR LOVE, WAN UMAR ZHARIF
"Salam sahabat2 smua..its been a while since i last update ths blog. Dari sehari ke sehari i tangguhkan niat to update about Umar in here, but today, my update will be the last about him, my LOVE, my Umar Zharif.Our son telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 24 October 2008, jam 3pm dan dikebumikan selepas Isya' di Tanah Perkuburan USJ 21. Beliau meninggalkan kami pada hari yang sangat mulia & di bulan yang sangat mulia juga.. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami supaya ditamatkan penderitaan beliau dan semoga beliau dijemput ke syurga. We couldn't stand watching him suffer anymore especially on his last 13 hours.. walaupun sangat berat hati ini nak melepaskan beliau pergi, kami tetap redha dengan ketentuan & ujian Allah ini. Lafaz kesyukuran ke hadrat Ilahi tak pernah lekang di mulut kami kerana meminjamkan kami seorang anak yang sangat mulia, penyayang, lengkap sifat kejadiannya dan cukup kuat semangatnya. Eventho tak puas kami bermanja, bermain & mencurahkan kasih sayang pada Allahyarham Umar, kami pasti Insya Allah beliau akan memanggil kami ke syurga nanti.. Doakan lah kami suami isteri cukup amalan & kewajipan pada Allah agar dapat berjumpa semula dengan Allahyarham 'di sana'..Diharap sahabat semua dapat sedekahkan Al-Fatihah dan Yaasin untuk Allahyarham..semoga beliau tenang & bahagia di syurga..Setakat ini saja post buat kali ini.. I'm not in good condition yet..sebak..."

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors