Thursday, October 9, 2008

Salam Syawal

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua pengunjung blog ini terutama sekali buat all my beloved Muslim clients. Maaf jika ucapan ini datang lambat dari yang dijangkakan. Maaf Zahir Batin juga buat semua andai saya ada terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan sepanjang perkenalan kiter... dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini.. Semoga Syawal kali ini memberi nikmat dan keyukuran di hati.. Mari sambut Syawal dengan riang gembira ok!!





Malam raya kali ini merupakan suatu malam raya yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.. berkongsi nikmat bersama anak2 yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong adalah penglaman yang sangat meruntun jiwa dan susah untuk dilupakan..




Beberapa minggu sebelum Ramadhan berakhir saya menerima email dari Kay (juga bekas client saya dulu :D) meminta saya untuk ambil gambar Birthday anaknya Danish yg pada rancangannya ingin dibuat pada malam raya.. mendengar perktaan "malam raya" sahaja secara ikhlasnya.. agak keberatan untuk saya menerima pelawaan mereka.. kerana saya hanya berpeluang raya di rumah ibu dan babah saya 2 tahun sekali (maksud saya malam raya dan raya pertama) jadi ingin sekali saya merasa keseronokan malam raya itu di rumah bersama ibu babah dan adik beradik yang lain.. maka dengan berat hati saya terpaksa menolak pelawaan Kay..



Seminggu sebelum raya.. email darinya menyusul lagi.. kali ini katanya agar saya dapat reconsider permintaannya itu.. dan kali ini dinyatakan sekali birthday itu akan dilangsungkan di rumah anak2 yatim di Puchong.. mereka ingin berkongsi keseronokan itu bersama mereka.. dan.. bila mendengar sahaja perkataan "anak-anak yatim", terus luluh rasa hati.. rasa simpati kepada kanak2 yang tidak beribu dan berayah itu menimpa perasaan saya.. ingin sekali menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana mereka menyambut raya dengan tiada sanak saudara di sisi.. maka setelah meminta persetujuan dari suami.. saya pun menerima pelawaan Kay.. terima kasih buat Kay sekeluarga kerana memberi penglaman berharga ini untuk saya..





Sampai sahaja di sana.. apa yang saya sangka jauh sama sekali dengan apa yang saya saksikan.. kanak2 riang berlari di halaman rumah amal itu.. rumah terang benderang dihiasi khemah dan belon.. wajah2 ceria memenuhi segenap penjuru.. namun dalam hati mereka siapalah yang tahu.. saya kagum dengan anak2 ini.. mungkin sudah saban tahun menyambut raya bersama kawan2 membuatkan mereka rasa biasa dengan rutin tahunan mereka itu...


Mendengar takbir raya sambil memerhatikan anak2 itu riang gembira bermain bunga api memberi seribu satu rasa runtunan perasaan yang bukan kepalang dalam hati saya... tidak tau kenapa saya begitu pilu dan sedih tatkala melihat mereka bergembira.. sehingga nak ambil gambar pun terasa susah untuk saya mengawal perasaan.. saya tidak pernah melalui pengalaman ini.. inilah yang pertama.. mengapa saya rasa begitu sedih melihat mereka gembira? mungkin kerana saya hanya bayangkan hari2 mereka dipenuhi dengan kawan2 sahaja.. tanpa ibu dan ayah bagaimanakah sambutan raya pada mereka.. sedang saya terlalu ingin bersama keluarga di malam raya.. kali ini.. malam raya yang lepas benar2 telah menginsafkan saya bahawa saya adalah antara insan terpilih yang bertuah kerana masih punya ayah, ibu dan keluarga.. tetapi dalam masa yang sama.. ada insan lain yg sejak kecil telah diduga Allah dengan jalan hidup mereka.. maka malam itu saya betul2 bersyukur.. dan begitu tenang menghayati takbir raya yang dialunkan sambil memerhati mereka yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.




Sekurang2nya dapat saya merakam kesucian yang jelas terpancar pada setiap wajah anak2 kecil ini... mereka semua friendly.. senang sahaja ingin mengambil gambar mereka.. nampak sahaja kamera saya.. senyuman mereka meleret..saya tidak tau apa yang ditafsirkan dalam kepala mereka.. yang saya lihat.. Alhamdulillah, anak2 ini terjaga kehidupan mereka.. mempunyai makan pakai yang cukup.. mempunyai kawan untuk berkongsi keseronokan bersama.. mempunyai guru2 yang sayang pada mereka.. semoga masa depan mereka nanti juga cerah.. dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi insan2 yang telah menjaga mereka selama ini..





Tatkala acara memotong kek ingin dimulakan.. kanak2 itu sudah tidak sabar2 lagi.. ada yang sejak awal berkerumun di meja.. beratur meminta party favors dan cupcakes diberikan.. kemudian seronok menyanyi bersama2 untuk Danish yang diraikan.. riuh rendah suasana.. gembira mereka kerana ada yang sudi berkongsi kegembiraan itu dengan mereka.. kemudian bersama2 mengaminkan doa buat Danish.. seolah2 mereka telah kenal dengan birthday boy lama.. mesra sahaja mereka... bertuah rasa diri saya dapat merakam suasana itu...

Buat Kay dan suami.. apa yang kalian lakukan ini adalah suatu yang istimewa buat anak2 kecil ini.. mungkin mereka masih belum faham.. tetapi dari sehari ke sehari waktu menganjakkan usia mereka.. dan apabila mereka semakin dewasa.. mereka akan mula mengenang kembali hari2 mereka di rumah ini dan akan belajar menghargai setiap kasih sayang yang kalian dan orang2 sekeliling curahkan kepada mereka.. mudah mudahan semakin murah rezeki Kay dan keluarga InsyaAllah..









Sekali lagi.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua... di kala kiter bergembira jangan lupa pada yang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik... hulurkan bantuan.. hilangkan beban mereka walau hanya dengan sekuntum senyuman.. bukan wang ringgit yang mereka perlukan.. dapat merasa bahang kasih sayang yang mereka rindukan dari kedua insan yang bergelar ibu bapa itulah yang mereka dambarkan.. semoga kasih sayang kiter buat anak2 ini tidak hilang begitu sahaja.. selitkan kebahagiaan mereka dalam doa kita semua.. InsyaAllah agar dapat mereka raikan hari raya ini dengan penuh gembira..




"thanks a lot zubye..kay xtau camner nak balas jasa baik zubye coz sudi bersama2 kami pd mlm tu. All the pics are superb!! and no doubt about it :)

kay harap dgn ade nye 'kenangan' ni our beloveed Danish akan m'besar menjadi insan yg penyayang dan pemurah..thanks again to u and your family . we really appreciate it :)"

~ Kay, Danish's mom

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors