Wednesday, December 17, 2008

Mira Sara




Lama sudah saya ingin berkongsi dengan semua gambar2 mereka ni.. cuma baru hari ini kesempatan itu datang.. itupun setelah saya mabuk-mabuk darat tadi mengedit gambar2 yang belum siap.. maka saya stop kejap dan terus update blog pula..

Lama juga saya teringin ambil gambar kids seusia Mira dan Sara kerana cabaran itu jauh berbeza.. saya pernah ambil gambar kids about their age before.. dan saya sangat seronok dan tak teragak2 untuk mengulanginya..

Hari itu date kami adalah di Bird Park KL. kali kedua saya sampai ke sini.. bila sampai pagi tu.. terus dalam hati berkata this is not a great idea to photograph them in that park since saya tengok ada 3 buah.. saya ulang... 3 buah bas sekolah yang penuh dengan kanak2 pelbagai umur sedang elok je parking kat luar park tu.. lepas tu nampak pula beberapa deret student yang lengkap beruniform sekolah sesak memenuhi ruang.. tapi oleh kerana Pn Hani sudah membelikan tiket saya.. maka mahu tidak mahu kugagahi jua.. :p

Alamak cabaran sungguh di pagi hujung minggu itu bila terpaksa bersesak.. kena pulak pandai curi2 angle agar gambar yang saya amik tak ada termasuk beg sekolah.. kasut sekolah.. ataupun wajah2 guru sekolah tersebut... itu adalah cabaran pertama yang saya kena tempuh.. bila dapat clear background.. wajah2 model tidak bersedia pula.. bila dah bersedia tiba2 ramai pulak yang lalu lalang... siap buat muka senyum2 lagi lalu belakang model..huhuhu...

Cabaran keduanya adalah apabila si adik iaitu Sara tidak mahu diambil gambar langsung.. mulalah diriku yang kerdil ini membelek semua diriku ke atas kebawah.. memikir apa yang kurang pada saya ini hari tu... tidak suka benarkah Sara pada saya.. sampai dia menangis-nangis tidak mahu gambar nya diambil.. puas juga kami memujuk.. tetapi jawapan tetap NO!!





Kami singgah di kiosk kecik dalam tu.. membeli sedikit makanan dan minuman.. haaa.. masa ni si adik sudah mula bercakap.. dan ada senyum2 sedikit di bibirnya... saya pun tak lepaskan lah peluang ambik gambarnya masa tu.. saya galakkan kakaknya, Mira berborak dengan adiknya agar malu nya hilang.. si adik masih lagi tersenyum simpul malah tidak mahu melihat langsung wajah saya... Alamak buruk sangatkah muka aku hari ni? kata saya di dalam hati LOL!

kemudian saya membawa mereka tour de bird park... mencari2 angle yang sesuaiii.. dan.. yer... ada kolam ikan pula di situ.. cuaca yang redup pula.. saya suruh mira tarik adiknya dan duduk di situ... saya katakan.. takpe.. kalau tak nak tengok muka auntie takpe... lihat saja ikan2 yang cantik dalam kolam tu ye.. masa ni saya dah mula berani2 nak menyakat adik tanpa menghiraukan kot2 si adik akan menjegilkan matanya kepada saya... atau lebih teruk lagi akan menerkam saya...oh tidak.. rupa2nya dia suka diusik.. dari senyum simpul dah mula gelak menampakkan gigi.. yay! saya suka! tengoklah tu.. kakaknya pun sibuk mengusik..





Kami jalan lagi sampai di satu pondok.. kami berhenti rehat sekejap.. parents mereka kuarkan nasik lemak yang di bawa dari rumah... dan mereka dengan enaknya menikmati hidangan.. setelah makan... mood Sara kelihatannya mula ceriaaaa... laaa... kami semua kata.. Sara lapar ke tadiiii??? itu pasalla dia moody semacam je rupanya.. hikhikhik..

ok ini ada satu rahsia.. untuk pengetahuan.. saya teramat takut kepada semua jenis binatang dan beberapa jenis serangga.. dalam hidup saya tak pernah sekalipun berangan2 nak ada haiwan peliharaan di rumah.. ada sekali tu bulu roma saya habis semua naik.. dan saya hampir pengsan apabila terpaksa melintas di hadapan sekumpulan anak2 ayam yang sedang jalan membontoti ibunya.. mahu sahaja saya meraung di situ.. tetapi hari tu.. ntah mana kekuatan datang ntah.. masa saya ambil gambar di pondok ini..untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 sekalian.. terdapat beberapa ekor monyet yang sedang syok bergayut dari pohon ke pohon dan dari wayar ke wayar betul2 dekat dengan saya.. astaga.... mana pulak datang monyet2 ni.. kang dirampasnya kamera dari pegangan aku macamana.. ikut hati mau saja terus lari dari situ tapi bila melihatkan wajah Sara yang betul2 ceria... saya tanamkan azam dan pura2 tidak nampak sajelah monyet2 tu membuat stunt... hikhikhik...



Lepas tu kami berjalan lagi ke kawasan yang ada air terjun dan kolam buatan.. burung2 pun merata2 di situ.. cantik suasananya.. macam kat dalam enchanted forest dalam cerita kartun orang putih je... guru2 dan kanak2 sekolah pun dah takde... sebenarnya sangkaan saya awal tadi meleset... sesungguhnya memang tepat sekali lokasi penggambaran kami pada hari itu.. cuma saya yang terlalu awal membuat penilaian.. tak sedikit pun saya rasa rugi dapat mengabadikan kenangan mereka di dalam bird park.. malah saya juga berjaya ambil gambar mereka dengan berlatar belakangkan burung merak walaupun si burung merak tidak mengembangkan sayapnya.. takut agaknya melihat kamera saya yang besar itu... (ataupun saya yang nak cepat amik.. takut lama2 terkencing pulak saya ketakutan tengok burung merak tu usha slack ajer kat gua.. LOL)






oklah panjang pulak bebelannya kali ini.. takpelah sekali sekala.. kesimpulannya.. ada sesapa lagi nak ambil gambar di sini? silakan buzz handphone saya sekarang! esok esoklah.. sekarang dah tengah malam..kejap lagi saya nak tidur~ hikhikhik...

Bye~!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors