Thursday, December 18, 2008

my 1st model for Baby Documentary Package



Inilah dia baby yang saya captured setahun yang lepas... lihatlah dirinya sekarang.. Sessi ini melengkapkan 4 sessi for her 1st year documentary package.. dari usianya 3 bulan.. kemudian apabila dia baru pandai duduk.. kemudian berdiri.. dan sekarang berjalan.. semuanya dapat diabadikan dengan begitu indah sekali.. Alhamdulillah.. panjang umur saya dapat melihat Dhia membesar..














Seperti biasa, Dhia cukup pasrah dengan kehendak mamanya.. seorang kanak2 yang sungguh tidak banyak kerenah.. patuh dan taat sepanjang masa.. tetapi takut kepada abangnya LOL! Dhia sudah pandai berjalan! itulah yang saya nanti-nanti kan... hayunan langkahnya yang terkedek2 itu membuat hati terhibur setiap kali melihatnya... sessi kali ini berjalan lancar dan cepat sekali.. tamat awal dari yang dijangkakan kerana si kecil dari awal lagi sudah menunjukkan mood nya yang baik dan sudah tidak payah di atur lagi susunan posisinya.. dia sudah pandai bergaya bak model.. mungkin juga sebab sudah terlalu biasa melihat muka saya... cuma nak last2 tu dia dah start moody.. terutama sekali apabila terkena serangan emosi oleh abangnya...kihkihkih..



Melihat collection baju, gaun, topi, scarf, kasut hatta stokinnya yang pelbagai corak itu... saya rasa kalau tidak dua mesti ada tiga almari baju Dhia di rumah.. alahai.. seronoknya bila ada anak perempuan... kalau kiter pakaikan macamana costume sekali pun.. tetap di katakan fesyen... lihatlah Dhia ni.. dari gaya santai bercermin mata.. kemudian berpakaian seksi... kemudian berbaju gaun berbunga2 lengkap berserkup.. kemudian bergaya ranggi ala2 penari rappers... alahai comelnya.. pandai mama dia pilih baju untuk sessi ni.. semua nampak naik dan cheerful!



Ok.. insyaAllah nanti kiter jumpa lagi bulan Jan k.. kali ni ambil gambar untuk voucher yang menang pertandingan Lil Caliph hari tu pula...
Akhir kata kat mana beli serkup kiut berkaler pink berbunga di tepi tu ye???? kalau auntie pakai pegi amik gambar..agak2 budak2 suka tak ? hehehhe..

sekian.. till next time..

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors