Thursday, September 25, 2008

3rd session with Miss D

Kepada yang selalu mengunjungi blog ni.. mungkin sudah kenal dengan si kecik molek Dhia ni kan... Dhia signed up for "My Baby 1st Year Documentary Package" with EOG last year.. dan ini merupakan session ke tiga nya..

sessi ni kami buat masa awal puasa hari tu.. dalam penat2 tu macam2 perkara jugaklah yang berlaku.. salah satu darinya.. suar saya habis kotor sebab tak pasan saya punya nak amik angle cun sampai hampir tertiarap2.. bangun2 je rasa mcm ada bau " harum" semacam.. sekali tgk seluar penuh dengan tanah gambut.. bau harum tu tak tau datang dari mana... tak tau lah kot derang ada campur t**k kambing dalam tanah tu...hahhaha.. tp nasib baik.. angle yang diidamkan tu menjadi.. tak sia sia lah ber bucuk bacin pada hari iteww..




Rasanya saya dapat 95% control on Dhia hari tu.. cayalah mama nya sorang2 mengusung keta mainan dengan tempat duduk comel tu sekali naik ke orchid park.. pastu tolak stroller sekali.. sudah lah bulan posa.. atas bukit pulak tu.. hehhhe... lepas tu mamanya kena jaga abg Danish yang ingin menjadi assistant saya hari tu.. terpaksa mamanya bawak Danish pergi jauh dari lokasi penggambaran.. seterusnya membiarkan saya berdua sahaja dengan Dhia meneruskan sessi photography... apa lagi.. sonoklah saya mengusung Dhia ke sana kemari.. nasib baik ringan ajer cik Dhia kiter ni... baik pulak tu... pasrah je dia hari tu..

Sebenarnya kalau boleh nak amik gambar Dhia berdiri yang banyak.. tapi hari tu Dhia ni sangat penggeli dan tak mahu pegang apa2 langsung.. pegang dinding sket pun di dah geli.. hehhhe.. maka banyak gambar Dhia duduk aje lah.. hehhe takpe next mission nanti kiter pastikan gambar Dhia bukan setakat berdiri.. tapi berlari2 juga..

ok ini gambar abg Danish yang teruja mengambil gambar Dhia hari tu.. seronok pulak tengok.. Dhia pulak redha je abang dia nak buat apa... hehhehehe.. nanti bagi resume kat auntie okeh!!! hehehhehe...














*waktu amik gambar yg ni ler yang buat suar saya "harum" semacam tu..



Ok sekian saja cerita 3rd session bersama Miss D.. nanti kiter sambung citer lepas session ke empat pulak yee... bye!!



"zubye, mmg sgt suka semua gambar...actually aritu dhia agak moody kan..pasal dhia jarang senyum..jenuh nk dpt xpresi muka dia yg menyengeh...ape pn thx a lot pasal sanggup meniarap2 spi 'berbau' seluar...janji hasilnye puas ati..last session nnt mintak2ler dhia dh terer berlari2..biar berpeluh2 aunty zubye mengejar si kecik cenonet nie..heheeheheh..
"
~ Mama Dhia

Read more...

3 comments:

Friday, September 19, 2008

Promosi AIDILFITRI

Salam semua!! Apa khabar dah nak dekat2 hujung berpuasa ni? Diharap semuanya sihat2 belaka di samping dapat mengakhiri Ramadhan kali ini dengan sempurna insyaAllah..


Saya masih demam lagi di sini.. tak tau lah kali ni lama pulak demamnya.. ubat dah nak dekat habis.. tapi demam belum betul2 kebah lagi.. mengadap komputer lama sikit mulalah pening la mual la segala perkara datang.. mungkin itu dugaan berpuasa saya kali ini rasanya.. takpe.. hidup perlu diteruskan.. ye tak?


Diam tak diam tak lama lagi kiter dah nak beraya.. apa lah lagi yang lebih indah untuk mengakhiri bulan yang indah ni kan.. Hari Raya lah kan.. mesti semua sudah bersemangat membeli baju raya diri sendiri dan anak2 bukan? mesti tahun ni serba baru dengan pakaian cantik berwarna warni.. Alhamdulillah ada rezeki semua menyediakan persiapan terbaik buat keluarga masing2..


Untuk memeriahkan lagi hari raya semua.. Eyes of Grace Photography menawarkan satu lagi "irresistable promotion" buat semua yang akan menyambut Hari Raya di luar sana.. dah pakai cantik2 tu mesti lah nak gambar cantik2 kan.. jadi jangan lepaskan peluang mendapatkan promosi ini ye.. promosi ini sah untuk ambil gambar portrait hari raya dan juga untuk majlis rumah terbuka.. dan sah dari minggu kedua hingga akhir Syawal nanti... ada yang sudah menempah EOG untuk ambil gambar rumah terbuka mereka awal puasa itu hari :-).. mungkin tak nak lepaskan peluang untuk ambil gambar dengan sanak saudara dan sahabat handai.. ye lah peluang begini bukan selalu datang.. setahun sekali sahaja :-)


Ok.. kalau ada apa2 just buzz me at YM:zubye atau boleh call terus kat 019-365 9274 ataupun boleh email terus ke eyesofgrace@gmail.com.


tak sabar pula nak meraikan hari mulia ini bersama anda semua..


Till next time. Take care!










Valid for 7th-30th Syawal.
Hurry make your booking now!

Read more...

2 comments:

Wednesday, September 17, 2008

so... fresh...

On his 29th days in this world.






... oh saya sukaaa...



Saya baru balik dari ambil gambar baby ni tadi dekat rumahnya... kebetulan good timing saya datang Muadz memang sedang lena diulit mimpi.. jadi agak membantu saya untuk mengambil gambarnya dalam suasana yang tenang sekali :-) gambar2 ini saya ambil di laman rumahnya saja.. kiut kan baby ni... mcm lena betul dia tak sedar saya sedang ambil gambarnya... baunya harum... kulitnya sungguh halus.. badannya sangat lembut..bagai boleh dilentur2.. buat saya rindu pada anak saya ketika usia bayi nya..





Saya bersyukur kerana kehidupan dan kerjaya saya mengizinkan saya sentiasa berada dekat dengan makhluk Tuhan yang sangat istimewa ini iaitu anak kecil.. tidak kira berapa usianya.. dari mana asalnya.. apa warna kulitnya... berhadapan dengan mereka seringkali membuat hati ini insaf dengan ciptaan yang Maha Esa..

Bukan sekali air mata saya bergenang apabila mengambil gambar mereka.. malah setiap kali melihat mereka.. ada satu perasaan keibuan yang sentiasa mengalir dalam diri saya yang membuatkan hati saya selalu ingin merapati mereka.. susah untuk saya luahkan dengan perkataan.. tapi di dalam hati setiap kali diberi kesempatan merakam gambar anak2 kecil ini.. buat hati saya tersentuh.. serta dapat merasa keajaiban Ilahi dan merasai sekali nilai kasih sayang yang tumbuh subur dalam diri setiap mereka..

Alhamdulillah.. dalam keseronokan serta kepuasan saya mengambil gambar anak2 kecil ini.. ada sesuatu yang sangat bernilai yang telah saya perolehi. Ketenangan yang susah digambarkan..

Terima kasih buat semua terutama ibu bapa kepada anak2 kecil yg telah saya ambil gambarnya... kerana sentiasa memberi ruang kepada saya.. memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk saya mencurahkan seluruh idea serta mengizinkan saya menumpang sekejap kasih kepada anak2 mereka.. dan yang lebih utama.. terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberi saya mengecapi semula 'sesuatu' yang pernah saya hilang satu ketika dahulu..






oh... betapa saya ingin kan baby lagi.. untuk dijadikan teman kepada anak saya yang setiap malam mengusap perut ibu nya sambil berkata...
"hi baby... dalam tummy mama ada baby yee.."
sudah bersedia benar agaknya dirinya mahu menjadi Abang Long.. mudah mudahan masinlah mulut si kecil itu... Amin :-)


Till next time...


Zubye.

Read more...

5 comments:

Tuesday, September 16, 2008

6 months old sweetheart

Adoilah... bulan2 posa ni.. memang lemau semacam je rasanya.. kalau buleh nak tido manjang cam baby kat bawah ni je sepanjang masa.. huhuhuhu...

ni actually baby hannah masa berusia 9 hari saya shoot early this year...



Last weekend saya buat temujanji dengan Hannah lagi.. kali ni dia dah 6 months!! wow.. sungguh cepat masa berlalu... Hannah sekarang dah pandai merangkak dan baru belajar2 nak duduk.. so cute... ada saya amik gambar masa dia berusaha nak duduk tu... so kiut muka dia.. yang tu nanti2 saya upload ok!





Hannah sebenarnya sepupu Dhia.. (baby girl entry di bawah) dulu masa Hannah newborn muka dia sebijik cam abang Dhia.. Danish.. now muka Hannah dah lain.. tapi kecomelan dia tetap terserlah..

oklah.. saya nak siapkan gambar2 lain pulak.. actually banyak sangat la yang saya belum update.. esp events yang saya cover before puasa hari tu.. . ye ye je hari tu berazam nak update semua masa bulan posa ni.. tp asal tgk pc je.. letih.. asal pegang mouse je letih.. abih camnoo? ekkeke.. jangan mare ye.. nanti dah rajin2 sket saya up okeh!!!


Read more...

1 comments:

Friday, September 12, 2008

Shy boy

Adam Ikhwan sebenarnya seorang yang agak pemalu.. dia tengok aje saya masa mula2 jumpa.. senyum tak.. takut pun tidak.. tapi lama kelamaan bila selepas beberapa minit sessi 'warm up' Adam mula menunjukkan senyumnya walaupun sedikit.. org kata tersenyum simpul...




Satu perkara yang boleh buat dia tersenyum lebar... iyer.. bubbles!!! sebenarnya Adam lebih teruja nak meniup bubble tu sendiri.. tapi dia tak dapat nak control samada nak hembus ataupun nak telan je bubble tu sesedap rasa.. hehhehe.... lama rasanya tak snap budak2 bermain bubble.. sekali sekala seronok juga walaupun saya termengah2 berpeluh2 mengejar mereka..








ok ni one last shot before balik.. Adam nak catch the bubble tapi muka dia cam dah tak larat.. sebab mungkin penat agaknya kan... apapun.. sessi pagi tu agak menyeronokkan.. dan lighting hari tu pun amat membantu dalam penghasilan gambar2 ni semua.. Thanks Maz and family for the opportunity.. harap suka semua gambar2 ni ok!



tips to share :

seandainya anda mempunyai anak baya Adam ni.. jangan risau kalau anda sangat susah nak dapatkan shot mereka tersenyum.. sebab sememangnya pada umur begini mereka memang susah nak duduk diam.. kena berusaha lebih sket la.. ikut mereka ke mana pergi.. sambil tangan pegang kamera.. perhatikan betul2 wajah mereka.. kalau boleh camera tu biar sama dengan eye-level mereka.. kenalah terbongkok2 sedikit.. buat sesuatu yg mereka suka (dlm kes saya.. saya selalu ajak mereka berborak.. jadi mata mereka akan bertumpu kepada saya).. bila dia senyum je.. cepat2 snap! perkara itu mungkin akan berlaku sesaat sahaja.. sebab tu kena betul2 alert terhadap expression wajah mereka.. tapi harus diingat.. JANGAN sesekali memaksa anak anda pandang anda ataupun suruh dia senyum depan kamera anda.. sebab kebanyakannya tidak akan berjaya dengan cara itu.. biarlah mereka senyum datang dari hati dan kerelaan mereka.. bukan dipaksa....kadang2 mereka akan tersenyum sewaktu kiter tak sedari.. cuba lah ajak anak anda beborak2 sambil ambil gambar.. bila mereka mendengar kisah kucu anda... pasti mereka akan tersenyum juga.. anda akan dapat melihat perbezaan.. senyum yang dibuat2 dengan senyum kerana mereka gembira...

Selamat mencuba!!

"kak zubye..u're truly superb dapat tangkap gambar adam cantik2 even dia susah nak senyum hari tu..thanks a lot yer...these pictures really make my day.."
~ Maz, Adam's mom

Read more...

1 comments:

Wednesday, September 10, 2008

Twin and a newborn



Ok... ini ada kesinambungan daripada gambar baby Uzair.. beserta dengan kakak dan abang kembarnya.. Athirah dan Harith.. when their mom wants a sibling shot.. I know.. it gonna be a super tough one... hahhaha.. i'm not that optimistic.. but finally i think i'm pretty success to have them captured in a single picture (not without sweat) eventhough it was not like what i imagined to have.. but i'm loving it!! hehehhehehe..


note : slideshow ni mungkin lambat sikit nak loading.. harap banyak bersabar ye :D


Dealing with 1 yr+ babies .. paham2 je lah.. at that age how they did not want to be hold by anyone pun.. kalau boleh nak biar lepas bebas kan.. the twins were so geram with this new creature in da house.. so loving and so attached with their younger ones.. sampai kalau kiter leka je walau sesaat kakak mulalah nak showing her caring dengan cara memegang (read:memicit) adiknya... kihkihkih...






yang bawah ni pun boleh consider 3 of them in one pic gak lah kan.. even si adik tu.. nampak secoeett je kat situ.. how cute.. :-)












Tapi overall the session was a very fun one.. the family was very wonderful to work with.. Tak kekok rasanya bekerja dengan mereka semua.. Lihat pula gambar mereka satu family ni.. seronok tgk kan... tapi masa disebalik tabir.. terbahak2 kami nak menyusun atur position mereka ni semua... kelakar.. and macam2 incident rasanya berlaku.. macam2.. tgh mereka syiok2 pose.. memory card si camerawoman tu full lah pulak.. kekeke kacau daun betul.. but, Thank you to all of you guys! You know how much it means to me.. ;-)






"it was great having you to capture the moments!
we enjoyed every single minute of it!!!
nanti hArith and athirAh dah start berlari bleh amiq another session. by then diorang belari, uZAir dah merangkak kot...sure lagi kabut punye, hihii"
~ their supermom..

Read more...

1 comments:

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors