Monday, February 2, 2009

Eyes of Grace new look

Alhamdulillah... :-)

Inilah kerja saya cuti CNY yang lepas... malam2 saya godek2 PC ni.. memikirkan sesuatu yang baru untuk dilakukan buat Eyes of Grace kesayangan saya ini.. sudah lama idea ada dalam kepala.. cuma masa sangat2 tidak mengizinkan... saya bersyukur mujur ada seseorang yang sungguh baik hati ... dengan sukarelanya dia membantu saya menyiapkan template baru blog ini... dia tidak lain tidak bukan adalah merupakan client saya sendiri.. iaitu Eyna ibu Aqeel.. yang telah beberapa kali bekerjasama dengan EOG.. Eyna.. tak dapat akak nak balas budi baik awak ... nanti akak banjer makan satu hari okeh! lengkap breakfast, lunch, tea, dinner bagai. LOL!

Jadi.. sempena hari Jumaat yang mulia ni, inilah dia.. saya persembahkan Eyes of Grace new look.. bersesuaian dengan kita menyambut tahun baru 2009.. Walaupun sudah nak masuk bulan ke dua, saya harap ianya masih belum terlewat untuk saya memulakan sesuatu yang segar untuk tatapan semua viewers kesayangan saya di luar sana. Saya harap semua orang suka dengan wajah baru blog ini.. yang bertemakan colour blue and pink iaitu melambangkan "boys" and "girls"..

dan.... jeng..jeng..jeng......

Untuk meghargai jasa semua.. dan sebagai tanda TERIMA KASIH saya buat semua orang yang telah menyokong dan membantu saya selama ini.. jadi hari ini saya ingin buat satu CONTEST yang semua orang boleh sertai. Ok.. baca ini baik-baik.. :-)

caranya mudah sahaja..TULIS APA SAHAJA KOMEN ANDA BERKENAAN APA SAHAJA YANG INGIN ANDA KATAKAN TENTANG EYES OF GRACE DI ENTRY INI. Contest terbuka buat semua tidak kira jantina, umur dan bangsa hingga hari JUMAAT, 13 FEB 09 kerana pada hari itu semua nama yang memberi komen akan dikumpul, dan anak saya sendiri iaitu Irfan akan membuat cabutan bertuah terhadap nama-nama yang telah dikumpul itu untuk memilih pemenang. Hanya SATU sahaja pemenang untuk contest ini. Hanya satu sahaja syaratnya, satu family boleh letak satu komen sahaja, ok!

dan... ini part yang paling best.. HADIAH buat pemenang adalah merupakan:

1 (satu) outdoor photoshoot session for 2 hours bersama Zubye.
1 (satu)
Spiral Bound Mini Album yang memuatkan 30 keping gambar ber saiz 4R .

All this prize worth RM370!!


Apa lagi!! cepat!!! gerakkan mouse anda.. click ke ruangan "comment" dan post komen anda di situ.

Selamat mencuba!!!! Don't miss the chance to WIN!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

update as at 9.43am Feb 4th 09..


Mengambil gambar yang cantik itu mudah... tetapi mengambil gambar yang cantik yang juga punya rasa dan jiwa itu lebih indah.. Itulah yang cuba saya selitkan di setiap gambar yang saya ambil.. saya mahu ia punya 'rasa'.. sarat dengan cinta... penuh dengan jiwa.. apabila orang melihat, akan lekat di hati sampai bila-bila.. satu perkara yang bukan mudah kadangkala untuk dilakukan..

Sepanjang perjalanan ini bukan hanya dihiasi dengan yang baik-baik sahaja.. tetapi perjalanan ini adalah turut di selang seli dengan keringat dan air mata.. adakala kaki tersekat.. terasa lumpuh untuk berjalan.. luka terjatuh masih lagi merah.. tetapi kadangkala rasa diri seolah-olah punya sayap terbang ke lautan luas.. bebas, gembira.. perasaannya? sukar di olahkan dengan kata-kata.

Membahagiakan hati orang lain itu indah.. merasai nikmat air mata terharu juga indah.. Ayah saya selalu berpesan, bahagiakan lah hati orang lain.. walau kadangkala hati kiter remuk rendam, percayalah.. suatu hari nanti orang lain juga akan membahagiakan hati kita insyaAllah. Maka saya pegang kata keramatnya itu.. Syukur.. saya fahami dan dapat saya rasakannya..

Melihat komen-komen yang bertalu-talu masuk untuk entry ini cukup membuatkan saya rasa bersyukur bukan kepalang.. Setiap kata-kata semangat dari kalian di luar sana cukup besar erti dan harganya buat saya dan EOG. Benar saya terharu. Tidak sangka rupanya seramai ini mengikuti blog saya.. apa yang lebih penting.. mesej yang ingin saya selitkan dan juga saya sampaikan dalam setiap keping gambar yang saya ambil akhirnya tercapai.. rata-rata kalian menyatakan gambar-gambar itu punya nilai kasih sayang.. dan mampu membuat anda tersenyum walau tika dalam keadaan sedih.. mampu membuat kalian gembira.. Syukur. Kini setiap pagi sebelum memulakan tugas, saya pasti akan membaca kata-kata perangsang itu dahulu.. kerana ikhlas saya katakan, kata-kata itulah yang membuatkan saya lebih bersemangat dalam saya menempuh pelbagai cabaran bersama EOG ini.. TERIMA KASIH.

Maka hari ini saya ingin menambah lagi DUA (2) hadiah untuk contest ini. Ianya adalah merupakan :

2 (dua) 15% VOUCHER untuk setiap pakej photography bersama EOG
.

maknanya, anak saya Irfan akan cabut 3 nama nanti.. nama yang terakhir yang dicabutnya nanti adalah merupakan pemenang utama. yang lagi dua nama tu akan dapat voucher 15% ni ok!

Oklah.. sekali lagi, selamat mencuba.. dan terima kasih di atas sokongan terhebat ini terhadap Eyes of Grace!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors