My rainbow

Hari hari saya di awal tahun baru ini sangat sibuk dengan pelbagai urusan... bermacam2 perkara yang belum sepenuhnya settle lagi... my son pun dah start ke pre school... saya hantar dia ke IIUM montessori..so tumpuan diberi lebih sikit untuk keperluan2 dia... dengan ada satu kes tragis lagi berlaku kat kindy dia yesterday... cukup buat mama cuak till now... takpelah.. moga2 dia akan jadi lebih berani lepas ni insyaallah... adalah tidak adil untuk menyalahkan pihak tadika 100% atas apa yang berlaku... oklah.. mama citer lah sikit.. untuk share dan mintak pendapat sket dari ibu bapa kat luar sana...
masa amik irfan semalam.. dia tiba2 cakap..
saya tak tau nak kata apa... ikut hati yang tengah membara semalam memang saya nak aje ckp supaya budak itu tak dibenarkan sekolah di situ langsung.. sebab kelakuannya yang membahayakan org lain.. hari ni kepala berdarah.. esok lusa apa pula??? ada org mungkin akan cakap saya pentingkan diri.. tapi bagaimana kalau terjadi kepada anak mereka? mungkin juga akan berkata :
Bila dah jadi semua ini... kalau anda tetap kata mereka tu masih budak2, kenapa budak2 yang sebaya dia tidak melakukan perkara yang sama....? tepuk dada.. tanya selera!
oh... mungkin juga anda telah lelah mendidik.. memarahi dan berbuih2 mulut memberi nasihat.. tapi si anak masih juga begitu.... inilah masanya untuk medapatkan nasihat doktor atau pakar tentang masalah anak anda... saya punya seorang client yang anaknya mempunyai masalah hyper aktif.. dia katakan pada saya yang dia hantar anak dia ke sekolah khas AUTISME ... sebab anaknya memang tidak tahu membezakan mana bahaya yang mana tidak.. dan dia takut andai anak nya bergaul dengan orang lain akan menimbulkan masalah yang lain pula.. saya respect ibu bapa yang begini... memilih jalan yang betul dalam mendidik anak mereka... agar anak mereka tidak membahayakan org lain.. untuk apa malu? Tidak ada salahnya jika ditakdirkan anak anda berpenyakit begitu tetapi kiterlah yang harus membuat tindakan yang sepatutnya dalam membentuk anak itu agar dia jadi lebih baik pada masa akan datang.. jangan kerana kiter terlalu malu untuk menerima takdir bahawa anak kiter memang ada sakit... sampai kiter sanggup pula melihat kanak2 lain menjadi mangsa anak kiter..
mudah mudahan semua ni akan jadi iktibar buat saya dan semua ibu bapa diluar sana... maaf kalau ada bahasa saya yang agak kasar di atas tu... saya memang tidak boleh berkompromi dengan manusia jenis ini.. janganlah terlalu berbangga dengan keberanian anak anda yang tidak bertempat itu.. saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk berkongsi semua ini dengan pembaca2 blog saya... semoga semuanya ni akan jadi panduan untuk kiter semua..