Thursday, February 5, 2009

Arash Ben 10





Alahai... lama sungguh rasanya nak menghabiskan entry birthday Arash yang ke 6 ni... Sori ye Arash.. lama sket MakDe nak buat.. oklah mari kiter bercerita sikit..

Sebenarnya.. ni merupakan surprise party untuknya.. masa hari betul2 bday dia tu.. dan beberapa hari selepasnya.. sibuk dia bertanyakan mommy dia takde buat party ke utk abang.. jangan kan party... kek pun tak dibeli langsung oleh mommynya sebagai tanda besday dia.. sian lah si anak tu asyik merayu nak kan at least a cake untuk hari jadinya.. tapi si mommy buat2 tak tau je.. tapi dalam hati tuhan je yang tau betapa kesiannya dia kat anak bujang yg sorang ni..

Tiba harinya... seperti biasa dia ingatkan dia pergi ke majlis harijadi anak kawan kepada mommynya... tapi bila anak saya iaitu cousinnya merangkap bestfriend nya datang dan terus bagi hadiah kat dia.. muka dia jadik blur2.. tapi masih tak dapat nak suspect lagi itu besday party nya.. sampailah bila mommy dia suruh dia tengok kek besday.. mula2 yang dia perasan hanyalah cartoon Ben 10 tu ajer.. tapi bila mommy suh baca.. barulah dia menjerit2 kesukaan bia dia baca "Happy Birthday Arash".. barulah dia tahu yg party sebenarnya untuk dia... "ni besday party abang ke mommy? untuk abang ke mommy?" begitulah gembiranya dia.

Seronok bukan kepalang anak bujang sorang ni.. teringat masa kecik.. dia memang manja dengan saya dan suami.. sejak dia baru lahir lagi.. kami memang rapat.. ke mana saja mesti dia nak ikut PakDe dan Makde nya ni.. sampaikan kami kalau keluar berdua , bila balik ke rumah mesti ada saja yang kami belikan untuknya.. memang jadi anak emas kami dia dahulu.. dialah jantung kami.. buah hati kami.. ke mana saya dan suami pergi tidak pernah lupa untuk menyebut nama Arash.. macam2 dia dapat.. dapat berjalan... dapat bermanja.. dapat toys.. dan macam2 lagi.. sehinggalah apabila Irfan lahir dia seolah2 menjarakkan diri dari kami.. seolah2 merajuk.. dan mungkin juga cemburu kerana perhatian kami pada nya sudah tidak 100% lagi semenjak hadirnya Irfan.. tetapi sekarang dia sudah besar.. sudah masuk darjah satu dah pun.. dia lama kelamaan sudah boleh terima Irfan dan sekarang mereka memang kamceng dan tak boleh dipisahkan..

Enjoynya dia di partynya tu memang bukan sedikit.. jarang saya lihat dia sungguh2 gembira macam tu.. esp kalau party harijadinya sendiri.. dulu kalau partynya.. mesti lah ada datang mood "terpeleot" dia tu.. tapi kali ini berbeza sama sekali.. dia sporting sungguh hari tu.. gembira tak terkata.. masuk semua games.. bergelak ketawa dengan tetamu yang hadir..

Dari jauh.. dari lensa kamera saya.. saya hanya tersenyum puas dan bahagia melihat dia gembira..moga satu hari nanti dia tau walaupun saya sudah punya Irfan.. kasih saya padanya tetap sama seperti dahulu.. tidak pernah kurang :-) Arash, jadilah anak yang baik yang dapat membimbing adik2 Arash ok! belajar rajin2.. make us proud of you as you always do!



















dan ini lah satu2nya besday.. yang photographernya paling banyak enterprame dalam gambar.. hehhehe... ye lah.. kalau rasa malas nak amik..boleh suh suami ambilkan gambar pula.. dan... taraaaa.. inilah saya berasma adik Arash... kekkekek jangan mare ye..


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors