Thursday, February 19, 2009

Geram

mari kita sambung episod geram kita hari tu ye... memang kalau saya lihat Natra ni.. takde perkataan lain selain geram.. especially dia suka sangat buat aksi 'mengintai' yang saya rasa sangat notti dan cheeky. Silap haribulan saya kidnap dia ni nanti baru tau... :p jangan marah ye suzy..

Ini adalah sessi ketiga untuk documentary pakej Natra.. Alhamdulillah dapat saya merakamkan pembesaran Natra sejak dia baru dilahirkan hinggalah sekarang. Hanya ada satu sessi lagi menanti selepas ini. Kata mama nya, ada suatu yang 'spesel' nanti ingin dibuat masa sessi ke 4 nya nanti.. :-)














Saya rasa most of the viewer mesti ada yang perasan, lately ni saya selalu ambil gambar di lokasi ni.. memang cantik tempatnya.. malah saya rasa kalau dalam gambar bertambah cantik lagi. Ini sebenarnya di Wetland Putrajaya.. tempat orang memancing dan melakukan aktiviti sukan air. Sebenarnya boleh sewa boat atau kayak kat sini.. saya pun ada berangan-angan jugak nak ambil gambar family mengayuh sampan.. tapi saya rasa baik saya jangan pandai-pandai carik pasal.. karang boatnya ke mana, kameranya ke mana LOL! eh.. saya tahu.. saya tahu berenang cuma boat kat sini saya rasa kecik sangat lah macam kurang konfiden je nak buat aksi amik gambar tu.. kalau macam boat yang dekat area masjid Putrajaya tu mungkin sesuai juga..


Ahhh sudah... dah jadi jurucakap perbadanan Putrajaya pulak nampaknya saya... huhuhuh..


Natra nampaknya bertuah sikit sebab hari tu ada bunga lalang yang tumbuh dengan suburnya.. meliuk2 apabila di tiup angin, memang cantik sangat bila nampak dalam gambar. Tapi apabila minggu hadapannya saya ke sini lagi.. alahai malangnya nasib.. lalang-lalang itu sudah tiada.. sudah licin dikerjakan oleh pihak management barangkali.. tapi masih tetap cantik jugak dengan batu2 yang tersusun tu. Indah mata memandang.. sang photographer pun tenang perasaannya..:p




Asyik tengok Natra tersengih saja.. apa kata kali ni saya paparkan pula mukanya sedang menangis. tetap comel kan! oh ya.. untuk pengetahuan ambil gambar budak2 bukanlah suatu perkara yang mudah.. bukan boleh diarahkan mereka begitu sahaja mengikut sesedap hati kita.. paling penting ialah sabar.. saya sudah menjalani pelbagai experience dengan kanak2 ni.. dan tidak pelik kalau mereka kadangkala menangis ketika sessi photography.. kan kanak-kanak namanya.. jadi.. jangan bimbang ye ibu2 dan bapak2 sekalian jika anda rasakan anak anda memang susah nak bergambar dan memang takutkan stranger hingga meraung2.. penyelesaiannya, serah saja kepada yang pakar ;-)














Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors