Wednesday, February 18, 2009

It's Aidil's 1st Bash.

Majlis ni sudah agak lama.. malah mereka sudah pun bergembira menerima semua gambar-gambar di dalam CD dan juga album.. (thanks Siti for making my day).. cuma saya sahaja yang tercari-cari masa yang sesuai untuk upload gambar-gambar nya..

Walaupun sudah berlalu, tapi saya masih lagi terngiang-ngiang betapa berharganya moments yang Aidil spent bersama keluarga tercintanya.. dengan segala persiapan yang dilakukan oleh ibu Aidil yang bukan kecil, saya pasti apabila besar nanti pasti Aidil menghargai setiap usaha dan kasih sayang yang dicurah oleh setiap kaum keluarganya.. Ibunya pula pada waktu itu hanya menanti hari untuk melahirkan adik buat Aidil, tentu sekali bukan pengorbanan yang sedikit dicurahkan.

Majlis yang penuh warna warni, banner bergantungan, belon di sana sini.. siap ada clown yang datang menghiburkan tetamu, malah yang paling unik, ketika waktu cake cutting, Atok Aidil bermain piano sambil diiringi suara tetamu yang riuh menyanyikan Happy Birthday Buat Aidil.

Semoga Aidil membesar dengan sempurna dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya InsyaAllah :-)

Enjoy the slideshow everyone!
















Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors