Tuesday, March 24, 2009

Tenang

Saya menghadapi dua perkara yang amat menjengkelkan hari ini.. tidak perlulah rasanya saya menghebahkannya di sini.. cukup sekadar saya katakan kadangkala manusia tidak berfikir sebelum mereka bertindak.. tidak pernah pulak tu terdetik untuk menjaga hati orang lain dengan percakapan ataupun apa yang mereka tulis.. bagi mereka.. mereka lah hero heroin cerita yang mereka cipta sendiri.. Manusia.. mana mungkin kita tahu apa yang tersirat dalam hati mereka.. rambut pun kadang2 ada yang perang, ada yang karat, ada yang hitam. Inikan pula soal hati.


Kadangkala terasa begitu janggal untuk menghadapi manusia yang di hadapannya lain.. di belakang nya lain.. apatah lagi untuk menyelam setiap niat yang dilakukan mereka.. apa sebenarnya yang mereka cuba tunjukkan atau mahukan? itu bukan kerja kita... Ada yang lebih berkuasa untuk menilai itu.. tetapi apa salahnya jika ayat yang diaturkan itu datangnya dari hati yang tidak ada langsung unsur kekotoran dan dari fikiran yang kalaupun bukan datang dari bijak pandai tetapi cukup dengan sifat2 mulia seorang insan.


Mana letaknya diri kita? Sendiri pastikan. Apa yang pasti.. ada orang terlupa bahawa setiap apa yang dituturkan kadangkala hanya menyerlahkan kecetekan akal dan fikiran.. lantas mempengaruhi ATTITUDE mereka.. ataupun ATTITUDE mereka memang begitu, dan tanpa segan silu diterjemahkan pula dalam bentuk percakapan dan penulisan. Entah..


Di waktu yang begini, inilah perkara yang dapat membantu saya meneutralkan kembali PH perasaan saya.. dengan melihat gambar anak2 kecil yang tidak berdosa ini.. mereka sungguh mulia.. tulus dan bersih. Tidak pernah ada sekelumit perasaan hasad dan dengki di hati mereka.


Yang saya ada kini hanyalah SABAR. Tuhan itu lebih mengerti :-)


Untuk Batrisya dan Rafhana, kanak-kanak di dalam gambar ini, auntie sayang kamu berdua! :-)
















Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors