Saturday, March 28, 2009

F.R.I.E.N.D.S

Inilah aktiviti saya malam semalam.. Menghadiri satu majlis hari jadi yang dianjurkan oleh salah seorang kawan saya buat kejutan untuk suami tercinta nya.. Sesekali bertemu rakan2 memang seronok.. Walaupun boleh dikatakan kerap juga kami berjumpa tetapi setiap perjumpaan tu pasti ada makna yang berbeza..


Saya punya ramai kawan. Dari zaman sekolah, U, bekerja hingga sekarang hidup saya tidak pernah sunyi dikelilingi rakan2. Saya mudah mendapat kawan.. mungkin kerana saya ni agak peramah jadi tidak sukar untuk saya memperoleh kawan.. saya suka berkawan.. malah jika saya bersama client, walaupun buat pertama kali berjumpa.. saya tetap menganggap mereka kawan2 saya.


Tapi, saya akui.. tidak mudah untuk saya mencari 'sahabat'. Sahabat yang seiring dengan kita luar dan dalam, hati dan budi, sedih dan gembira. Dalam 10 mungkin 1 sahaja yang saya jumpa. Saya pernah rasa terhumban kerana kawan, tertipu kerana kawan, terguris kerana kawan, dan tidak kurang juga bahagia dan sempurna kerana kawan. Tapi saya bersyukur, dalam dunia yang moden dan cepat serba serbi ini.. hidup saya tetap indah dihiasi kawan-kawan seperti mereka. Ya. saya bahagia :-)Walaupun kadangkala ada ketika kami bermasam muka.. bertikam lidah.. namun itulah yang mewarnai hari-hari saya dengan mereka. Ikatan menjadi lebih kuat selepas itu kerana pengalaman kami yang sentiasa mendewasakan.


Saya juga punya sahabat yang telah pergi buat selamanya. Kawan karib saya ketika di sekolah rendah.. loose contact, kemudian berjumpa semula setelah waktu saya bekerja dulu.. ikatan kuat diteruskan.. bekerja di dalam satu bidang yang sama membuatkan kami selalu berjumpa.. Tapi sayang.. sekejap saja kenangan itu.. dia kini sudah meninggalkan saya buat selamanya kerana kecelakaan jalan raya yang menimpa.. Saya terkilan kerana ada hajatnya yang tidak sempat saya penuhi.. Saya menyesal kerana asyik bertangguh untuk memenuhi permintaannya. Sekarang saya hanya mampu untuk merinduinya..


I love my friends. Do you love your friends? Tell them now before its too late..









Apapun... inilah dia sahabat sejati saya...;-)

10 comments:

dilaOHdila March 28, 2009 10:35 PM  

Wow zubye
romanticnya........:-)
macam ni lah yang dikata LOVING COUPles. Moga perjalanan kehidupan kalian sentiasa diberkati. Itu lah rencah segala kebahagiaan...AMIN


** hang pi ka DCIM tuh
cek nak pi Foto selangor lusa ni zubye. Kalau free jom aaa pi

Zubye,  March 29, 2009 12:35 AM  

Thanks kak..
InsyaAllah :-)

ps: pegi tadi kak.. tapi cam tak menarik je.. and agak letih sket sebab lepas shoot bday terus ke sana.. so mood membeli dah kurang.. hehhe lagi pun saya ada tanya some lense tadi.. mahal ler.. baik beli kat luar..

akak nak gi bila? nanti bgtau la.. kalau saya free blh join

4 Kay-E March 29, 2009 2:46 AM  

Zubye,
Sweet je gambar dgn hubby ;)

Suka tengok gamabr dgn kengkawan tu sume.. Mmg nampak mesra :)

Enjoy your life!

kak sherry March 29, 2009 9:57 PM  

foto zubye, shikin n haiza together dgn anak2 ..mmg ada makna tersendiri ..teringat lak masa korang semua belasan tahun ...neway, j'adore korang nye friendship ;)

Zubye,  March 30, 2009 9:07 AM  

Ita..
thanks ita :-)

Kak Sherry..
muka belasan tahun nampak kaak2 sket.. hehhehe.. thanks kak!

shikinkamal March 30, 2009 9:43 AM  

i love u too bye....
i love you too ja...

muka belasan tahun kak sherry??
kalau tempek kat sini mau ada yg pitam!!!heheh

nuruLito March 30, 2009 10:51 AM  

KAK ANISSSSSSSSSSSSSSS!!!
datang KL x bgtau...hoh

nuruLito March 30, 2009 10:53 AM  

akak, i need your help, i need your favor, i need you.. hehe.. nak mintak khidmat nasihat fesyen muslimah..almaklumlah,dah lama x pakai tudung..so x reti nak pilih tudung dan baju utk photo shoot muslimah..pelisss...

Anis Hadi,  March 31, 2009 11:20 AM  

I LOVE U Too Kak Zubye!!Thanks for being such a great sister to me :D

Jang..Sowi..akak tak sempat la..Very fully booked..Takut awak pun busy, maleh la nak kacau :p Next time ye, akak mesti bgtau :D Cayang awak!!!

nuruLito March 31, 2009 3:02 PM  

love you too!nanti kalau dtg kl leh karok lagi..lama x karok neh..heheee..

kak zubye, kita nak cari baju ala2 executive ngan tudung. tudung akak pakai dlm gambar2 ni cantik tapi kalau kita pakai blom tentu secantik itu..uhukk..

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors