Friday, March 20, 2009

Get Ready...

... For this..



Saya sebenarnya sedang berdebar...sebab ini pertama kali saya akan share my photography knowledge and experiences di hadapan khalayak ramai.. selalunya saya hanya jawab melalui email, kalau ada yang bertanyakan tentang tips2 amik gambar.. tetapi ahad ni.. saya kena melangkah ke satu pengalaman baru yang lebih mencabar pula. sapa ada ubat boleh bantu saya hilangkan rasa angin senggugut nervouse ? hahahha!

Pengalaman jadik debater sekolah bertahun yang lampau saya rasa buat ketika dan saat ni masih belum dapat membantu saya mengembalikan keyakinan diri saya yang sebenar.. Ye, saya memang peramah, mudah dibawak bicara, cepat mesra.. tetapi bila bayangkan saya akan berdiri tegak dihadapan sekumpulan manusia yang ramai, kemudian mereka semua akan pandang saya je mendengar setiap butir bicara yang akan saya keluarkan.. sudah pasti saya dapat merasa bahang gugupan itu. Lebih2 lagi bila mereka expect we are the expert, tanggungjawab itu menjadi lebih berat lagi..

Saya melihat ini sebagai satu tanggungjawab saya untuk berkongsi dengan mereka.. walaupun sessi workshop tu nanti dikatakan tidak terlalu berat sebab konsepnya kiter nak have fun sambil mendapat ilmu dan faedah darinya.. tetapi dalam have fun tu saya tetap ingin memastikan setiap peserta mendapat sesuatu darinya.. sekurang2 nya apa yang akan saya katakan dan share nanti akan memberi manfaat kepada mereka..

Mengambil gambar yang cantik memerlukan satu jangkamasa yang panjang.. bukan hari ni pegi bengkel, besok terus jadi pro..TIDAK. malah saya masih belajar lagi menjadi photographer yang terbaik.. Mengambil gambar dan mengajar mengambil gambar juga merupakan 2 perkara yang berbeza. Ada yang pandai ambil gambar tetapi dia tidak tahu mengajar, dan ada pula yang pandai mengajar bagaimana nak ambil gambar dengan cantik, tetapi tidak tahu mengambil gambar dengan cantik. Saya tidak tahu saya dalam kategori mana selagi saya belum mencuba. Jadi Ahad ini merupakan cubaan saya yang pertama.

Saya teruja dan sekarang sedang sibuk dengan persiapan untuk ahad ini.. Kalau ada yang YM tak berjawab tu.. paham2 ajelah.. mungkin masa tu saya tengah sibuk menghafal text dan mungkin jugak tengah sibuk betulkan keadaan lutut yang mengeletar2 akibat cuak yang teramat sangat.. hahhahah! just kidding.. just to add more garam dalam lauk.. But honestly, yes i feel the NERVOUS... nervous oh nervous.. pleaseeee go away!

Apa yang akan saya ajar nanti mungkin lari daripada apa yang diajar dalam buku2 photography yang pernah anda baca.. ataupun mungkin juga ada yang sama.. cumanya.. saya ni jenis yang tak terlalu suka mengikut peraturan, ye.. saya giler2.. dan kadang2 giler! LOL! saya suka melakukan sesuatu mengikut gerak hati, mengikut instinct, mengikut kreativiti dan juga mengikut khayalan. Jadi anda mungkin tidak akan jumpa terminology2 photography yang banyak nanti di dalam workshop tu.. tetapi basic2 nya tetap saya pegang.. cuma cara saya apply mungkin agak berbeza dengan orang lain.

Apa yang akan saya sampaikan adalah lebih berdasarkan pengalaman saya bergelumang dalam dunia photography kanak2. Jadi bersedialah untuk mendengar2 term2 photography baru yang dicipta sendiri oleh Zubye! hehehhe. dan yang penting ianya akan lebih mudah difahami insyaAllah, lebih2 lagi bengkel ni khas untuk kaum ibu sahaja. Jadi ada persamaan antara kiter ;-)

Sekarang baru saya rasa lega sedikit bila dah tulis kat sini.. Semangat tu datang lah juga nampaknya.. ni Jumaat, esok mungkin lebih lagi semangat tu insyaAllah.

Kepada yang dah mendaftar, terima kasih diucapkan.. kita jumpa di sana! di sana! di sana!!
Buat community http://www.duniafotografi.com/ terima kasih buat kepercayaan yang diberikan. All the best for me!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors