Wednesday, March 25, 2009

Just one

Irfan


Ni gambar Irfan teman saya pegi photoshoot seminggu yang lepas.. Kalau petang memang dia biasa ikut.. kalau pagi je tak.. sebab masa saya kuar, dia masih tidur lagi.. kalau kejut tu.. actually nak je dia ikut..asal kata pegi jalan dalam ngantuk2 pun mesti dia gagahkan juga.. Tapi selalunya pagi memang saya jarang bawak sebab nak bagi dia tido puas2.. sebab weekdays dia dah bangun pagi kan.. :D

Selalunya aktiviti dia waktu pagi masa saya gi keja ialah meronda2 dengan babah dia.. derang gi mamak for breakfast, pegi jalan2 mall sumtimes..selalu gi alamanda lah.. pegi shopping barang2 grocerries untuk umah.. atau pegi driving range sama2.. then tengahari saya balik.. rehatkan diri, petang dah nak ke photoshoot semula..

Petang dalam gambar tu saya baru habis shoot a chinese family.. ada kat bawah gambar mereka :-) petang tu dua beranak ni teman lah saya sama2.. selalu derang akan prektis golf skill derang kat rumput2 lapang kat situ.. babah ajar dia swing.. mama intai dari jauh je sambil snap2.. lepas habis shoot selalunya saya pulak join sama guling2 atas rumput , menghilangkan penat. Tapi petang tu sebaik saja habis ps, cuaca pun mendung semacam..

Babahnya selalu sebelum saya start shoot ataupun sebelum client sampai, banyaklah nasihat dan idea yang dia bagi.. kadang2 idea tu datang on the spot.. kadang2 dalam keta masa dia drive saya ke tempat kejadian.. Jadi ada di antara gambar2 kat sini dialah yang memberi ideanya yang tak pernah kering :-) dia jugak merupakan pengkritik tetap saya.. dia kalau kritik tak main der nak jaga-jaga hati ni.. kalau bad... dia hentam cukup2..bagi pendapat kenapa gambar tu teruk dan bagi solution camne nak buat gambar tu jadi lagi elok.. tapi kalau cantik dia puji dan terus bagi dorongan dan nasihat. Kalau waktu dia hentam tu ada gak lah cam nak nangis saya rasa.. tapi kalau part puji tu dia sendiri yang akan cek suar saya terkoyak ke tak.. kembang kena puji LOL! Itulah kawan saya susah dan senang :-)

Lepas swing2 dan mama snap2 hari tu.... kitorang pun ke presinct 9 minum2 lagi.. hujan pun dah mencurah2 hari tu.. rasa sangat best cuaca sejuk2 camtu.. dapat minum milo panas dan teh tarik.. yang penting ada sama2 orang tersayang.. itu yang lebih berharga :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors