Friday, March 6, 2009

Something to share..

Sebenarnya article ni saya tulis dekat FB nak share parenting tips dengan kawan2 kat FB.. tapi rasanya baik jugak kalau saya paste dekat sini untuk share dengan kawan2 dekat sini pulak....

ok have fun reading!



Terpanggil nak tulis note pasal ni selepas my friends komen dekat gambar Irfan tido kat dalam bilik dia sendiri and they asked me to tell them on how did i trained him.. walaupun kalau dibandingkan dengan negara barat Irfan ni macam dah lewat start tidur sendiri.. tapi rasanya majoriti kat malaysia ni.. 2 tahun setengah tu bolehlah dikira awal jugak kan.. haah dia start tidur sendiri masa umur dia 2 tahun setengah.. :-) so kat sini aku nak share tips on how to make your child sleep by themselves.


here it goes..

Aku kalau tengok citer2 omputih mesti cam amazed je tengok anak derang dari baby lagi dah di train tido sendiri.. so.. dalam hati ni pun terasa nak sangat anak aku nanti boleh tido sendiri on his own bed.. aku rasa tu salah satu cara untuk melatih anak aku jadi lebih berdikari.. so hari tu kami pun ke shopping mall plan nak beli cadar untuk irfan.. walaupun masa tu dia takde lagi katil.. cuma ada tilam je.. tapi bilik untuk dia memang dah ada..

sampai je kat kedai.. aku suh dia pilih cadar apa yang dia nak ikut citarasa dia.. so masa tu kan dia tengah suka dengan citer CARS tu.. so dia pun pilih lah sendiri cadar tu.. memang dia suka yang amat sangat.. balik2 terus aku pasangkan kat tilam dia.. tilam tu pun letak atas lantai je.. dan aku pun puji2 lah yang tilam dia cantik.. and aku buat gaya tidur atas tilam tu.. aku cakap kat dia.. best sangat tidur kat situ.. then aku slowly cakap ngan dia.. malam ni irfan tido kat bilik irfan ye.. dan dia pun sengih2.. angguk2 sambil baring2 guling2 atas tu..

to our surprised, malam tu jugak dia start tido atas tilam di dalam bilik dia sendiri.. masa tu yang tambah surprise lagi dia tak bagi aku ataupun suami aku tido kat situ.. dia cakap ni tilam Irfan.. Irfan tido sini je.. sorang2.. masa tu aku ingat umur dia baru 2 tahun setengah.. dan start malam tu lah dia tidur kat situ..

Malam pertama memang berjalan dengan lancar.. mungkin sebab dia terlalu excited dengan cadar baru tu.. malam kedua.. dia start buat alasan sket.. tapi aku cakap baik2 dan tanya baik2 dengan dia kenapa dia tak nak tidur kat bilik dia.. nanti dia akan jawab dia nak tidor ngan kitorang..

So aku pun pikir idea camne nak bagi dia seronok ada bilik sendiri dan tido dalam bilik sendiri.. jadi awal2 tu aku teman dia baring atas tilam dia .. sebelum dia tidur tu.. aku cerita kat dia macam2.. aku bacakan buku cerita untuk dia.. sambil2 tu aku selit2 kan jugaklah cakap bilik dia lawa.. dalam bilik dia banyak toys.. dia mesti pandai sayangkan bilik dia.. believe me or not.. aku suka suh dia cium barang2 dia supaya dia tau belajar appreciate apa yang dia ada.. dan tak rosakkan barang2 dia.. supaya aku dapat tanam sifat bersyukur dalam diri dia.. so.. kadang2 aku suh dia cium cadar dia tu.. hahhaha! aku cakap kat dia.. ni tilam irfan.. cadar irfan.. cantik cadar irfan.. irfan mesti sayang dia.. malam2 irfan kena tidur dengan dia.. nanti bila mama dah ada duit mama beli katil untuk irfan... dia suka aku cakap camtu.. and aku tengok dia nampak sayang lah ngan tilam mucuk dia tu.. ekekke..

So.. bila dah bercerita2 mata dia pun terlelap.. masa mata dia dah terlelap ni lah aku pakai satu method yang aku pernah dapat melalu pembacaan aku di internet.. waktu otak anak kita sedang tidur2 ayam tu iaitu waktu keadaan dia antara sedar dengan tak tu lah.. kena ambil peluang bagi nasihat dekat dia.. waktu tu insyaAllah dia akan dapat serap apa yang kita nak bagitau dia.. so.. bila dah tidur tu mulalah aku start bagi nasihat kat dia.. aku cakap Irfan budak yang baik... budak yang berani... tiap2 malam irfan suka tidur atas tilam irfan sendiri.. dalam bilik irfan sendiri.. irfan budak yang pandai berdikari.. irfan sayangkan bilik irfan, barang2 irfan.. ha.. camtu lah lebih kurang ayat2 aku bagitau dia masa dia tidur.. pastu aku hembuskan kat ubun2 kepala dia.. hari2 aku buat macam tu.. sampai lah sekarang ni.. tiap2 malam aku bagi dia nasihat dan kata dorongan dengan cara tu.. alhamdulillah aku nampak ianya membuahkan hasil :-)

masa 2- 3 bulan pertama..kena tabah lah bila anak dah tidur asing.. macam aku.. aku admit aku yang terlebih sedih kot sebab kena berpisah tidur dengan dia.. sedih bila pikir nanti dia besar lagi lah aku dah tak dapat tidur ngan dia..tak dapat gomol2 dia dah.. tapi aku kuatkan diri.. aku cakap dalam hati ini untuk kebaikan dia.. aku nak ajar anak aku supaya dia lebih berdikari.. tidak terlalu bergantung dekat diri aku.. bukanlah dia takleh rely kat aku.. tapi at certain condition dia kena tahu bawak diri pendek kata berdikari lah.. tapi aku semestinyalah tetap ada untuk dia bila saat dia perlukan aku.. so pada aku.. tidur sendiri ni memang berjaya membentuk diri dia jadi lebih berani dan yakin kat diri sendiri .. alhamdulillah..

2 - 3 bulan pertama.. dia akan bangun tengah2 malam.. macam kul 3 pagi camtu.. mula2 tu dalam kul 3 tu akan kedengaranlah suara dia menangis dalam bilik dia.. masa tu agak lawak.. bila dengar je dia menangis aku ngan hubby terus melompat dari katil and dua2 berlari pergi ke bilik dia.. ye lah risaukan tak tau apa jadi kat dia.. rupanya selalu malam2 dia nak minum susu.. jadi tugas aku la buatkan dia susu.. lepas tu kitorang sambung tidur cam biasa... pastu dah lepas phase tu.. ada satu phase yang mana dia tak nangis dah kul 3 pagi tu.. sebaliknya masa kul 3-4 pagi tu tiba2 nanti aku akan rasa ada tangan merayap2 kat kaki aku.. rupanya ntah bila anak aku masuk bilik kitorang dan kejutkan aku nak susu.. masa aku gi buat susu, dia pulak dengan selamba naik atas katil kitorang dan sudahnya kitorang tidur bertiga atas katil sampai pagi..

pada aku.. perkara ni tak leh nak dipaksa2.. nanti akan ada satu keadaan dia nak tidur semula dengan kiter.. tapi pada masa yang sama dia boleh tidur jugak dalam bilik dia sendiri.. contoh macam kes irfan tadi.. apa yang boleh aku buat ialah bagi galakan dan sokongan je kat dia.. aku tak pernah paksa dia untuk dia tidur sendiri.. cuma yang macam aku cakap tadi.. indirectly aku akan bagi nasihat la kat dia.. dan sentiasa bagi sokongan kat dia.. walaupun masa tu dia masih kecik (now pun masih kecik lagi) tapi percaya atau tak.. budak2 kalau kita cakap dia seorang yang berani, dia memang akan bangga sungguh dengan pencapaian dia tu.. normally kalau bangun pagi aku cakap kat dia.. semalam irfan tidur sendiri ye? bagus anak mama.. anak mama berani kan? nanti muka dia akan jadi macam bangga je and glowing2 je bila kita puji dia camtu.. then dia akan cakap..irfan berani kan mama? irfan tak takut pun.. sambil tersengih2.. masa tu aku masuklah 'jarum' sket, aku cakap.. haah irfan berani.. so malam ni irfan tidur dalam bilik irfan lagi ye.. jadi secara tak langsung aku rasa aku dah menggalakkan dia untuk tidur sendiri dan dia pun rasa seronok sebab dia tahu apa yang dia buat tu merupakan satu achievement yang besar untuk diri dia dan dia akan rasa bangga sebab dapat tunjukkan progress dia tu kat kita. Mesti dia rasa seronok bila mamanya sendiri appreciate and acknowledge apa yang dia buat.

Sekarang alhamdulillah, umur dia now dah 3 tahun setengah.. dan dia dah boleh sesuaikan diri dengan rutin harian dia dan masuk tidur sendiri dalam bilik dia tanpa perlu aku teman. Selalunya bila dia rasa ngantuk dia masuk bilik dan landing atas katil.. aku suh dia baca Al-fatihah dulu.. aku tengok je kat pintu bilik dia.. dan lepas tu dia terus tido.. tu kalau dia penat sangat.. kalau tak.. lepas baca Al-Fatihah.. mata dia akan terkebil2 dan nyanyi sorang2 sampailah dia tertidur.. tapi kadang2 aku luangkan jugak masa baring2 sebelah dia dan bacakan dia buku cerita sampai dia tidur. Ye lah sudah pastinya aku pun rindu jugak saat2 nak baring2 dengan dia kan.. Yang best sekarang malam2 dia dah tak menyusu lagi..

Begitulah serba sedikit cara aku trained dia tidur di bilik sendiri.. Pertama bende yang aku rasa penting sangat is ALWAYS BELIEVE IN YOUR CHILD.. don't say No before we try.. walaupun masa tu aku rasa dia kecik lagi untuk buat semua ni.. tapi aku selalu tanamkan rasa percaya terhadap diri dia.. aku selalu have faith in him.. aku selalu pikir he can do it.. aku selalu percaya yang dia boleh lakukan. tetapi dalam masa aku nak mengajar tu mestilah banyak onak duri yang kena tempuh kan.. heheh takpe.. releks.. aku tak paksa2 dia.. kalau rasa dia tak boleh.. cuba pula dengan pendekatan yang berbeza.. pada aku.. budak2 ni akan senang dapat dalam keadaan dia seronok melakukannya.. jadi cara aku adalah supaya dia seronok apabila dia buat sesuatu.. bukan sebab terpaksa..

itu sahaja buat kali ni.. buat semua, good luck! hope this will help.. love to share the parenthood skill with you guys.. and i'm still learning to be a better mom.

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors