Sunday, March 1, 2009

Picnic hujung minggu

Teka kat mana? :D








Keadaan sekarang:


~ penat tapi sangatlah teruja!

~ masih terasa bergoyang2 macam dipukul ombak :p

~ irfan mengalami sunburn tahap teruk macam udang kena bakar

selepas berendam dari 9am - 1.30pm!!!

~ ada orang tu mengalami sakit tekak sampai takleh bercakap sebab tertelan air masin banyak sangat.. macamana lah dia nak meeting nanti ni.. huhuhhu


~ irfan dan babahnya sudah terlentang kepenatan.. dan saya bakal menyusul.....



----------------------------------------------------------------------------------------------------

update isnin.. 3.08pm

Ye betul.. PD lah ni.. tak percaya?? betul PD.. hehhee.. bukan apa.. ada kawan2 saya yang tak percaya bila saya kata pegi PD je.. sebab kata mereka air nyer jernih.. saya ngan family pun kurang percaya mula2 tengok PD macam dah ok sket pantai dia.. tak lah keruh macam dulu sampai was was nak mandi.. ni nak terjun sambil buat summersoult berputar pun dah tak ragu2 lagi.. pasir pun derang dah tambak baru.. mungkin nasib kami baik hari tu.. atau mungkin PD dah ok sekarang, tak tau lah... janganlah di compare dengan jernih pulau redang .. pulau kapas.. pulau perhentian yang sah2 pulau tu kan.... tapi ok lah.. hanya jarak satu jam je dari rumah kira sangat berbaloi kami ke sana hari tu... kalau beach PD je paling dekat rasanya kan..?

Plan last minute act.. sebab babah irfan dah berjanji dengan irfan masa dia balik Korea hari tu katanya nak bawak irfan mandi laut.. main pasir.. sebelum irfan tuntut apa yang babah dia cakap tu , jadi kiter pun plan short trip ke Teluk Kemang PD.. sampai sana lebih kurang nak dekat kul 9.. air pasang masa tu.. budak2 ni dah tengok air.. dah tak sedar diri derang tu masih kecik2 lagi.. tau tau nak terjun je... jangan kata kanak2 mak2 ngan bapak budak pun sama join sekaki... atok ngan nenek pun ikut sekali.. jadi hari tu mak2 ngan bapak2 pun ambik kesempatan hari tu naik banana boat gi ke tengah laut.. saya 1st time naik tu .. cuak tak ingat.. rasa nak termuntah2 pun ada masa dia bawak laju langgar ombak tengah2 laut tu.. dah la baru pas makan nasik lemak.. kalau termuntah tak ke naya? Tapi best lah.. cuma takde lah gambar kami naik tu nak pamerkan kat sini.. maklumlah takde org nak amikkan..

memang puas hati sangat lah hari tu.. sebab yang penting irfan and cousins enjoy this time betul2 mandi laut nyer agenda.. pulun habis lah derang sampai ke tengahari baru naik... pastu bawak bekal sandwich, nasik lemak , kuih, salad semua.. wah!!! sunguh2 bercanda di pasiran pantai lah kami... budak2 ni pun mandi sampai ke tempat dalam yang takleh jejak kaki tu.. berani sungguh budak2 zaman sekarang! impaknya sekarang kulit muka ngan badan masing2 dah macam ala2 tanned camtu.... tapi irfan bukan tanned lagi.. dah merah sambil ada effect bengkak2 sket...LOL! tidak menghairankan kalau ada yang tak kenal dia sekarang ni..hihihihi.. tak kisah.. yang penting kiter enjoy!!

Next month bolehlah pegi lagi... wah! sunburn belum ilang.. ada hati nak pegi lagi..ikikikikiki :D






ni kemain abahnya.. membuat terjunan 180 darjah dekat ombak sambil diperhatikan macam tak puas hati oleh pemandu boat di belakangnya tu... ekekkek..

Saya seperti biasa tak banyak lah ada dalam gambar... maklumlah asyik pegang kamera.. tapi takpe.. yang penting rakyat jelata berpuas hati... ni satu gambar saya tengoh main2 onbak di samping ayah saya... iaitu atuk mereka.. nenek tak mandi.. nenek dok tepi je dia kata nak tolong tengok tengokkan barang... :-)



Akhir kata....
Holiday portrait, anyone???? ( wah... sempat... :p)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors