Thursday, April 16, 2009

Sabah & Kuantan, here we come~

helo peeps!

Ok entry ke dua untuk hari ini :-) Sebenarnya berita ni dah lama saya terima dan simpan cuma tunggu masa yang sesuai je nak share dengan kawan2 semua.

InsyaAllah May bakal merupakan bulan yang sibuk lagi pada saya di Eyes of Grace. dan May juga bakal mencipta sejarah buat saya.. Alah.. tidaklah sehebat mana.. cuma saya merasakan ia merupakan suatu kemajuan buat EOG untuk melangkah satu lagi tapak ke hadapan.

Sebelum ini, saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang adakah saya willing to travel out of KL to have the photoshoot job? paling jauh pun yang saya terima adalah satu majlis Birthday di port Dickson. Masa tu saya belum bersedia untuk ke negeri2 lain lagi dan banyak perkara yang kena difikirkan. Tapi sejak awal tahun ni alhamdulillah, hati sudah terbuka.. dan diri pun sudah bersedia.. makanya.. pucuk dicita.. ulam mendatang! :p Saya sudah bersedia untuk melangkah jauh lagi selepas ini :-)

Dan.. May bakal saya tempuhi dengan pengalaman ambil gambar luar dari KL territory :-) Apa yang lebih mengujakan adalah bukan setakat luar KL malah insyaAllah saya berpeluang melebarkan sayap ke negeri di bawah bayu; Sabah.

Pada sesetengah photographer perkara ini mungkin satu yang terlalu biasa pada diri mereka. Tetapi tidak pada saya dan Eyes of Grace.. Yelah.. bergantung 100% sepenuhnya kepada Children & Family portrait membataskan saya untuk berangan dapat job luar dari KL lebih2 lagi di Sabah terus.. tentulah sesuatu yang sangat mengujakan pada saya dan tak pernah saya sangka. Pada saya, ada ke client yang sanggup mengeluarkan duit menampung perbelanjaan perjalanan saya dan juga duit penginapan semata-mata untuk menerbangkan saya ke lokasi pengambaran dan mengambil gambar mereka hanya untuk 2 jam sessi photoshoot.

ye.. saya tak sangka... kerana ada client yang sanggup sponsor tiket penerbangan dan hotel saya dan keluarga di sana nanti. Tentulah saya merasakan itu satu penghormatan yang besar dan penghargaan buat saya. Sekurang-kurangnya saya tahu ada yang betul2 menghargai kerja2 saya selama ni.. :-) dan saya memandang itu sebagai satu tanggungjawab yang besar.. yelah bila orang sudah meletakkan harapan yang tinggi, sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik untuk semua InsyaAllah.

saya berbesar hati menerima pelawaan client tersebut sambil rasa semacam tidak percaya.. kini tiket flight dan accomodation juga sudah confirm.. tinggal menunggu masa untuk terbang sahaja. Client itu sekarang menetap di London, dan akan balik bercuti di Sabah dalam May nanti.. dan dia ingin saya mengambil gambarnya dengan keluarga di salah sebuah resort cantik dan terkemuka di sana iaitu di Nexus Karambunai Resort, KK. Dalam masa yang sama, insyaAllah saya akan membawa suami dan anak saya untuk bersama2 saya ke sana jikalau tiada aral.. sebab tiket mereka pun dah confirm. Jadi kali ni merupakan trip bekerja sambil berjalan buat saya dan family. Siapa client tu? Nanti bila sudah selesai di sana nanti.. saya akan ceritakan tentangnya.. Cuma yang saya harap sekarang perjalanan dan urusan saya di sana nanti di permudahkan, insyaAllah.

Saya masih berkira-kira samada ingin membuka satu lagi slot photoshoot ketika saya berada di sana.. buat masa ni saya stick to plan A.. iaitu shoot satu keluarga tu dulu... dan selebih masanya saya akan berehat dan bercuti bersama keluarga saya pula.. tetapi jika ada permintaan dari orang Sabah yang berminat dengan perkhidmatan saya.. insyaAllah saya boleh reconsider dengan plan saya tu.. tengok keadaan k! Eh! ada ke orang Sabah yang tengok blog saya ni? kalau ada, dan berminat.. bolehlah bertanya melalui email saya k!! oh btw,
saya akan berada di sana insyaAllah pada 22-24 May 09.

Dan pada hujung bulan May pula, saya akan berada di Kuantan untuk satu Birthday photoshoot di sana. Birthday akan dibuat di Teluk Cempedak, oleh salah seorang client setia saya. (Dear "N" u know how much i appreciate this). Jadi di sini saya nak buat pengumuman, jikalau ada orang Kuantan dan kawasan di sekitarnya yang berminat untuk sessi photoshoot dengan saya, bolehlah contact saya melalui email. Saya akan stay di hotel berhampiran pantai, juga di sponsor oleh client tersayang.. :-) jadi sessi photoshoot tu nanti kiter boleh buat di tepi pantai k!! Dan saya dan keluarga insyaAllah akan berada di sana pada 29-31May 09. Sessi photoshoot yang saya buka ni adalah pada slot pagi Ahad 31st May 09. So.. tengoklah schedule masing2 sekarang, kalau ada yang free dan berminat boleh buzz saya terus k!

Ok itu sahaja yang saya nak kongsi dengan semua. Oh!! lagi satu saya nak bagitau, walaupun bukan untuk tujuan sessi photoshoot sekalipun, kalau lah ada mereka yang kenal saya dari Sabah ataupun Kuantan, dan nak bersessi 'teh tarik' dengan saya, boleh call saya terus k! InsyaAllah kalau masa dan keadaan mengizinkan.. kiter boleh jumpa!! :-) dan kenal2! :-)

Buat semua viewer dari luar kawasan KL, dari kedah ke.. Penang ke.. Johor ke.. kalau ada yang membaca ni.... kalau ada yang ingin memberikan kepercayaan kepada saya... kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. :-) we calling2 and email2 k!

Ok.. till next entry..

Love,
Zubye


15 comments:

precious innocent April 16, 2009 3:25 PM  

congrate u to!!!

esok2, ada la photoshoot ke overc lak..

-mama emma-

Zubye,  April 16, 2009 3:39 PM  

Hi Emma..
u've been a very supportive client and a good friend to me.. Thank you for all the wishes and supports.
I take it as a Doa..
AMIN :-)

wolverina (London),  April 16, 2009 4:04 PM  

I can't wait either Zubye ;)

dilaOHdila April 16, 2009 4:14 PM  

tahniah zue
kak dilla doakan yang terbaik
melangkah lebeh jauh. tawakkal dan Keyakinan tu perlu. Kalau urang lain boleh buat yang terbaik hang pun akan boleh jugak. Yakini diri insyallah. Masa depan hang sungguh cerah. kak dilla tumpang gembira sama:-)takecare

wansu April 16, 2009 4:22 PM  

tahniah zubye....sronok nye keje sambil jln...

wang ringgit pd sesetengah org bukan lagi menjd ukuran asalkan dapat sentuhan EOG yang malatoppp...

yee betul kata mama emma...tak mustahil satu hari nanti dpt sponsor ps kat oversea...

Zubye,  April 16, 2009 4:24 PM  

Ina!!
Take care!!! tak sabor nak jumpa ko! After 19 years kan.. lama tu..

Kak Dilla!!!
Hi kak!!! rindunya nak baca komen akak sebab selalunya ur supporting words tu memang menaikkan semangat saya.. Tima kasih banyak2 kak!
Akak dah sihat ke?? dah discharge dari hospital? Take care tau!!

Zubye,  April 16, 2009 4:27 PM  

kak wan..
Ya Allah.. nak bagi saya nangis eh di petang2 hari ni? tima kasih kak.. saya tau akak mesti akan sokong saya punya kan kan :p tima kasih la banyak2 tak tau camne saya nak balas.. huhuhu alamak saya emo...

AQisH April 16, 2009 6:00 PM  

den tau sapo client itewww nnt kem salam byk² kat dia ngan kakak dia tu eh hehehe..

kuizikel April 17, 2009 10:59 AM  

wah kak zubye.... congrats sgt2.. smoga maju ber km km lagi :)

Sofuriah @ Sofu @ Sufei April 17, 2009 11:52 AM  

zubye, sukanya baca citer awk
tumpang gumbira dgn kejayaan awk
cuma blm dpt merasa lagi sentuhan EOG....InsyaAllah masanya akan tiba..rezeki kita bertemua akan smpai jua..
apapun...tahniah.dh mula gerak kuar dari KL nih..

peeks by Min April 17, 2009 2:55 PM  

congrats! another BIG step to the future. CONGRATS!

Shah April 20, 2009 1:07 AM  

Tahniah!!! Lepas nih boleh jadi International Kids & Families Photographer la pulak...

kellykiyut,  April 20, 2009 12:24 PM  

wow kak zubye...surely this is and expanding business of urs!!alhamdulillah...ini semua berkat usaha dan kerja ikhlas kak zubye!!bila nak panggil kak zu bye bnalik nih...surely i will buzz buzz buzz....bestnya nak pi bekerja sambil bercuti!!!

Zubye,  April 22, 2009 12:52 PM  

Kak iti..
ko tak nak ikut ke??? jomlah!!! boleh jumpa derang :D

Kui..
Thanks Kui.. amin.. amin..

Milin..
thanks milin :-)

Kak Sofu..
Tak pe kak.. tak berkesempatan hire lagi pun tak pe.. akak masuk blog saya tengok gambar yg saya amik kat blog ni pun.. saya rasa dah cukup berterima kasih sangat dah ngan support akak tu.. thanks kak ye :-)

Min..
Thanks for the support man!

Shah..
thanks.. Amin :-)

Kelly..
miss u! thanks for all the supports all this while ye dear.. takpe.. bila2 pun bleh.. take a good care of the baby k!!

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors