Wednesday, April 8, 2009

Si empunya kasut pink - cont ~

Nabila. Last saya jumpa dengannya adalah pada January lepas sewaktu ambil gambar portrait keluarganya. Sebelum itu saya berkesempatan ambil gambar Aloha Partynya tahun lepas. Di situlah detik perkenalan kami.. hehehhe..Hari itu jumpa dia tak banyak beza. Mungkin kelihatan sedikit tinggi rasanya. Malu-malu pada awalnya. Tapi bila saya tanya kenal lagi tak dekat saya, dia hanya mengangguk dan tersenyum. Lepas satu point.. hehhehehhe sebab dia sudah kenal saya maka saya mengharapkan dia selesa bersama saya.



Ambil gambar Nabila memberikan saya kepuasan yang agak berbeza sedikit. Kali ini awal-awal lagi saya katakan dekat mommynya yang saya hanya ingin berdua sahaja dengannya. Tidak susah permintaan saya itu dipenuhi, lebih2 lagi ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan mommynya ;-) mommy dan nenek Nabila hanya memerhatikan kami dari jauh. Pada awalnya agak kekok juga nampaknya Nabila ingin beraksi di hadapan kamera saya, tapi lama kelamaan saya lihat dia semakin mesra dengan kamera dan sangat fotogenik walaupun saya tak dengar sangat dia bersuara hari itu, tapi melihatkan wajahnya yang sentiasa tersenyum, saya tahu itu adalah sessi yang menyeronokkan untuk nya. Dan untuk saya juga :-)



Saya mempunyai permintaan kepada clinets dan juga bakal clients saya di luar sana :-) Kalau boleh berikan saya peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak kalian berdua sahaja ketika sessi dijalankan. Melalui pengalaman, saya merasakan mereka menunjukkan dua karaktor yang berbeza apabila ibu dan bapa ada berdekatan dan ketika ibu dan bapa mereka tiada waktu itu. Terasa sekali sebenarnya mereka tidak malu-malu langsung dengan saya, malah mereka bebas melakukan apa sahaja di hadapan saya, tanpa perlu risau ada ibu atau bapa mereka menegur ataupun menyuruh mereka pose bermacam2 gaya. Ya, hasilnya memang agak berbeza. Di samping saya bebas menguji kreativiti saya, malah kanak-kanak itu lebih cenderung menjadi diri mereka yang sebenar. Konsentrasi saya juga sebenarnya agak terganggu jika ada ibu bapa yang seolah-olah memaksa anak2 mereka posing di hadapan kamera saya.. sedangkan pendekatan saya mengambil gambar bukan begitu. Jangan risau, saya pasti akan menjaga mereka sebaik mungkin ketika berdua sahaja, dan kami akan enjoy the moments. Saya Jamin! Minggu lepas pun saya berpeluang spent time berdua sahaja dengan 'subject' saya. Dan hasilnya agak memberangsangkan ;-)















Oklah, buat Nabila.. thanks for the lovely moments we spent together. Auntie enjoy sangat2 dan sessi pun berjalan very2 smoothly hari tu dan dalam masa yang singkat sebab Nabila give auntie 101% of your co- operation. I'm looking forward to meet you again at the session with your little sister, Dania pulak k! To Dian, thanks for your trust and for the friendship :-)



"beautiful...! thanks for the great job zubye..next session si Dania..pulak..she's soooo unpredictable..I am not sure of her mood..kena fine tune dulu..! hihih unless buat kat rumah la..how how?"
~Nabila's mom; Dian

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors