Thursday, April 16, 2009

Update on my schedule :-)

Nampaknya sudah ada email yang bertalu-talu masuk bertanyakan tentang Mother's Day Promotion EOG yang biasanya saya buat May setiap tahun..

Sebelum membuat orang menjadi lebih tertunggu-tunggu rasanya lebih baik lah saya umumkan di sini terus.. takut kalau2 lah ada yang berharap :-(

Ok, saya nak memaklumkan di sini bahawa tahun ini TIADA Mom's Day Photoshoot Promotion seperti tahun-tahun yang sudah. Saya minta maaf banyak-banyak sebab promo tu dah macam promosi tahunan Eyes of Grace, tapi pada tahun ini, saya tak dapat nak buat sebab nampak gayanya schedule April-May saya sudah pun penuh. Dan saya tidak dapat cari atau selit-selitkan slots yang free untuk promo tu.

Sejak awal January lalu, ramai clients yang sudah mula book tarikh2 permintaan mereka sehingga tengah tahun ini iaitu June 09. Alhamdulillah :-) Tapi InsyaAllah saya akan buat promosi HEBAT lagi pada masa akan datang.. mungkin June? Mungkin July? saya akan umumkannya kelak. Jadi jika ada yang berminat untuk mengetahui promotion Eyes of Grace dengan lebih awal, boleh Email saya di eyesofgrace@gmail.com. dengan tajuk "EOG PROMOTIONS" Apabila saya sudah finalized kan tentang promotion tu, saya akan menghantar pengumuman melalui email terlebih dahulu kepada sesiapa yang berminat dan akan memberi priority dulu kepada mereka. Dan kemudian baru saya akan open di blog :-) sounds good kan? Selalunya promotion yang saya buat sangat terhad bilangan slotnya. Mungkin dalam 5 slots sahaja macam tu. Jadi saya tetap meneruskan tradisi "sapa cepat dia dapat" pada setiap promosi yang saya buat. Saya akan berusaha untuk membuat satu column untuk EOG Fan Club di blog ini, dan bila sudah ada nanti, segala promosi akan diberi keutamaan terlebih dahulu kepada ahli club EOG tu k! ;-)

Oklah.. ini je pengumuman yang saya nak buat tentang schedule saya pada bulan April dan May. Walaubagaimanapun, saya masih ada few je lagi slots yang available untuk bulan June. Jadi, jika masih ada sesiapa yang berminat, boleh lah email saya.. untuk discuss dengan lebih detail k!

Pasni ada satu entry special saya nak buat.. hehehhe.. thanks sebab sentiasa jenguk2 blog saya ni k!!

Take care!

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors