Thursday, May 28, 2009

Kisah cinta Ara




Sewaktu Ein menelefon untuk temujanji kami.. dia mengatakan keinginannya untuk merakamkan gambarnya dengan puteri kesayangannya; Ara sebelum dia melahirkan anak kedua. Katanya.. terlalu banyak kenangannya berdua dengan Ara, ke sana kemari berdua sahaja.. jadi sebelum hadir 'orang' ketiga antara mereka, teringin sekali dia ingin mengabadikan saat-saat itu dengan Ara. Berdua. Ye, hanya mereka berdua di samping adik yang bakal di lahirkan nanti.. Katanya ingin dia merakamkan "bonding" antara Ara dengan adiknya sejak adiknya berada dalam kandungan lagi.

Saya bertuah kerana diberikan kesempatan itu. Mendengar permintaannya sahaja buat naluri keibuan saya tersentuh. Walaupun saya hanya baru ada seorang anak, tetapi saya faham sangat perasaan itu.. faham perasaan kerisauan seorang ibu.. adakah dia mampu menyayangi anak-anaknya secara sama rata tanpa berbelah bahagi buat semua anak2nya. Faham benar dengan perasaan sayunya melihat anak sulung yang mungkin lepas ini tiada perhatian 100% lagi untuknya. Faham benar kerisauan seorang ibu.. apakah si kecil Ara sudah bersedia menerima perubahan serta orang baru dalam hidupnya nanti. Ye, keadaan tidak akan sama lagi. Semuanya bakal berbeza. Dulu berdua, tetapi nanti bertiga.. Tapi yang pasti.. perbezaan keadaan itu sudah pasti kepada sesuatu yang lebih membahagiakan.. lebih menceriakan dan akan lebih memeriahkan kehidupan mereka sekeluarga nanti InsyaAllah.

Oleh itu, saya persembahkan di sini.. sebuah cerita tentang Kisah Cinta Ara... Cinta buat ibu dan bakal adiknya.. Saksikanlah :-)


















Sepanjang sessi, segalanya ceria... Ara bijak mengatur langkahnya.. meleret senyumnya.. dan melihat kemesraan mereka berdua.. mencipta satu kedamaian di hati. Ara.. si kecil yang manja.. manis sepanjang masa.. Sebenarnya.. i fell in love woth her eversince the 1st time we met at Girl-Charms' model photoshoot 2 years back kalau tak silap. Masa tu saya dalam diam2 asyik memerhatikan dia.. sungguh sopan tingkah lakunya.. kecil sahaja dan pendiam. Dan kini pun dia masih seorang yang sangat lembut.. kalau menangis atau merengek pun.. penuh dengan kesopanan.. hehhe..



















Dan kesempatan ini juga saya ambil untuk merakam gambar solo ibunya.. yang gayanya seperti seorang model :-) si ibu terlalu tenang dan bersahaja di hadapan kamera.. hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa.. ada satu ketika jari saya tak berhenti menekan shutter.. tetapi ada waktunya pula dua2 ketandusan idea.. hingga saya pun tak tau dari sudut mana pula harus saya rakamkan ibu yang masih gorgeous yang bakal beranak dua ini :-) Alhamdulillah, mudah bekerjasama dengan mereka berdua.. hinggakan terasa cepat sangat waktu berlalu.






















Ein sedang menunggu saat melahirkan. entah esok entahkan lusa. Kerana due nya sudah sampai. Saya doakan segalanya selamat.. semoga Ein memperolehi anak kedua yang sihat tubuh badannya.. dan Ara bakal mempunyai teman bermain yang comel tak lama lagi insyaAllah.



Buat Ara, ye.. Ara tidak akan keseorangan lagi selepas ini.. kasih ibu juga akan diberikan kepada adik Ara. Walaupun fizikal kalian nanti mungkin berbeza.. tetapi kalian tetap lahir dari rahim yang sama. Kasihi ibu dan adikmu ok!!









InsyaAllah kisah cinta Ara akan bersambung lagi selepas ini.. bila saya dapat mengambil gambar Ara dengan adiknya yang bakal dilahirkan tak lama lagi insyaAllah.



Nantikan episod kedua itu ye! :D



and oh ya.. enjoy the slide show ya!



"I COULDN'T HAVE PUT IN BETTER WORDS the way you describe my love towards my girl ARA the way you do Zubye.As a mother, you know better.Thank you soo very much for making this so real and so memorable for both of us.I'm pretty sure a lot more hearts were touched seeing this magical shots! MAGNIFICENTLY DONE!"


~ Ein


Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors