Tuesday, May 12, 2009

CONTEST lagi!

Minggu lepas saya tengok blog salah seorang dari client saya. Dalam blognya tu ada letak gambar dia yang berlatarbelakang kan cubicle dia di office. Dekat mejanya penuh dengan gambar2 anak2nya yang pernah saya ambil. Saya sungguh terharu. ye lah.. secara sedar atau tak.. dia telah tolong saya mempromosikan EOG kepada kawan2nya pula.. Thus, saya mendapat idea untuk buat contest yang ni..

Ok.. para client atau bekas client ku sekalian!! Contest yang ini khas untuk kamu pula sebagai tanda saya menghargai sokongan tak berbelah bahagi dari client2 ku tersayang :-)

caranya mudah saja.. hehhehe..

1- Saya ingin tahu apa yang kamu buat dengan gambar2 yang telah kamu terima dalam CD tu lepas ambil gambar dengan saya.

2- Simpan? Print? Letak dalam album?

3- Ambil gambar hasil dari kreativiti kamu tu.. contohnya.. kalau kamu framekan.. amiklah gambar frame2 tu.. kalau kamu letak sebagai wallpaper computer, amiklah gambar komputer tu.. etc..

4- Upload gambar yang kamu ambil tu kat mana2 image hosting (Flickr best sket.. sebab resolution dia cantik :D)

5- Dekat entry ni.. bahagian komen sila letak penyertaan kamu dengan paste kan link gambar yang telah kamu upload tadi..kemudian.. tulislah serba sedikit ulasan tentangnya.. sebagai contoh..

"saya frame besar gambar keluarga saya yang EOG ambil kemudian saya gantung di wall ruangtamu rumah. Mak mentua saya datang dia suka tengok dan kata.. beruntung anaknya kerana beristerikan perempuan cantik seperti saya..LOL!"

atau..

"Saya susun sederet gambar2 kami yang EOG ambil di opis.. kawan2 opis saya tengok.. ada yang jeles.. ada yang suka.. ada yang menitiskan air mata.. dan dalam diam-diam mereka pun terus membooking satu slot dengan EOG tanpa pengetahuan saya.. LOL!"

atau..

"Saya letak dalam album cantik2 gambar yang EOG ambil.. sedara mara saya datang rumah.. hampir nak terkoyak album tu kerana berebut2 ingin melihatnya.. LOL!"

atau..

"Saya tak buat apa2pun dengan gambar2 tu semua.. ada elok dalam CD.. tapi saya sebelum keja mesti pasang dekat CD dulu nak tengok muka kami anak beranak :D"

ok.. tu contoh je ye.. bolehlah tulis apa yang kamu suka :-)

6- Tak kisah banyak mana penyertaan pun nak dibuat oleh setiap client.. ye lah kan.. gambar2 tu kan banyak.. mungkin banyak jugak lah yang telah kamu buat untuk setiap gambar. Tapi satu komen, satu penyertaan.

7- Tiada kriteria spesifik untuk dipilih sebagai pemenang.. Bergantung kepada budi bicara saya ... satu2 nya juri yang mempunyai kuasa veto dalam ini contest LOL! Pemenang dikira mungkin dari segi kereativiti mereka.. boleh buat saya gelak ke.. senyum ke.. terharu ke.. nangis ke.. ehhehehe..

Hadiahnya??? yer... Hadiah nya adalah berupaaa....

1 (Satu) canvas print bersaiz 16 x 24 inches untuk diletakkan gambar kamu sekeluarga yang EOG ambil tu. Besar tu tau!! Boleh refer kat link product untuk lihat contoh.

Menarik ke tak contest yang ni? Hehehhe.. saya tau mesti ramai jugak yang hanya perap gambar2 tu kat dalam CD yang saya bagi dan tak sempat nak printnya (jangan risau.. itu normal.. sebab saya sendiri pun tak sempat nak print gambar2 anak saya semuanya :p).. ok inilah masanya.. boleh tunjuk kreativiti masing2 dengan apa yang kamu lakukan dengan gambar2 tu..

ok client2 tersayang ku sekalian.. SELAMAT MENCUBA!

ps: btw, saya ada post entry ni dekat my FB. so penyertaan yang kat situ pun dikira sah juga:D

16 comments:

Miss Moon May 12, 2009 12:08 PM  

mmg menarik la zubye ...wahhhhhhhhhhhhh nak jugersssssssss kena gie jumpa zubye la pasnih suh zubye amik gambo moon sekeluarga

nuruLito May 12, 2009 2:22 PM  

akak, kalau nak buat Canvas Print 16x24 inches, brape harganya ek?

-ummu amin- May 12, 2009 3:54 PM  

salam k zubye, nak jadi first contestant boleh?? :) actually we're not EOG genuine clients as we got the photoshot session FOC as our present from CuteFam contest organized by lilcaliph.com last year, but actually i've been dreaming to book EOG much much earlier cuma slalu miss the dates.. i've made my most fav pic from the photoshot as my laptop wallpaper.. bila pergi meeting my frens slalu tegur my wallpaper.. comment yg plg best didengar 'pic model iklanke nih?' punyalah comel n lawanya pic tuh smp diaorg ingat my son jadi model iklan :) thanks to k zubye for her lovely shots!! http://farm4.static.flickr.com/3304/3524228465_133113f97b.jpg

-ummu amin- May 12, 2009 4:02 PM  

second entry... some of the pics taken has been published in my blog and our family photo has been made as my profile picture.. rasa seronok tgk pics tuh over n over again... the pics has made my blog cheerful.. i like!!

http://wardah15.blogspot.com/2009/01/photoshot-amin-with-zubye.html

http://wardah15.blogspot.com/2009/01/our-family-potrait.html

mama_alifsarah May 12, 2009 5:26 PM  

alamak...CD kita tak sampai lagi...camane nak joint contest ni.. :(

Mr. Mrs Zaidi Diaries May 12, 2009 7:03 PM  

nak join gak lah

Memula sekali saya wat entry gambar yang diterima kat blog.. lamo dah wat entry nye maklum lah excited kekekeke...url nye

http://wanahere.blogspot.com/2009/02/few-pic-for-photo-session-with-zubye.html#links

http://wanahere.blogspot.com/2009/03/photo-album-by-eyes-of-grace.html#links

http://wanahere.blogspot.com/2009/03/gambo-yang-wat-aku-tersenyum-simpul.html#links

Macam yang saya tulis dalam entry blog saya.. gambar2 ni wat saya tersenyum simpul .. sonok sangat tengokk sebab rasa tak puas....ramai kawan-kawan tanya pasal gambar tu.. dorang kata cantik.. bila orang kata camtu saya rasa berbaloii... walau pun berpanas terik dengan anak dan suami bergambar...

Mr. Mrs Zaidi Diaries May 12, 2009 7:07 PM  

Lepas dapat gambar dan CD tu.. terus jek gi cuci.. memang dah plan nak cuci dan letak kat wall senang nak tengok bile marah2 tengok dinding gambar family ngan anak.. terus lega...

pastu balance gambar yang Zubye tak cuci saya cuci sume.. hehehe ada lagi dua keping gambar anak cuci lebey letak kat umah mentua dan mak saya kat kampung.. hehehehe


http://www.flickr.com/photos/38330232@N04/3525300140/in/photostream/

Mr. Mrs Zaidi Diaries May 12, 2009 7:09 PM  

Selain dari tu saya hantar jugak gambar Izz yang di ambil oleh Zubye ke Pa & Ma untuk pertandingan Bayi Comel.. saje cube nasib.. kalau tak terpilih pun takpe... janji cube kan

Shah May 12, 2009 9:51 PM  

Sayangnya saya tak dapat book untuk 10 May ari tuh... Dah penuh katanya... Huhuhu... melepaslah... Dahlah sekali jer gi KL... ish.. ish.. ish...

Takpa, ada rezeki nanti saya book gak...

mama zharfan May 19, 2009 9:04 AM  

hi zubye...contest ni bila due datenya yer? ingat nak join jugak kalau sempat :)

zubye May 19, 2009 2:01 PM  

contest ni ends hujung bulan 6 :-) so sempat lagi amik gambar cantik2.. hehhe

Bubbly BuBu May 20, 2009 3:48 PM  

Kita nak masuk jugak hehehe

http://www.flickr.com/photos/21379781@N03/3548416746/

Ini adalah gambar-gambar yang diambik oleh aunty zubeye masa birthday nurin tahun lepas.

Mama dan PaPa tempek gambar-gambar ni dalam frame dan gantung kat dinding. MaMa dan PaPa selalu suka tunjuk gambar ni kat Nurin so Nurin boleh kenal ‘Mana satu PaPa, Mana satu MaMa, Mana satu Nurin??’

Tapi kan Nurin lebih berminat dengan background gambar tu…’Maman..Maman..’

Ohh rupanya Nurin suka tunjuk gambar ‘Taman’.

Background tu adalah taman permainan yang dekat dengan rumah Nurin sebab Nurin selalu ingat petang-petang Papa bawak dia jalan-jalan dan main-main kat taman…huhuhuuh

Bubbly BuBu May 20, 2009 3:49 PM  

Kita nak masuk jugak..nak masuk jugak hehe

http://www.flickr.com/photos/21379781@N03/3548416746/

Ini adalah gambar-gambar yang diambik oleh aunty zubeye masa birthday nurin tahun lepas.

Mama dan PaPa tempek gambar-gambar ni dalam frame dan gantung kat dinding. MaMa dan PaPa selalu suka tunjuk gambar ni kat Nurin so Nurin boleh kenal ‘Mana satu PaPa, Mana satu MaMa, Mana satu Nurin??’

Tapi kan Nurin lebih berminat dengan background gambar tu…’Maman..Maman..’

Ohh rupanya Nurin suka tunjuk gambar ‘Taman’.

Background tu adalah taman permainan yang dekat dengan rumah Nurin sebab Nurin selalu ingat petang-petang Papa bawak dia jalan-jalan dan main-main kat taman…huhuhuuh

Ct Farah May 22, 2009 3:49 PM  

Mmg teruja bila tgk semua pic cun2..Hampir 300++ pcs picture yang diambil, semuanya farah cuci..walaupun 40pcs akak dh cuci, tapi farah terus bagi CD kat Tokey Kedai suruh cuci semua..hampir 8 album gak tu...

Untuk pengetahuan akak, gambar2 tu semua Farah tak simpan dalam CD je..byk gak Farah dh edit..

1) Farah ada frame ke beberapa picture dan diletakkan dalam bilik tido..paling syok Chuya ari2 nak tgk before tido..hahhaah

2) Partition opis Farah nie jgn cite ar..mmg penuh dengan gambar2 tu..senang bagi orang tgk..nanti leh promote akak sekali..hahahah

tak banyak yang farah download sebab masih belajar lagi pakai Flickr nie..kekok lagi..harap maklum je la ek...

just drop link nie...picture seterusnya akan di upload dlm masa terdekat k..harap akak sudi tgk..

http://www.flickr.com/photos/sitifarra

mama zharfan June 20, 2009 10:56 AM  

hi zubye...
i dah join!! feel free to read my entry at my blog yer :
http://suzie284.blogspot.com/2009/06/thanks-eog-for-sweet-moments.html

anyway, a lil bit from my story at the blog:

first, i uploaded all the pics into picasaweb, so that all my friends & relatives can view it. here is the link:
http://picasaweb.google.com/suzie284/Zharfan3rdBday#

senyum sampai ke telinga bila dpt pujian about the quality of the pics, nice shot etc...so sempatlah promo eog kat all my friends!

then, pilih2 pics from the 3 cds (total 476 pics) utk di print. then letak kat dlm frame - i memang suka sgt2 beli + collect frame gambar utk di letak gmbr2 ni, as decoration kat rumah - setiap sudut, dan juga kat office!
most of the frames I beli masa I kat Nottingham (year 2007), as the design is somehow sweet & unique - comparable to the lovely and high quality of the pics. Some of the printed pics (ada yg Zubye print kan), I letak dlm album khas which is meant for my Zharfan bday pics!

then buat desktop wallpaper kat my pc kat ofis, kat umah dan laptop kat umah.

all the 3 cds semunya dah di copy ke dlm pc kat ofis, kat umah dan laptop kat umah. So I can view all the pics anytime...especially masa tengah tension kat office, I selalu take a break by viewing all the pics again and again with a smile on my face.

ok zubye..have a nice day yer (best jugak kalau dpt menang contest ni...who doesn't want to win anyway :p) --> happy judging!

sue@ummi madihah July 2, 2009 3:09 PM  

salam,

k'zubye saya pn naj join jgk...
biler tarikh ttpnyer...

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors