Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Sewaktu kecil.. saya merasakan leteran ibu adalah sesuatu yang menyakitkan telinga.. ibu saya ketika dahulu suka berleter.. tapi dengan leteran itulah dia berjaya menbentuk siapa diri saya sekarang.. dan dia juga berjaya menbentuk anak-anaknya yang lain.. Saya sedar.. dia berleter bukan kerana membenci.. tetapi kerana kasih sayangnya dan ingin menjadikan saya seorang insan berguna.. Tidak seperti babah, ibu saya seorang yang tidak mudah untuk meluahkan rasa sayangnya terhadap anak-anaknya dengan perkataan... tapi setiap apa yang dilakukan untuk kami.. susah payahnya untuk kami dan pengorbanan yang dicurahkan buat kami jelas menunjukkan betapa sayangnya dia kepada kami semua tanpa ada sempadan dan syarat. Ibu seorang yang kuat dan tabah. Dari kecil kami berderet dan serba kekurangan dijaga dan dididiknya dengan sepenuh kudrat dan kasih sayang ... sehinggalah kami semua besar dan rezeki semakin bertambah dalam kehidupan ibu, ibu tetap memastikan anak-anaknyadapat hidup sempurna, sihat dan cukup serba serbi. Itulah ibu.. kasih sayangnya tiada terbatas.. mana mungkin kan dapat dibalas. Terima kasih Ibu.






Emak, seorang wanita tabah dan kuat membesarkan anaknya seramai 10 orang dan mengasihi menantu2nya seperti anak sendiri. Mak suka memberi nasihat.. membuatkan saya menganggapnya seperti mak saya sendiri walaupun bukan dia yang melahirkan saya.. Tapi emak lah yang telah melahirkan seorang insan hebat yang menjadi tempat saya dan Irfan berlindung kini iaitu suami saya. Didikan mak yang baik semasa suami saya kecil jelas memancarkan apa yang ada dalam diri suami saya sekarang. Sya bertuah mempunyai ibu mertua yang sangat penyayang dan memahami diri saya seolah-olah dia sudah mengenali saya sejak dari kecil. Jikalau ada masalah, emak lah tempat saya rujuk dan mak membuat saya ingin terus berusaha menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Walaupun kami jarang berjumpa kerana jarak kami yang jauh.. dia di Kuching dan kami di sini, tapi saya selalu rindukan mak.. dan kasih sayang mak terhadap kami saya ingat sampai bila2. Terima kasih Mak.



Itulah 2 orang wanita hebat dalam hidup saya.. satu yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan saya.. dan seorang lagi melahirkan suami saya.. Kedua-duanya ibu saya.
Saya sayang mereka. Selamat Hari Ibu buat mereka berdua.


Dan.. bertuahlah kita di dunia ini diberikan kesempatan menjadi ibu. Mari kita didik dan besarkan anak-anak kita dengan sempurna.
Selamat Hari Ibu :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors