Friday, June 12, 2009

Qistina sudah SATU tahun lah!




Syukur, panjang umur saya dapat merakamkan gambar2 Qistina sejak beberapa hari dia dilahirkan hinggalah dia menyambut hari lahirnya yang pertama. Di majlis ni.. Qistina nampak sungguh gembira sangat.. sepanjang pengalaman saya ambil gambarnya rasanya kali ini baru puas saya tengok dia bergelak ketawa dan dapat pula dengar suara dia yang halus tu. Tetapi.. waktu nak potong kek.. En. Cheeky telah berjaya membuat Qistina menangis kerana takut melihat mascot tu.. dan alamatnya.. memang kena sorok lah mascot tu agar tak kelihatan di mata Qistina. Kesian dia.. nanti auntie jumpa cheeky tu auntie babab2 dia eh!

Overall, party ni memang sungguh menyeronokkan.. dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan2 terdekat, meriahnya tetap terasa.. seperti biasa, kalau party di KFC mesti bermacam2 games nya kan.. party Qistina pun tak terkecuali.. cuma si birthday girl lah yang tak dapat join sebab belum cukup umur.. Takpe Qis.. besar nanti suh mommy buat lagi ye.. nanti kali tu Qistina pulak dapat berlari2 dan berjoget2 :-))

Buat Shy and hubby, Terima kasih banyak2 sebab dari awal ambil gambar Qistina hinggalah yang akhir ni.. awak tetap bagi sokongan padu pada akak dan EOG dan sangat2 memahami... awak bukan sahaja client pada akak.. malah dah jadi kawan dah pun :-) Sedih pulak rasa bila dah habis session ni.. Moga2 di masa akan datang kita akan berjumpa lagi k!



















Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors