Monday, June 22, 2009

What a Blast!

Salah seorang daripada mereka; Ina merupakan sahabat saya ketika di bangku sekolah rendah dahulu.. setelah keduanya masuk ke sekolah asrama di peringkat sekolah menengah, kami terus terputus hubungan sehinggalah hari tu kira2 18 tahun terpisah kami dipertemukan semula melalui Facebook.. Tahu2 dia dan suami kini sudah menetap di kota London.. menyambung pelajaran.. dan melalui itu juga dia tahu saya sekarang bekerja mengambil gambar sepenuh masa.. (heheh ye memang agak jauh dengan apa yang saya pelajari dulu).. tetapi sedikit pun saya tidak sangka dia akan hire saya untuk mengambil gambar keluarganya.. especially bila mereka bercuti di Sabah. Sebenarnya kakak Ina, Kak Niza menetap di Sabah.. jadi mereka gunakan kesempatan untuk bercuti2 di Nexus Karambunai Resort.. dan saya..secara peribadi amat rasa berbesar hati kerana dijemput untuk merakamkan saat2 mereka bercuti di situ.. lebih2 lagi apabila dia merupakan kawan saya sejak kecil dahulu. Bohong kalau saya kata saya tak teringat2 kenangan kami semasa kecil dahulu.. yang selalu belajar bersama.. 'bersaing' bersama2.. hehhe.. dan bertuisyen di rumah Ina bersama2.. Aku takkan lupa Na.. those memories.. aku harap the friendship will last forever.. dan aku doakan segala yang terbaik untuk ko dan suami di sana.. Buat kak Niza dan family.. akak sekeluarga memang best!! best sangat2! rasa bertuah dapat ambil gambar akak sekeluarga kat sana.. Bulan 12 ni kita schedule nanti ya!! ;-)

Oklah.. saya tau walaupun lewat untuk entry ni.. dan saya tahu ada 'seseorang' yang ternanti2 dengan gambar2 di sana.. :p jadi ni saya upload some of my favourite pics of them sekeluarga.. Selamat menonton! ;-)










































"Zubye. Thanks so much for the lovely photos. Every pics does tell a story, a beautiful story. Nampak mcm famili aku ni takde masalah dan ceria selalu je! ;D muahhhh. worth every penny and worth to be recommended to all my colleagues and friends. (*dah promote pon kat FB aku...hehehehe!)"

~Ina

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors