Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri


Di kesempatan ini saya keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat handai taulan dan para tetamu blog ini yang beragama Islam.

Saya dan keluarga akan pulang beraya ke kampung halaman suami di Kuching pagi esok. Tak sabar rasanya ingin balik beraya.. semakin dengar lagu raya semakin rindu rasanya dengan keluarga di sana.. tetapi keluarga dan sahabat handai saya di sini tetap tidak dilupakan.. nanti balik raya ke KL semula boleh kita beraya bersama2 ye..

Saya akan pulang dari Kuching pada 23 Sept dan terus beraya di rumah keluarga saya pula di Gombak, kemudian akan berangkat ke Johor pula InsyaAllah. Jadi saya akan terus bercuti sehingga 27 Sept. Saya akan kembali bekerja pada Isnin 28 Sept. Boleh hubungi handphone saya 019 3659274 jika ada sebarang pertanyaan atau urusan.

Selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.. dan semoga kita dapat mengakhirinya dengan rahmat di hati.

Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang saya berkarya di blog ini, ada yang terasa hati dengan kata2 saya.. atau ada yang menyinggung hati mana2 pihak.

Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu satu kebahagiaan kepada semua. Ciumlah tangan orang yang tersayang. Peluk erat mereka.

InsyaAllah panjang umur, kita berjumpa lagi!

8 comments:

liana September 15, 2009 4:11 PM  

selamat hari raya kak zubye...hope bleh trus dptkan perkhidmatan dr akak..hehehe

mama_alifsarah September 16, 2009 9:30 AM  

Salam Aidilfitri Zubye. Maaf kalau ada silap salah. Alif lately ni tanye bila nak jumpa aunti zubye lagi? mona pun tak tau apesal tiba dia ingat kat u plak..agaknyer pasal i letak gambar yang u amik tu kat dinding umah kot...jadi perhiasan raya kami tahun ni :)

tini,  September 16, 2009 10:34 AM  

Salam Aidilfitri untuk Zubye sekeluarga. Seronok nya balik beraya di Kuching. Saya tahun ni giliran di Muar, tahun depan insya Allah akan beraya di Kuching plak.

Imah Ishak September 16, 2009 11:06 AM  

Selamat Hari Raya to Zubye and Family. Will call u after raya for the photoshots. Nak redeem prize...ok Maaf Zahir Batin:)

Carol September 16, 2009 12:04 PM  

selamat hari raya kak zubye...

:: vErde+hAzizi :: September 18, 2009 3:22 PM  

salam...

hey babe...

Mr.Doc & I would like to wish YOU & FAMILY peace, happiness & prosperity on EID-UL-FITR!!!

May the divine blessings of ALLAH be with you & family on EID & Always!!!
:D

Shah September 23, 2009 10:17 PM  

Selamat hari raya saya ucapkan kepada kak dan family... Terutama anak kak tu... Hehehe...

dilaOHdila September 27, 2009 4:44 PM  

salam zue
bila nak hupdate ni(hehehhehehe)

OUR SPONSORS

Blog Archive

Contact

Phone No : 019-3659274
Yahoo Messenger : zubye
E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Be EOG Fan

Followers

Online Visitors

EOG visitors