Monday, October 12, 2009

Tidur lah sayang...

Kalau ingin melihat wajah manusia yang paling jujur adalah apabila ia tidur.. Cuba kita lihat wajah2 orang yang kita sayang semasa lena nya mereka.. apa yang kita rasa? Bagi saya.. timbul rasa syahdu.. tenang dan damai rasa hati.. perasaan sayang juga bertambah2.. akan juga ada rasa belas kasihan dan terharu.. terutama bila kita tengok wajah emak atau ayah kita yang membesarkan kita selama ini.. melihat mereka tidur nyenyak kepenatan dengan kedut di wajah yang semakin jelas kelihatan, dapat memutar balik nostalgia bagaimana payah mereka membesarkan saya selama ini.. seolah2 segala apa yang mereka rasa lengkap dicerminkan melalui wajah mereka ketika tidur.. satu wajah kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan yang jelas terpancar.

Bila melihat bayi tidur pula, apa yang kita rasa..? bagi saya, setiap kali berpeluang mengambil gambar baby, saat mereka tidur adalah antara moment yang paling saya suka dan tunggu. kadang2.. bila tiba2 muncul senyuman di bibir si anak.. terfikir di hati saya.. apalah yang begitu indah yang mereka nikmati dalam tidur sehingga mereka tersenyum begitu.. mungkinkah sedang bermimpi bermain2 dengan bidadari dari langit.. atau rasa bahagia di beri nyawa oleh Tuhan untuk lahir di dalam dunia yang cantik? Macam2 yang saya fikirkan sampai saya takut bunyi petikan shutter saya akan membangkitkan tidur lena mereka..












Saya bertuah mempunyai peluang sebegini. Melihat, memeluk, mencium bayi yang berbeza2 setiap masa... Tidak dapat diungkapkan betapa saya ingin sekali lagi merasa nikmat memeluk baby kecil sebegini yang menjadi hak saya dan dapat pula diberikan kawan kepada Irfan :-) Selalunya dalam kereta dalam perjalanan pulang dari photoshoot selalu saya berkata dalam hati.. terlalu ramai baby yang saya jumpa.. semuanya mencipta satu perasaan indah dalam hati.. alangkah lebih indah.. jika diberi peluang sekali lagi untuk saya merasainya.. InsyaAllah.. saya akan tetap terus mencuba... hehehheh :-)

Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors