Sudah dibaling batu.. janganlah disorokkan tangan.
Heee... entry ni saya buat khas untuk seseorang yang telah meninggalkan komen di entry Promo saya sebelum ini.
Komen nya berbunyi begini :
Tetiba plak nak wat promo? Dah tak laku keeeeee. Byk org lain harga lagi murahs la.- Ci bai
Sebelum tu saya nak bagitau.. selalunya bila dapat message2 atau komen2 yang negatif macam ni.. cara saya mudah. Saya hanya baca, diam, sabar, memaafkan orang itu, let it go dan teruskan kehidupan saya seperti biasa. Untuk apa saya buang masa memikirkan hal2 yang remeh macam ni.. lebih baik saya tumpukan kepada perkara yang lebih penting. Saya akui memang kadang2 saya terluka dan sedih (kalau takde perasaan apa2 mcm bukan manusia lah pulak namanya) tetapi, yang mengenali saya tahu saya seorang yang mudah lembut hati, mudah memaafkan jadi macamana perit pun orang buat saya, saya tetap memaafkan dan menganggap mereka sebenarnya tidak berniat pun nak melukakan hati saya. Jadi setiap malam sebelum tidur saya akan memaafkan setiap orang di sekeliling saya dan saya berdoa juga agar org lain pun dapat memaafkan kesalahan saya. Pada saya, hidup ni terlalu singkat sangat... jadi untuk apa kita menyimpan rasa kebencian di dalam hati.. hanya bikin hati jadik hitam jer nanti.. (mungkin En/Cik Ci bai dapat amalkan petua saya ni supaya hati en./Cik lebih tenang)
Tapi kadang2 kita boleh berlembut. Dan kadang2 juga kita perlu tegas. Berlembut dan bersabar tidak bermakna kita kalah. Dan tegas juga tak bermakna kita marah atau emosi. Dua2 kena seimbang.
Jangan risau En/Cik C**ai (sori saya malu nak sebut nama kamu. lain kali letak nama yang indah sket.. sebab bukan ke nama tu melambangkan peribadi kita?) saya langsung tidak memarahi kamu, saya sudah maafkan kamu. Saya anggap saja kamu tidak berniat.. mungkin semalam kamu ada masalah di opis ataupun masalah rumahtangga lalu tempias marah kamu terkena dekat saya. Tapi apa yang kamu tulis tu menarik perhatian saya untuk memecahkan dan memberi jawapan kepada segala kemusykilan/kabuntuan kamu itu. Mungkin selama ni En/Cik C**ai sudah terkeliru. Maka ni jawapan2 saya..
Ayat 1 : Tetiba plak nak buat promo?
Jawapan :
Untuk pengetahuan En/Cik C**ai, ini bukanlah perkara tiba2 yang pernah saya buat. Kalau kamu tengok kepada archive entry saya yang sebelumnya, sebelum ini sudah acapkali saya buat Promotion. Cuma tidaklah setiap bulan. Takkan saya nak buat setiap bulan.. tu bukan promotion nama nya. Tu dah jadi welfare. Kamu tahu apa di fikiran saya setiap kali saya membuat keputusan untuk buat promotion? Saya membuat promotion adalah kerana SAYA INGIN MENGHARGAI SETIAP SOKONGAN YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA OLEH SETIAP ORANG YANG DATANG MENJENGUK BLOG SAYA, YANG MEMBERI SAYA MORAL SUPPORT DARI DULU HINGGA SEKARANG, YANG MENGHARGAI SETIAP HASIL SENTUHAN SAYA SAMADA CLIENTS SAYA YANG TERDAHULU MAHUPUN YANG BELUM BERPELUANG UNTUK MENJADI CLIENT SAYA. Maka adakah itu menjadi kesalahan atau persoalan? Kalau kamu tengok, paling last saya buat promo adalah pada bulan December 2008 dan sekarang sudah pun bulan October 2009. Saya tak berpeluang nak buat selama 10 bulan ni kerana tak dapat nak cari masa yang sesuai sebab jadual saya yang penuh. Jadi kali ni saya betul2 ingin menghadiahkan sesuatu kepada mereka dan saya betul2 cari tarikh yang sesuai untuk saya melaksanakannya dan kali ni oleh kerana saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan lalu saya ingin buka lebih banyak slot lagi untuk tujuan promosi tu. Kalau sebab saya "tak laku" baru saya nak buat promo, awal January atau awal2 tahun lagi dah saya buat berbagai2 jenis promo. Jadi En./Cik C**ai pikirkanlah sendiri.
Ayat 2 : Dah tak laku keeeeee?
Jawapan : Saya tak mahu mengulas panjang tentang soalan En/Cik Ci**ai ni takut mengundang riak. Apa yang mampu saya katakan ialah kalau betul2 kamu nak tahu.. kamu boleh bertanya kepada mereka yang pernah menjadi client saya.. berapa hari in advance kah mereka perlu membuat booking supaya dapat secure tempat/slot mereka. Sekurang2nya saya advice mereka supaya booking lebih awal iaitu sekurang2nya sebulan sebelum tarikh yang mereka hajatkan. Kenapa? sebab saya taknak jika last minute mereka bertanya, mereka kecewa kerana waktu itu tarikh yang mereka hajati sudah pun penuh. Dan En/Cik C**ai juga bleh mendapatkan jawapannya dengan cara melihat portfolio2 yang saya letakkan dalam blog ni.. yang adakalanya tak sempat langsung untuk saya letakkan. Jadi yang ni pun saya rasa kamu boleh fikir sendiri.
Ayat 3: Byk org lain harga lagi murahs la.
Jawapan : Jawapan saya yang ni sangat mudah. Saya tidak pernah memaksa sesiapa sahaja untuk hire saya dan saya tak pernah menghalang jika mereka ingin ambil dengan orang lain. (boleh tanya client2 saya yang juga pernah merasa sentuhan photographer lain.. adakah pernah saya menghalang mereka?) Jika mereka hire saya, alhamdulillah Allah dah tetapkan tu memang rezeki saya. Tapi jika mereka tak ambil saya pun.. Alhamdulillah itu tetap rezeki walaupun bukan rezeki saya tetapi itu rezeki orang lain. Sekurang2nya saya bersyukur kerana saya tahu industri fotografi kanak-kanak ni sudah boleh diterima masyarakat Malaysia dan secara tak langsung dapat membangunkan lagi nama fotografer kanak2 yang dahulunya hanya segelintir sahaja yang ada. En/Cik C**ai kena percaya kepada Qada & Qadar.. kena percaya kepada rezeki yang Allah dah tetapkan.
Sepertimana yang En/Cik C**ai sudah tahu.. Setiap manusia ni dikurniakan mata untuk melihat. Kemudian ada akal untuk menilai. Oklah saya bagi contoh paling mudah kat sini.Ada orang yang tidak kisah membeli pakaian berjenama mahal asalkan apa yang dipakai tu berkualiti, cantik dan tahan lama. Dia tahu yang dibayarnya itu bukan semata2 kepada baju yang disukainya tu tetapi juga kepada orang yang bertungkus lumus memerah otak, mencari idea, mencari masa untuk kerja mereka, titik peluh mereka, berusaha keras sehingga jenama mereka dikenali dan disukai ramai. Mereka yang membayar itu tahu yang dia juga membayar untuk proffesionalism orang yang mencipta baju dan jenama itu bukan semata2 untuk baju yang dihasilkan sahaja. TIDAK SALAH. Tetapi ada juga orang yang tidak kisah membeli baju2 yang murah dan tidak berjenama asalkan ada pakaian untuk dipakai. JUGA TIDAK SALAH. Jadi.. tepuk dada, tanyalah selera masing2.
Oklah.. En/Cik C**ai saya harap saya sudah menjawab segala kemusykilan kamu itu. Saya tidak marah kamu tapi saya berterima kasih sebab mengajar saya untuk jadi lebih kuat dan mendorong saya untuk berusaha lebih kuat lagi.
Buat yang lain, saya minta maaf kalau telah mengambil masa kamu semua untuk membaca coretan saya yang agak panjang ni.. hehheh dah lama betul tak tulis panjang2.. sekali this time panjang betul jadinya... heheheh...
Saya harap apa yang saya tulis tu dapat memberi pengajaran buat semua dan pedoman buat semua. Sebab dalam dunia ni tak semuanya indah. Kita takkan dapat memuaskan hati semua orang walau bagaimana payah pun kita berusaha cuba untuk mengembirakan hati semua orang. Kadang2 Tuhan uji kita dengan perkara yang kelat2.. tetapi yang kelat itulah sebenarnya ubat. kalau ada yang baik dengan apa yang saya tulis tu, ambillah. Tapi kalau ada yang tidak baik, jangan diambil dan jangan ditiru.
Sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri saya sendiri.
Sekian.