Monday, October 12, 2009

Who doesn't love kids..?

Sapa lah yang tak suka kanak2 kan? Semua orang suka rasanya.. walaupun kadang2 perangai mereka boleh buat ibu bapanya pening.. tapi dah nama pun budak2.. jadi apa saja yang mereka lakukan sentiasa akan nampak kiut di hadapan mata... :-)

Saya juga suka ambil gambar kanak2 3 tahun ke atas kerana pada usia ini mereka sudah mula membina personality sendiri.. dari situ baru kita mungkin dapat gambarkan.. dia kanak2 yang bagaimana.. pemalu atau friendly.. becok atau pendiam.. setiap kanak2 yang saya jumpa memberikan pengalaman yang berbeza.. cara untuk mendekati mereka juga berbeza...

ok hari ni mari kita tengok gambar kanak2 yang saya jumpa pada weekend yang lepas..

Ini Arisha dan Ariana.. memang kanak2 yang selalu jumpa dengan saya.. sebab merupakan kawan anak saya.. dan mamanya pun kawan saya.. mereka bangun awal hari tu sebab kena teman mama nya bawak adik Arlia mereka untuk ber photoshoot dengan saya.. Itu merupakan photoshoot ke 4 antara saya dengan Arlia.. melengkapkan pakej documentary yang diambilnya.. mamanya kata.. this time jangan ambik gambar kakak2nya sangat.. ambil gambar adik je banyak.. tapi.. hati siapalahh yang boleh tahannnn melihat dua orang yang bermuka innocent ni.. mengekor kami ke hulu kehilir dan turut membantu dalam "photoshoot directing".. terutama si kakak yang sulung yang dari awal dok pegang tangan saya dan mintak untuk ambil gambar nya.. hehhehe.. so.. bila time adik mereka penat.. dapat lah saya ambil gambar mereka ni dalam 5-10 minit camtu.. :-) cuba lihat personaliti mereka berdua.. berbeza kan?








Ini pula Yaya.. pertama kali bertemu mata dengannya Sabtu lepas.. ketika dia mengikuti satu rombongan merisik ke rumah keluarga saya di Gombak.... merisik sapa? ehem ehem.. biarlah di rahsiakan dahulu.. bila sampai majlisnya.. baru lah kita war war kan di sini yeee.. hehhehe


Yaya ni pulak sifatnya kadang2 pemalu dan kadang2 begitu spontan.. dia tau saya ingin mengambil gambarnya.. tetapi dia pura2 tidak perasaan.. tapi dalam masa yang sama jugak.. dijeling2nya saya.. mungkin dalam hatinya mau saya mengambil gambarnya.. saya pun apa lagi.. bila dia begitu.. saya pun pura2 lah tak berminat nak ambil gambarnya... hehhe kita main tarik tali.. lalu Yaya ni cuba lagi untuk menarik perhatian saya.. dan dapatlah saya ambil beberapa keping gambarnya.. and these are my fav. yaya ni boleh dikategorikan sebagai kanak yang "pemalu tapi mahu".. heheh







Itulah kanak2 yang menghiasi hari Sabtu saya minggu lepas.. selain anak saya Irfan yang sudah pastinya menghiasi hidup saya hari2 dengan perangai cheekynya.. dia yang cukup jeles bila melihat saya mengambil gambar Yaya ni.. sehinggakan dia tidak mahu bercakap dengan saya.. lalu saya pun ckp padanya... "sapa pun kawan2 irfan yang mama ambil gambar.. Irfan tetap model mama no satu! :-)" dan inilah dia muka model no. 1 mama yang sedang merajuk itu.. heeee...



Blog Archive

Contact

E-mail : eyesofgrace@gmail.com

Followers

Online Visitors